Orang
Pas anggap apa yang berlaku pada partinya sekarang ini hanya menguntungkan
UMNO. GHB pula kata tindakan mereka menubuhkan parti baharu kerana Pas mahu
bersama UMNO. Tidak pasal-pasal UMNO dikaitkan. Sebenarnya apa pun berlaku
tidak menguntungkan UMNO, Pas mahukan GHB.
YÀNG mengaut keuntungan hasilnya ialah DAP.
Perpecahan Pas sudah membuktikan segala usaha DAP untuk melemahkan Pas telah
berhasil. DAP sudah bersedia memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada
GHB yang bakal menjadi sebuah parti baharu.
GHB akan ikut apa sahaja kata DAP kerana DAP
adalah ‘minyak’ yang menggerakkan GHB. GHB tidak akan boleh bercakap soal
perjuangan Islam; kerana segala-galanya akan ditentukan oleh DAP.
GHB tidak akan menguntungkan politik orang
Melayu, malah ini akan menyebabkan kekuatan politik orang Melayu semakin
lemah. Sudahannya yang akan menjadi ‘ayam kenyang’ berikutan ‘lesung sama
lesung berlaga’ ialah DAP. Mereka berjaya melemahkan parti yang memperjuangkan
Islam dengan begitu mudah sekali.
BÀGI Pas, inilah cabaran terbesar untuk
golongan ulama yang memimpin parti itu sekarang. Mereka tidak perlu membuang
masa untuk menyeru wakil-wakil rakyatnya yang bergabung dalam GHB untuk
meletakkan jawatan. Siapa mahu melepaskan 'nikmat'!
JANGAN kaitkan UMNO. Pas berpecah bukan kerana
UMNO; tetapi Pas berantakan kerana kesilapan parti itu sendiri yang sebelum ini
begitu teruja menjalin tahaluf siyasi dengan DAP. UMNO tidak untung apa-apa
kerana ahli-ahli Pas bukan mudah mahu menyokong UMNO.
Pas atau GHB; siapakah antara mereka yang akan
mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Islam atau sekurang-kurangnya
bersedia bersama UMNO dalam soal tersebut. Ia bukanlah satu berita gembira
untuk orang Melayu.
SUDAH menjadi adat dalam politik, kepentingan
kelompok dan individu sering kali menjadi keutamaan. Akhirnya orang Melayu
menjadi ‘lebai DAP' kampungnya tergadai!
SALAH KAN SIAPA? Seterusnya
No comments :
Post a Comment