Ambiga
Sreenevasan buat onar lagi. Kali ini, bekas ketua Beersih Bersih
2.0 telah memburuk-burukkan kerajaan yang sah dan negara Malaysia di
media luar negeri.
Tulisan
beliau bertajuk Among
Malaysia's Many Scandals telah
disiarkan di dalam The New York Times.
Tanpa bukti yang sah, Ambiga telah menuduh kononnya PRU-13 banyak penyelewengan dan Suruhanjaya Pilihan Raya didakwa mempunyai sejarah yang panjang dalam memanipulasi sistem pilihan raya untuk manfaat pihak yang berkuasa.
Yang tidak diberitahu oleh Ambiga ialah 3 negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan adalah dibawah kerajaan Pakatan Pembangkang. Pakatan Pembangkang juga menang dihampir setiap bandar besar di negara ini.
Logiknya, tidak mungkin Pakatan Pembangkang mampu menang dan mentadbir negeri-negeri ini jika kerajaan BN memanipulasikan pilihanraya dan Suruhanjaya Pilihanraya.
Malah, sehingga ke hari, tidak ada satu tuduhan kononnya SPR menyeleweng yang terbukti benar. Malah, contoh klasik 40,000 orang bangladesh yang didaftar sebagai pengundi PRU juga adalah pembohongan Pakatan Pembangkang.
Ambiga juga bersikap berat sebelah apabila tidak menulis tentang strategi politik tidak bermoral Pakatan Pembangkang yang memfitnah Khalid Ibrahim sehinggakan beliau dipaksa meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. Sikap hipokrit melampau bekas ketua
Bekas ketua
Ambiga gagal menerangkan bahawa tidak ada struktur pakatan pembangkang yang sah dan didaftarkan di negara ini. Malah, Pakatan Pembangkang telah berpecah dan bergaduh besar di saat. Maka, nilai 51 peratus tidak pernah valid dan hanya sekadar manipulasi pembangkang sahaja.
Ambiga juga menyembunyikan fakta bahawa perhimpunan haram
Video
: Provokasi dan keganasan puak BerShit Bersih
yang diketuai oleh PKR.
Pembaca
The New York Times juga tidak diberitahu bahawa pihak berkuasa telah
berlaku adil dan memberi ruang dan tempat untuk pihak BerShit Bersih
berdemonstrasi tetapi Ambiga dan sekutunya berdegil masih mahu
berarak di tengah Kuala Lumpur.
Dan
kita tahu kenapa mereka memilih tengah bandar Kuala Lumpur dan
berdemo. Selain daripada mahu mencari publisiti murahan, ada beberapa
perkara yang perlu kita tahu:
1. Sebenarnya, demonstrasi yang dianjurkan oleh pemimpin-pemimpin ini boleh diterjemahkan kepada usaha untuk menutup kelemahan mereka sendiri.
2. Ini adalah kerana, walau pun mereka ini bergelar pemimpin, mereka sebenarnya telah gagal di dalam menjalankan amanah yang diberi oleh penyokong-penyokong mereka supaya suara mereka di dengar dan di ambil serius di dalam Dewan Undangan Negeri mahupun Parlimen.
3. Sebab itulah mereka terpaksa menganjurkan demonstrasi-demonstrasi ini. Oleh kerana kelemahan dan kekurangan yang di dapati pada pemimpin ini, ia telah menyebabkan penyokong-penyokong pembangkang tidak dapat mengharapkan lagi pemimpin-pemimpin ini untuk mewakili mereka di dalam sistem demokrasi negara kita ini.
Rakyat juga berharap agar Kementerian Luar Negeri menulis balik menyanggah
tuduhan melulu Ambiga Sreenevasan di dalam media The New York Times
ini.
Di sini MiM sertakan juga satu kenyataan Ambiga Sreenevasan yang berbau provokasi melampau dan tidak mencerminkan lunas-lunas demokratik.
Di sini MiM sertakan juga satu kenyataan Ambiga Sreenevasan yang berbau provokasi melampau dan tidak mencerminkan lunas-lunas demokratik.
The people of Malaysia must take to the streets to reclaim our democracy and the soul of our nation.
Ambiga
mahu 'demokrasi' dituntut dengan cara berdemonstrasi di jalanraya,
satu pilihan salah yang sengaja diapi-apikan oleh puak BerShit Bersih
untuk merosakkan keamanan negara ini. Rakyat berharap agar pihak
yang bertanggungjawab dapat memantau provokasi melampau yang sengaja
dinyatakan oleh Ambiga dan puak-puak beliau.
Inilah
di antara manusia warganegara Malaysia yang tidak mensyukuri keamanan
dan kemakmuran negara yang beliau nikmati selama ini. Yang hanya
pandai dibuat ialah mencari salah kerajaan BN dan menuduh tanpa bukti
yang sah tetapi menutup mata apabila penyelewengan berlaku di pihak
Pakatan Pembangkang.
No comments :
Post a Comment