AIDCNews – 18/8/15 –
Seorang berketurunan Cina, Jason Chin dilaporkan Malaysia-Today berikrar tidak
akan menyokong DAP walaupun keputusan itu agak sukar kerana akan dilabel
sebagai anti-Cina.
Jason Chin berkata gelagat
dan stail politik DAP yang cauvinis hari ini membuktikan sejarah parti itu yang
didakwa sebagai salah satu penyumbang terhadap tragedi berdarah 13 Mei 1969
adalah benar.
Dari tahun 1952-1969
pembangkang terkuat di Malaya adalah Parti Buruh yang dipengaruhi oleh komunis.
Pada Pilihanraya Umum 1969, parti Buruh memboikot pilihanraya dan telah
meninggalkan barisan pembangkang terdiri daripada DAP, Gerakan, PPP dan
PMIP/PAS.
Dalam tempoh berkempen,
Parti Buruh memberi sokongan di belakang DAP. Ini dengan sendirinya akan
memberitahu anda berkaitan intipati DAP. DAP mempunyai ideologi komunis di
dalam DNA parti mereka.
Dalam laporan Majlis
Gerakan Negara (NOC) berkaitan pasca tragedi berdarah 13 Mei 1969, jelas
menyebut bahawa pada 11 Mei 1969, DAP menganjurkan pelbagai perarakan tanpa
permit polis.
Mereka yang hadir telah
mencetuskan sentimen perkauman yang keras. perhimpunan haram itu dikatakan
menjadi punca rusuhan 13 Mei.
Walaupun Lim Kit Siang
terus mengatakan bahawa dia tidak berada di dalam negara ini semasa tarikh
tersebut, namun dia tidak mengkritik tindakan DAP melalui perhimpunan yang
menakutkan itu telah membawa kepada pertumpahan darah 13 Mei.
Terdapat gambar (di
internet) menunjukkan Setiausaha Agung DAP Goh Hock Guan memegang bendera Roket
(bendera DAP) dan berarak di jalan-jalan di Kuala Lumpur sebelum rusuhan.
Generasi yang lebih tua
yang masih hidup ketika rusuhan tahu bagaimana DAP menyebarkan kebencian di
kalangan rakyat yang akhirnya membawa kepada hari yang paling gelap dalam
sejarah Malaysia.
Dengan strategi musuh
bersama terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Kit Siang telah
menawarkan untuk berbaik-baik dengan musuh paling utamanya, Tun Dr. Mahathir
Mohamad.
Apabila Mahathir mengejek
tindakan Kit Siang itu dan berkata tidak akan bekerjasama dengan pembangkang,
Kit Siang mula memuat naik artikel anti-Mahathir dalam blognya. Tiada apa-apa
yang rugi.
Publisiti lagak ngeri Kit
Siang dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini
memberi isyarat bahawa dia telah menyeru ‘gencatan senjata’ di mana sebelum ini
dia melemparkan pelbagai kata-kata kesat terhadap organisasi itu.
Semoga roh Teoh Beng Hock
dan Ahmad Sarbani Mohamed berehat dengan aman terutamanya selepas ‘gencatan
senjata’ di antara DAP dengan SPRM.
Kit Siang pergi ke
Kelantan dan menyampaikan ucapan menentang Hudud untuk dilaksanakan kepada umat
Islam di sana dan DAP turut mendakwa tindakannya itu tidak berbentuk perkauman
walaupun dia telah diejek oleh anak Tok Guru Nik Aziz.
Jika perkara yang sama
dilakukan di Pulau Pinang di mana seorang bukan Cina pergi ke negeri dan
bercakap menentang budaya Cina, Lim Guan Eng mungkin bertindak balas dengan
tindakan yang sepatutnya.
Sama ada anda suka atau
tidak, Hudud adalah undang-undang Islam dan kita semua harus menghormatinya.
Bercakap menentang Hudud secara terbuka adalah relatif dengan penentangan
terhadap Islam dan suatu tindakan yang melanggar asas-asas perlembagaan negara
kita.
Ketika Mahathir berkuasa,
Kit Siang akan segera ditangkap di bawah Akta Hasutan.
Apabila Najib memecat
menteri dan timbalan menteri dari jawatan masing-masing kerana didakwa tidak
memberi sokongan di belakangnya, Kit Siang secara meluas mengutuknya, termasuk
juga rakan-rakan pakatan pembangkang mereka.
Mereka mengatakan ia
adalah suatu penyalahgunaan kuasa.
Walau bagaimanapun,
apabila Lim Guan Eng memecat Ahli Majlis PAS daripada Kerajaan Negeri Pulau
Pinang selepas PAS mengambil keputusan memutuskan bekerjasama dengan DAP, tiada
siapa yang berkata apa-apa.
Bukankah tindakan Guan Eng
juga sama, cuma berbeza keadaannya ?
Apabila Najib dan Rosmah
memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi Ramli, mereka mengejek tindakan itu.
Mereka berkata sebagai seorang tokoh terkemuka, Najib tidak perlu mendakwa
seseorang berkaitan dengan kata-kata yang dituturkan, sebaliknya ia perlu
ditangani secara profesional.
Walau bagaimanapun,
apabila Guan Eng menyaman Utusan Malaysia, Free Malaysia Today dan Malaysiakini
kerana fitnah ia dianggap sebagai keputusan yang boleh diterima.
Sangat jelas tindakan
double-standard.
Guan Eng telah merasai
padahnya apabila Mahkamah Tinggi Pulau Pinang baru-baru ini mengarahkan dia
membayar RM500, 000 sebagai ganti rugi kepada calon BN, Datuk Jahara Hamid yang
digelarnya sebagai “nenek perkauman”.
Seorang pemimpin sejati
tidak boleh mengucapkan gelaran seperti itu.
Apabila Presiden PAS,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa orang ramai supaya tidak bertindak balas
secara tergesa-gesa terhadap Najib, DAP menuduhnya sebagai ‘musuh’ dan melabel
beliau sebagai pro-Najib.
Walau bagaimanapun, hari
ini, apabila DAP Johor membuat tawaran untuk bekerjsama dengan UMNO Johor, ia
sekali lagi boleh diterima. DAP Johor telah berkata mereka secara
terang-terangan adalah pro-BN Johor.
Tindakan ini memalukan
kerana sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai kekuasaan.
Guan Eng sekali lagi
bermain dengan publisiti apabila beliau terus mengutuk pencerobohan Israel ke
atas Palestin.
Bagaimanapun, beliau tidak
mengutuk tindakan yang sama apabila China melarang umat Islam berpuasa pada
Ramadan di kawasan dominasi Muslim di negara itu.
Saya menyeru agar pihak
media untuk terus melapor tentangan terhadap DAP atau pembangkang apabila
mereka melakukan perbuatan salah.
Biar Guan Eng terus
menyaman kerana fitnah. Sekurang-kurangnya rakyat boleh melihat bagaimana besar
hipokrasi beliau apabila beliau menggesa kebebasan media tetapi menyaman media
apabila mengamalkan konsep kebebasan.
No comments :
Post a Comment