Kejatuhan
ringgit yang tidak mengambil kira pencapaian ekonomi negara
menimbulkan tanda-tanya dan misteri yang sangat luar biasa.
Sungguhpun majoriti matawang dunia jatuh akibat pengukuhan dollar
Amerika Syarikat (USD), namun terdapat asas untuk menyatakan
kejatuhan ringgit turut berpunca dari faktor dalaman.
Secara
mudahnya ringgit jatuh apabila pihak yang mempunyai banyak pegangan
ringgit mula menjual untuk membeli matawang asing lain seperti USD.
Justeru boleh difahami apabila ringgit merosot berbanding USD.
Namun
agak aneh apabila ringgit merosot berbanding Bath dan Ruppiah
Indonesia. Ini hanya boleh berlaku apabila ada pihak menjual ringgit
secara besar-besaran dengan membeli Ruppiah dan Baht. Mustahil
pelabur luar menjual ringgit untuk mendapatkan ruppiah dan baht
dengan jumlah yang begitu besar kecuali kumpulan yang mempunyai
agenda tertentu.
Lebih
aneh apabila isu ini digunakan untuk menyerang kepimpinan Mohd Najib
Razak. Justeru sudah sampai masanya satu pasukan khas menyiasat
pergerakan kewangan dari kroni-kroni Tun Mahathir seperti Tun Daim
Zainuddin, Vincent Tan, Robert Tan, Yeoh Teong Lay (YTL Group), Tan
Sri Tong Kooi Ong, Tan Sri Ananda Krishnan, Tan Sri Rahmat Abu Bakar
(SKVE Highway), Mirzan Mahathir dan Mokhzani Mahathir.
Mungkin
mereka terbabit, mungkin juga tidak. Namun usaha sabotaj seperti ini
perlu disiasat sehingga ke akar umbi bangi menyelesaikan masalah
keganasan ekonomi ini.
Sumber
MYKMU percaya terdapat usaha dari dalam negara dari kroni-kroni Tun
Mahathir dengan kekuatan kewangan sekitar RM 50 bilion untuk terus
melemahkan ringgit dengan menjual matawang ringgit mereka kepada
matawang negara jiran.
Mereka
berazam untuk tersu memberi tekanan ekonomi kepada kerajaan agar
dapat menjatuhkan Mohd Najib. Kumpulan ini juga dipercayai mempunyai
“mata” di peringkat pengurusan tertinggi (bukan Tan Sri Zeti)
Bank Negara.
Kita
mahu kumpulan ini ditangkap kerana mensabotaj ekonomi negara di bawah
Akta Pencegahan Teroris 2012. Serangan terhadap matawang negara oleh
peniaga dalam negara adalah satu tindakan terorist.
Adalah
mustahil untuk Bank Negara tidak mengetahui siapakah mereka
memandangkan setiap pembelian besar matawang asing perlu dilaporkan
kepada Bank Negara Malaysia.
Hari
ini penulis pro-Mahathir, Syed Akbar Ali
(http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/) mencetuskan kekecohan di
media sosial apabila mendakwa ringgit sudah tidak laku atau sukar
diniagakan di luar negara.
Syed
Akhbar memuat naik satu gambar yang beliau dakwa diambil oleh
rakannya di sebuah tempat penggurup wang (money changer) di
Singapura. Beliau mendakwa penggurup wang di Singapura sudah tidak
memaparkan lagi nilai matawang ringgit untuk ditukar dengan dollar
Singapura.
Please note that there is no rate quote for the Malaysian Ringgit (MYR). Instead it says ‘POA’.
Mat Maslan hang tahu tak apa maksud ‘poa’? Bukan nama girlpren tok hang bro.
POA means ‘Price On Application’. It means kena tanya harga dulu. Sebab depa pun tak tahu harga. Sebab the value of the Ringgit keeps falling, by the minute, so they cannot put it up on the display.
That means the Ringgit is highly unpredictable. It is a falling currency. Tak ada stable value.
I hope the Cabinet boys, particularly the UMNO morons can understand the severity of the situation.
Namun
penyelidikan kami di laman web penggurup wang Singapura masih
menyenarai ringgit seperti biasa pada hari ini.
Malah
penggurup wang di United Kingdom turut menjual dan membeli ringgit
seperti biasa. Demikian juga di Indonesia.
Apakah
orang seperti Syed Akbar Ali ini bebas mencetuskan panik dan
ketegangan terhadap matawang negara? Ini merupakan sabotaj ekonomi
terbesar.-MYKMU.NET
No comments :
Post a Comment