RIUH jadinya apabila
sebuah gambar memaparkan sepasang pengantin yang baharu sahaja bernikah
menunaikan solat sunat ‘bersama’ mendapat kritikan hebat daripada pengguna
media sosial tempatan.
Gambar itu
mencetuskan pelbagai reaksi akibat kesalahan yang ditunjukkan adalah amat jelas
di mana posisi atau kedudukan makmum iaitu si pengantin perempuan yang
dikatakan kurang tepat dari segi syarak.
Selain itu potongan
gaun pengantin perempun yang digunakan untuk bersolat juga adalah agak ketat
sehingga memaparkan jelas bentuk tubuh pinggulnya sendiri apatah lagi terbuka
dipandang bukan muhrim.
Memang memakai
telekung bukan benda wajib, namun bagi wanita, pakaian untuk solat mestilah
longgar dan tidak menampakkan secara nyata rupa bentuk tubuh badan demi
mengelakkan bahaya ‘fitnah’ mata.
Bak kata seorang
netizen hanya dikenali Wan Mohamad Fadhli memberikan komen pedas terhadap
gambar itu. “Suami bayar mas kahwin, lelaki lain yang jamu mata free.. tu
namenye belanja,” .
Bukan niat kami
untuk menjatuhkan maruah individu tersebut, namun perkara seperti ini yang
mungkin pernah berlaku adalah sebenarnya pengajaran bagi dijadikan renungan
buat kita semua bersama agar tidak berulang lagi.
Di dalam kaedah
tatatertib sembahyang, seorang suami yang mengimamkan isteri ketika bersolat
jemaah harus berada di hadapan isteri dan kedudukan isteri pula mesti di
belakang suami, bukannya di tepi suami.
Kedudukan di tepi
imam itu adalah posisi lazim untuk seorang makmum lelaki jika solat dilakukan
secara berdua manakala jika bertiga atau lebih, barisan saf adalah dalam
keadaan lurus melintang panjang di belakang imam.
Seperti mana gambar
kombo ditunjukkan oleh personaliti popular, Ustaz Don Daniyal mengenai
kedudukan sebenar untuk bersolat jemaah bagi pasangan suami isteri berdua
sahaja, inilah rupanya bentuk posisi yang betul.
Perkara ini turut
dijelaskan lagi oleh pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menerusi pertanyaan
yang diajukan kepadanya mengenai kedudukan solat secara berjemaah antara suami
dan isteri.
Semoga kita semua
mendapat pengajaran bersama.
No comments :
Post a Comment