Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, August 23, 2015

Dalang Sebenar BERSIH Tidak Perlu Pakai Baju Kuning



AIDCNews– 22/8/15 – Seperti dalam gambar di atas menunjukkan dalang sebenar BERSIH tidak semestinya memakai baju kuning, simbol warna untuk Malaysia Spring.

Revolusi Warna diperkenalkan oleh pengasas dan pemikir Albert Einstein Institution, Gene Sharp yang pernah digunakan serentak pada tahun 2005 seperti Revolusi Oren (Ukraine), Revolusi Tulip (Krygyzstan), Revolusi Biru (Kuwait), Revolusi Unggu (Iraq) dan Revolusi Baldu (Czechoslovakia)

Gene Sharp dan Albert Einstein Institution pula ditaja IRI (the International Republican Institute) dan NED (the National Endowment for Democracy)

Revolusi Warna adalah satu kaedah yang diperkenalkan oleh pemikir di institut Yahudi dengan menggunakan kekuatan kumpulan-kumpulan civil society (di belakangnya parti-parti politik pembangkang) untuk memimpin rakyat untuk menjatuhkan pemerintah.

Revolusi Warna diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2005, namun dilaksanakan dua tahun kemudiannya.

Menurut laman globalresearch yang memetik sumber asal NDI (sebelum diubahsuai), badan penaja Revolusi Warna itu mula mengadakan bengkel bersama REFSA, satu-satunya sekretariat untuk BERSIH pada tahun 2005.




REFSA adalah nama singkatan kepada Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (Research for Social Advancement), sebuah badan pemikir DAP, diketuai oleh Liew Chin Tong, ahli DAP sejak dari tahun 1999.

Malah, laman bersih.org turut mengakui idea penubuhan BERSIH hasil daripada resolusi bengkel pilihan raya yang diadakan di Kuala Lumpur pada September 2006.

Ketika bengkel pilihan raya dan BERSIH dilancarkan pada tahun 2006, Anwar Ibrahim masih menetap di Amerika Syarikat (AS) yang terlibat secara langsung dengan yayasan dana demokrasi AS, National Endowment for Democracy (NED).

Penganalisis politik yang berpangkalan di Singapura, Nile Bowie mendedahkan Anwar Ibrahim adalah ahli panel NED seperti mana yang dirakam dalam foto Majlis Anugerah Demokrasi pada tahun 2007 bersama-sama dengan Carl Gershman (Presiden NED), Lorne Craner (Presiden IRI) dan Ken Wollack (Presiden NDI).

NED mendapat tajaan tahunan daripada USAID (United States Agency for International Development), kemudian dana itu diagih-agihkan kepada empat badan operasi NED iaitu IRI (International Republican Institute), NDI (National Democratic Institute for International Affairs), CIPE (Center for International Private Enterprise) dan ACILS (American Center for International Labor Solidarity).

BERSIH buat pertama kalinya mengadakan perhimpunan jalanan pada 10 Oktober 2007 jam 3.00 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Anwar Ibrahim ditonjolkan sebagai ketua perhimpunan BERSIH tersebut.

Peneraju utama DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng siapa pemikir sebenar BERSIH, sebab itu Chin Tong dipilih bertanding di Parlimen Bukit Bendera Pulau Pinang pada Pilihanraya Umum ke-12 (2008).

Chin Tong juga dilantik Pengarah Eksekutif Penang Institute (sebelum itu dikenali sebagai Socio-Economic and Environmental Research Institute, SERI) pada 2009-2012 selepas DAP berjaya mengambil alih negeri itu dan Guan Eng dilantik Ketua Menteri.

Selepas DAP yang diketuai Kit Siang melancarkan misi menawan Johor pada Pilihanraya Umum ke-13, Chin Tong turut dipindahkan dari Parlimen Bukit Bendera ke Parlimen Kluang, Johor.

Chin Tong juga diberi laluan mudah untuk mengetuai DAP Johor apabila pengerusi DAP negeri yang lama, Dr Boo Cheng Hau diketepikan.

Inilah juga rahsia kenapa Chin Tong mendapat undi tertinggi dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP 2013.















No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.