Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, August 25, 2015

SKANDAL DEIG SELANGOR : PEMBOHONGAN YANG TIDAK DILAPORKAN OLEH MEDIA PEMBANGKANG.

Isu Darul Ehsan Investment Group (DEIG) menjadi semakin panas dan hebat diperkatakan oleh rakyat. Ianya menimbulkan pelbagai tanda tanya yang masih gagal dijawab oleh pihak yang berkenaan.

Yang begitu menyerlah sekali ialah dakwaan DEIG seperti di dalam halaman rasmi syarikat tersebut http://www.deig.com.my/corporate_structure_bm.html
DEIG adalah 100% milik Menteri Besar Selangor Incorporated di bawah Azman Ali.


Tetapi media telah mendedahkan bahawa DEIG dipegang oleh 2 individu. Di antara laporan portal:
Berdasarkan rekod terkini di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kedua-dua saham bernilai RM1 DEIG itu dipegang oleh dua individu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor, Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Pegawai Operasi, Soffan Affendi Aminuddin. seterusnya


Azmin Ali diminta menjawab pendedahan yang dilaporkan oleh portal The Rakyat Post ini. Jangan berdolak-dalih pula. Dan jika merujuk kepasa SSM di atas, DEIG didaftarkan pada 5hb Jun 2015.
Bagaimana pun, portal pro-pembangkang melaporkan:
DEIG dilapor ditubuhkan pada Disember tahun lalu dan dilancarkan pada Mei tahun ini untuk menguruskan pelaburan anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) 
DEIG adalah milikan penuh oleh MBI dan mempunyai modal yang dibenarkan sejumlah RM10 juta. seterusnya 
RM10juta vs RM2?

Sebelum ini, DEIG juga telah dibelenggu dengan isu pengurusan yang mencurigakan yang didakwa melibatkan agihan zakat berjumlah RM5 juta ringgit.
Anda baca laporan di bawah:
Kerajaan Selangor atau anak syarikatnya, Darul Ehsan Investment Group (DEIG) perlu menghantar laporan penuh kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) berhubung agihan zakat berjumlah RM5 juta yang telah diagihkan. 
Pengurus Pengurusan Perhubungan Pengeluaran LZS, Shamshuri Ashaari berkata, pihaknya perlu meneliti statistik penerima dan jumlah yang diterima. 
Katanya, walaupun GLC dibenarkan mengagihkan zakat dengan cara sendiri tetapi LZS masih perlu memantau agihannya.

“Kita masih pantau lagi ke mana duit itu diagihkan. Kita nak tengok juga statistik nanti seperti berapa mereka beri kepada fakir miskin.

"Kita akan minta laporan dari mereka ke mana mereka agihkan duit zakat tersebut. Bukanlah kami lepas begitu sahaja kepada GLC,” katanya kepada
FMT.
Beliau diminta mengulas tindakan Kerajaan Selangor menerusi DEIG yang mengagihkan bantuan zakat RM5 juta tanpa melalui LZS dan kerajaan negeri yang terlibat. 
Terdapat dakwaan yang mengatakan bantuan zakat itu disalurkan menerusi ketua-ketua cabang PKR sekaligus menimbulkan kebimbangan jika wang itu diberikan kepada pihak yang tidak sepatutnya.

Shamshuri berkata, LZS membenarkan GLC mengagihkan 3/8 bahagian daripada keseluruhan kutipan zakat kepada lima asnaf (penerima) yang telah disenaraikan.

“Jika ikut prosedur kami, GLC perlu beritahu kami kemana mahu diagihkan zakat itu. Tetapi dari segi pengagihan, GLC boleh agihkan sendiri. 
"Sebagai contoh, jika DEIG keluarkan zakat, dia ambil duit agihan semula itu, dia boleh agihkan sendiri sama ada di dalam Selangor atau di luar Selangor,” katanya. 
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/07/23/lzs-minta-kerajaan-selangor-hantar-laporan-agihan-zakat-rm5-juta/
Persoalan besar dan kecurigaan terhadap pengurusan DEIG di bawah Azmin Ali telah menyebabkan Dewan Undangan Negeri Selangor meluluskan usul supaya penubuhan DEIG dibentangkan secara terperinci pada persidangan akan datang. 

Tetapi, ianya tidak bermakna isu DEIG ini tidak akan diperkatakan dan tidak dikritik hebat oleh rakyat sehingga persidangan DUN pada hujung tahun ini. No way!

Isu ini sudah panas dan telah mendatangkan pelbagai persepsi negatif terhadap kerajaan Pakatan Pembangkang. Malah, ADUN-ADUN Selangor telah mempertikaikan kesahihan pengurusan DEIG.

Media melaporkan kenyataan ADUN Sungai Burong yang berkata penubuhan DEIG menimbulkan persoalan dari segi tatacara pengurusan anak syarikat yang tidak terkawal selain dibuat secara tergesa-gesa tanpa pengetahuan anggota dewan.

"Sepatutnya kerajaan negeri perlu ada kuasa mengawal pergerakan dan perjalanan entiti itu. DEIG ditubuh mengikut Akta Syarikat dan tidak diperuntukkan kepada kerajaan negeri suatu undang-undang untuk mengawal operasi ini di Selangor," katanya.
ADUN itu juga bimbang ketiadaan pengawalan operasi DEIG akan mencetuskan implikasi besar kepada kerajaan Selangor.
"Ini khususnya melibatkan pemindahan aset tanah seluas 2,000 hektar milik MBI kepada entiti itu," katanya.
ADUN DAP pula mahu diwujudkan mekanisme bagi memastikan perjanjian yang melibatkan DEIG tidak berat sebelah terutamanya dalam menguruskan nilat aset MBI berjumlah RM6.3 bilion.
"Tanpa semak dan imbang, kita khuatir akan berlaku kelompangan dan penyalahgunaan wang rakyat sekiranya DEIG tidak berupaya melakukan pelaburan yang diharapkan," katanya.
Portal Selangor Post pula melaporkan:
Adun DAP Damansara Utama, Yeo Bee Yin dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Rabu mendedahkan pembohongan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali. 
Azmin ketika menggulung usul penyata mengenai syarikat pelaburan strategik, Darul Ehsan Investment Group (DEIG) menjelaskan lima ahli Lembaga Pengarah syarikat itu iaitu Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Operasi (COO). 
Kata Azmin, adun-adun ketika membahaskan usul tersebut cuba bermain dengan sentimen ‘check and balance’ dengan memberi gambaran ahli Lembaga Pengarah hanya tiga orang sahaja iaitu Menteri Besar, CEO dan COO. 
Jadi saya harap dalam keghairahan kita untuk mendapatkan penjelasan ini, kita juga harus berlaku adil dalam pembentangan,” kata Azmin. 
Bagaimanapun, Bee Yin bangkit mencelah meminta penjelasan kerana kedudukan hanya tiga ahli Lembaga Pengarah di dalam DEIG itu diakui sendiri oleh pengurusan tertinggi Menteri Besar Incorporated (MBI) selaku badan yang bertanggungjawab ke atas DEIG. 
"Apa yang dikatakan memang betul tetapi apa yang kita (jawatankuasa) tulis di sana (penyata), jawatankuasa memandang serius pelantikan tiga orang Lembaga Pengarah DEIG adalah perakuan daripada MBI bahawa tiga orang sahaja sebagai ahli Lembaga Pengarah masa dalam pendengaran tertutup. 
Apa yang kita (jawatankuasa) tulis di sana jawapan MBI,” tegasnya.seterusnya

Sungguh memalukan!

Rakyat tentu hairan apabila kepimpinan Pakatan Pembangkang seperti tidak tahu tentang pergerakan syarikat DEIG ini sehinggakan terpaksa menyuarakannya di dalam DUN.

Di manakah exco-exco negeri Selangor selama ini dan apakah persoalan ini tidak ditimbulkan semasa mesyuarat kerajaan negeri itu atau Pakatan negeri,
lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan aset yang bernilai RM6.3 bilion, satu nilai yang sangat besar?

Apakah ini balasannya apabila PKR dan Pakatan Pembangkang terbukti telah memfitnah Khalid Ibrahim sehingga beliau dipaksa meletakkan jawatan Menteri Besar dek 'Langkah Kajang' Rafizi Ramli? 

Sebelum ini, PKR malu besar apabila mengaku telah mengeluarkan dan mengedarkan satu laporan 91-mukasurat yang mengandungi pelbagai tuduhan fitnah terhadap Khalid Ibrahim.

Strategi politik tidak bermoral PKR dan Pakatan
Pembangkang ini bukan sahaja menyebabkan rakyat Selangor ditipu dan Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai MB Selangor tetapi turut telah dimurkai oleh Sultan Selangor.


Malah, Anwar Ibrahim dan keluarga beliau terpaksa menanggung malu apabila gelaran "Datuk Seri' telah dilucutkan oleh Sultan Selangor. MiM


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.