Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, August 24, 2015

DAP Mahu Guling Kerajaan Melalui Perhimpunan Jalanan, BERSIH 4.0




IMG_1238.JPG

Tiada siapa dapat menafikan DAP adalah dalang di sebalik perhimpunan jalanan BERSIH 4.0 yang bakal bermula pada jam 2 petang 29 Ogos dan berakhir pada 11.59 malam 30 Ogos ini. Baca di SINI


Ia berarak dari lima lokasi berlainan iaitu Brickfields, Pasar Seni, Sogo, Masjid Negara dan Dataran Maybank dan berakhir di Dataran Merdeka di mana destinasi yang sama adalah lokasi sambutan Hari Kebangsaan setiap tahun, 31 Ogos.

Selesai berhimpun di jalanan, maka pada 31 Ogos, Parti Amanah Rakyat (Amanah) tajaan Gerakan Harapan Baru, di mana DAP di belakangnya akan dilancarkan.

Ini bukan kebetulan, ini adalah satu perancangan yang disusun rapi yang mempunyai perkaitan di antara satu sama lain.
Memang itu sebahagian taktik komunis; penyusupan (infiltration), demontrasi, sabotaj; dan jika mereka mempunyai kekuatan mereka akan melancarkan pemberontakan bersenjata kerana mereka tidak yakin proses demokrasi melalui pilihanraya mampu memberi kekuasaan untuk mencapai matlamat mereka.

Sejarah modus operandi komunis pada tahun 1945 hingga 1969 membuktikan taktik-taktik ini pernah digunakan.

Pasca Parti Komunis Malaya (PKM) dibubarkan pada tahun 1989, ahli-ahli bergerak dengan pakaian ‘Rakyat Malaysia’ yang masih menerapkan ideologi dan modus operandi komunis dalam pelbagai jenama yang positif.
Seorang berketurunan Cina, Jason Chin ketika menulis di Malaysia-Today mendedahkan perkara ini.

Dari tahun 1952-1969 pembangkang terkuat di Malaya adalah Parti Buruh yang dipengaruhi oleh komunis. Pada Pilihanraya Umum 1969, parti Buruh memboikot pilihanraya dan telah meninggalkan barisan pembangkang terdiri daripada DAP, Gerakan, PPP dan PMIP/PAS.
“Dalam tempoh berkempen, Parti Buruh memberi sokongan di belakang DAP. Ini dengan sendirinya akan memberitahu anda berkaitan intipati DAP. DAP mempunyai ideologi komunis di dalam DNA parti mereka.

Dalam laporan Majlis Gerakan Negara (NOC) berkaitan pasca tragedi berdarah 13 Mei 1969, jelas menyebut bahawa pada 11 Mei 1969, DAP menganjurkan pelbagai perarakan tanpa permit polis.

Mereka yang hadir telah mencetuskan sentimen perkauman yang keras. Perhimpunan haram itu dikatakan menjadi punca rusuhan 13 Mei.
“Walaupun Lim Kit Siang terus mengatakan bahawa dia tidak berada di dalam negara ini semasa tarikh tersebut, namun dia tidak mengkritik tindakan DAP melalui perhimpunan yang menakutkan itu telah membawa kepada pertumpahan darah 13 Mei.

Terdapat gambar (di internet) menunjukkan Setiausaha Agung DAP Goh Hock Guan memegang bendera Roket (bendera DAP) dan berarak di jalan-jalan di Kuala Lumpur sebelum rusuhan.
“Generasi yang lebih tua yang masih hidup ketika rusuhan tahu bagaimana DAP menyebarkan kebencian di kalangan rakyat yang akhirnya membawa kepada hari yang paling gelap dalam sejarah Malaysia,” dedahnya.

   

 

 
  

  

  

  

    

  

  

 


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.