Polis menangkap 16
orang pelajar -13 lelaki dan tiga wanita - yang berkampung di luar perkarangan
Parlimen dan membawa mereka ke balai polis Jinjang.
Tidak lama selepas
mereka ditangkap pada kira-kira jam 10.30 malam, seorang lagi aktivis pelajar
ditangkap kerana mengambil gambar barangan yang dirampas.
Beberapa pegawai
polis cuba menghalang wartawan daripada merakam gambar semasa tangkapan yang
kedua.
Aktivis itu
kelihatan berdarah pada kakinya.
Sebelum itu,
sekumpulan 30 anggota polis yang memakai jaket polis meminta pelajar-pelajar
yang berkhemah di situ sejak semalam supaya beredar dari situ.
Mereka telah meminta
sekumpulan kira-kira 20 pelajar supaya meninggalkan tempat itu atau ditangkap.
Ketua Polis Daerah
Sentul R Munusamy berkata mereka telah memberi pelajar tersebut lebih 24 jam
untuk berkhemah di situ dan apa yang dilakukan pelajar berkenaan boleh menjadi
suatu kesalahan di bawah 124B Kanun Keseksaan.
Katanya, memaksa
seseorang untuk meletakkan jawatan melalui demonstrasi jalanan adalah haram.
No comments :
Post a Comment