Alhamdulillah kes saman mantan Menteri Besar
Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR)
yang memecat keahliannya tahun kerana dituduh tidak amanah dapat diselesaikan
dengan rukun.
Khalid
bersetuju menerima permohonan maaf bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin
Nasution Ismail dan juga PKR dan membatalkan saman yang dikemukakannya terhadap
parti itu.
Yang
menang ialah Khalid. Beliau boleh sahaja memilih meneruskan saman itu. Namun
bagi beliau bukan menang perbicaraan dan memungut pampasan daripada PKR yang dihajatinya. Lebih penting
baginya ialah membersihkan diri daripada fitnah PKR itu.
Kini
PKR sudah mengaku bahawa apa yang dipertuduhkan terhadap Khalid adalah tidak
benar dan akur dalam mahkamah tidak akan mengulangi cercaan terhadap Khalid.
Tindakan
itu PKR ambil hanya kerana mahu menurunkan Khalid dari kerusi Menteri Besar dan
menggantikannya dengan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sebaliknya,
Khalid pula mengheret PKR ke mahkamah bukan kerana mahu berpaut pada tampuk
kuasa kerajaan Selangor tetapi mahu melangsaikan komitmen yang dibuatnya untuk
terus membangunkan Selangor.
Namun
belum terlambat untuk beliau meneruskan azamnya itu kerana sikap berlapang
dadanya menerima permohonan maaf PKR itu kini membuka peluang untuk beliau
meneruskan perjuangan untuk rakyat.
"Mereka
mengakui bahawa laporan tersebut telah dikeluarkan dan diedarkan bagi
menjelaskan mengapa saya perlu dilucutkan dari jawatan Menteri Besar Selangor
dan bukanlah satu bukti muktamad bahawa saya telah melakukan kesalahan seperti
fitnah yang disebut.
"Mereka
turut menyatakan rasa kesal dan mengakui bahawa penyataan di dalam laporan
tersebut tidak sepatutnya diperkatakan serta memberi akujanji tidak akan
mengulangi tuduhan serta fitnah tersebut.
"Justeru
setelah maruah saya ditebus dengan kenyataan maaf oleh PKR lantas terbukti
bahawa segala tohmahan yang dilemparkan ke atas saya ternyata fitnah
semata-mata maka saya kini boleh memberi tumpuan penuh untuk melakukan usaha
ini," ujarnya di laman Facebooknya.
Bertajuk
'Langkah Kajang, Langkah Kecundang', Khalid dalam kenyataan itu menyifatkan
strategi politik yang disusun PKR semata-mata mahu menyingkirkan beliau
akhirnya menyebabkan kepincangan hubungan di dalam Pakatan Rakyat (PR).
Lantas
sikap tidak adil dan tidak jujur parti KEADILAN yang menggunakan fitnah sebagai
pencapai maksud politiknya kini semakin jelas diteropong rakyat.
PKR
sanggup bersikap curang dengan membuat tuduhan dalam 91 mukasurat untuk
menjatuhkan menteri besar yang sebelum itu ditimang-timang sebagai pemimpin
contoh terbaik bagi parti itu sendiri.
Kecurangan
itu dilakukan selaras cita-cita Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
mengukuhkan empayar politiknya dengan bertegas mahu meletakkan isterinya, Wan
Azizah sebagai menteri besar.
Pada
mulanya apabila rencana politik Langkah Kajang ini dimaklumkan padanya bahawa
ADUN ketika itu, Lee Chin Cheh akan meletakkan jawatan dan diganti oleh Anwar,
Khalid bersetuju melaksanakannya.
Malah
beliau sendiri turut hadir dalam sidang media mengumumkan Anwar sebagai ganti
Lee dan beliau juga tiada halangan melepaskan jawatan Menteri Besarnya untuk
diisi oleh Anwar.
Khalid
ketika itu insaf akan tujuan Langkah Kajang itu demi kebaikan PKR dan Pakatan
Rakyat. Beliau juga percaya sebagai Menteri Besar Anwar mampu memimpin pakatan
pembangkang menawan Putrajaya.
Bagaimanapun
apabila Anwar hilang kelayakan bertanding dalam pilihanraya kecil Kajang,
Khalid keberatan mengosongkan
jawatannya. Ini kerana beliau yakin Azizah tidak mempunyai keupayaan dan
kaliber seperti Anwar.
Keengganan
beliau memenuhi hasrat Anwar itu dibalas dengan penghebahan PKR akan beberapa tuduhan yang cuba
membuktikan sikap tidak amanahnya. Lantas Khalid dipecat dari PKR.
Anwar
dan PKR kemudian berkeras mahu Azizah mengisi kerusi Khalid. Di peringkat itu,
isu menteri besar bukan lagi menjadi masalah PKR tetapi melingkar menjadi
kekusutan politik membabitkan rakan kongsinya, termasuk PAS.
PAS
dengan tegas mengatakan tidak bersetuju dengan kemahuan PKR. Ia bingkas mengisytiharkan keluhuran peribadi
Khalid dan keberkesannya sebagai menteri besar Selangor.
Ketegaran
PKR itu turut menjejaskan kepentingan politik PAS pula. Dua ADUNnya – Saari
Sungib dan Hasnol Baharuddin -- bertindak melompat memberi sokongan pada PKR.
Rentetan
itu semakin lebarlah ‘retak yang menanti belah’ dalam Pakatan Rakyat. DAP yang
memang tidak selesa dengan PAS menyambar kesempatan menyokong PKR dan mencatur
gerakan mengenyahkan PAS dari Pakatan Rakyat.
"Langkah Kajang telah berjaya mengaibkan
saya yang akhirnya menyebabkan saya kehilangan jawatan. Namun, lebih malang lagi,
strategi politik yang tidak bermoral ini telah turut menyebabkan keretakan
dalam pemuafakatan antara parti komponen Pakatan Rakyat akibat sikap politik
retorik dan hipokrit.
"Akibatnya
PAS – sebuah parti politik yang mempunyai kekuatan 'grassroots' dan tenaga
mereka kongsi sepenuhnya pada setiap pilihanraya – telah diketepikan dan
dipecah-belahkan; bahkan pemimpin mereka turut terpalit dan diaibkan,"
terangnya lagi.
Bukan
itu sahaja, strategi politik ini juga akhirnya memberi kesan kepada kepentingan
rakyat, khasnya dalam isu penstrukturan semula air di Selangor.
"Tanah
Selangor diserahkan kembali kepada golongan 'rentier' yang hanya mengaut laba
atas angin, masalah sampah masih berleluasa serta halatuju pentadbiran negeri
yang masih kabur," kata Khalid menghuraikan kepedihan politik yang
dialaminya.
Mahkamah
Tinggi Shah Alam Jumaat lalu merekodkan Penghakiman Persetujuan melalui kes
Saman Fitnah yang difailkan Khalid terhadap Saifuddin dan PKR.
Saman
itu berhubung edaran fitnah yang mengaitkan mengapa Khalid perlu digugurkan
sebagai Menteri Besar Selangor.
Sayugia
diingat bahawa ini bukanlah pertama kali PKR mengamalkan politik fahaman
Machiavelli – matlamat menghalalkan cara.
Sebelum
ini Naib Presiden PKR, Tian Chua juga pernah memohon maaf kerana membuat
tuduhan bahawa serangan bersenjata kaum Sulu ke atas Sabah adalah sandiwara
permainan Umno.
Demi
menang politik, PKR ‘berhati kering’ dan sanggup mengorbankan serta memfitnah
sesiapa sahaja termasuk tokoh-tokohnya sendiri seperti tindakannya terhadap Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sumber Asal di SINI
No comments :
Post a Comment