Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, August 17, 2015

Anwar sudah nyawa-nyawa ikan didalam penjara.. Kesiannnn


Anwar selepas beberapa lama dipenjara ini, mengaku kepada media bahawa badannya kurus akibat dari "makan hati" didalam penjara. Makan hati bermaksud berasa sedih yang teramat sangat hingga merosakkan diri sendiri. Apa lah agaknya yang disedihkan oleh Anwar didalam penjara tu?

Mungkin Anwar sedih kerana cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri tidak tercapai.. Mungkin juga Anwar sedih kerana rakyat Malaysia semakin melupakan dirinya yang terkurung didalam penjara akibat perbuatan liwat.


Masih ingatkah sebelum ini, Anwar juga pernah kurus kering didalam penjara. Tapi Anwar kurus ketika itu bukannya kerana makan hati, sebaliknya Anwar kurus kononnya kerana kena buatan orang yang sengaja meracuni beliau. 


Ketika itu, meroyanlah penyokong-penyokong Anwar menuduh kerajaan Malaysia zalim kerana cuba membunuh Anwar. Dan merataplah para pemuja Anwar ketika itu kerana idola mereka akan mati tidak lama lagi akibat racun arsenik serta HIV yang disuntik kedalam badannya.


Pelik bin ajaib, Anwar masih hidup selepas bertahun-tahun dibebaskan dari penjara sehinggalah dia dimasukkan semula ke "istana hinggapnya" itu baru-baru ini. Liat betul nyawa Anwar umpama hero cerita Tamil. Kena Arsenik dan HIV pun masih belum mati lagi!


Nampak tak permainan politik Anwar? Semua ini hanyalah wayang murahan Anwar untuk meraih simpati rakyat Malaysia yang mudah terpedaya dengan cerita dongeng pembangkang. 


Sebab itulah Anwar digelar pemimpin Anugerah Tuhan oleh Wan Azizah. Mana ada individu macam Anwar yang begitu gigih main wayang walaupun berkali-kali kantoi. Mungkin bagi Anwar, selagi ada "penonton" yang percaya, selagi itulah dia akan main wayang..
 Cr



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.