Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, August 22, 2015

#DEIG: Antara Jual, Bankrap & Jual, Dan Memfaraid Harta Rampasan Perang?

azmin panda 1

Penjualan aset milik rakyat adalah cara pentadbiran paling popular oleh negeri berkebajikan, Selangor Darul Ehsan. Amalan ini sudah menjadi rutin, dan semakin popular sehingga ke hari ini.

Aset-aset milik Yayasan Selangor seperti Asrama Tun Dr. Ismail (ATDI) dan Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN) di Jalan Kampung Pandan, bangunan Yayasan Selangor di Bukit Bintang hanya tinggal sejarah, apabila nilai tanah yang tinggi membangkitkan nafsu dan serakah demi keuntungan, sekaligus menafikan signifikan penubuhan yayasan itu sendiri. Dan itu hanyalah sebahagian dari kisah duka hilangnya harta rakyat bumi Darul Ehsan.

Jika penjualan aset negeri secara terus dan rakus sangat popular dalam era pemerintahan Khalid Ibrahim, alasan bankrap ke atas aset-aset anak syarikat negeri pula menjadi semakin popular sejak Azmin Ali mengambilalih kuasa pentadbiran selaku Menteri Besar Selangor. Suratan atau kebetulan, akhirnya ia juga membawa kepada amalan yang serupa; jual.

Quality Hotel Shah Alam dan Brisdale Hotel Kuala Lumpur adalah dua aset kerajaan negeri yang diisytiharkan bankrup. Dan dengan pengisytiharan tersebut, penjualan adalah jalan terakhir.

Entah bagaimana, kedua-dua aset ini dahulunya dapat ditadbir dengan baik oleh kerajaan Barisan Nasional.

Sudah pasti status bankrup itu membuktikan ketidakupayaan kerajaan negeri untuk mentadbir asset dibawah jagaannya. Lebih merisaukan penulis, jika status bankrap tersebut adalah sekadar alasan yang dirancang, dicipta dan dilaksana demi untuk menghalalkan penjualan aset-aset tersebut kepada pihak lain.

Rasa tidak puas hati rakyat tentang penjualan aset-aset sebelum ini benar-benar menggusarkan kerajaan negeri. Tetapi dengan alasan bankrup, tentu ianya lebih meyakinkan. Dan jika benar status bankrap itu adalah sebahagian perancangan untuk membenarkan si pembeli membeli dengan murah, pastinya adalah lebihan dari harga sepatutnya yang boleh disalurkan secara “under table”. Ini kebimbangan penulis.

Dalam pada itu, tertubuhnya Darul Ehsan Investment Group dibawah Akta Syarikat 1965 telah mewujudkan kebimbangan rakyat Selangor yang prihatin kerana syarikat tersebut berupaya untuk mengalihkan kekayaan berbillion ringgit harta rakyat Selangor kepada entiti bebas tersebut yang tidak terikat dengan mana-mana audit, dan tidak perlu menjawab kepada Dewan Undangan Negeri.

Ia berbeza dengan Menteri Besar Incorporated (MBI) yang termaktub di dalam Enakmen Menteri Besar Selangor.

Sangat licik. 


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.