Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, August 20, 2015

JKR DAN UEM JADI KAMBING HITAM TUTUP KELEMAHAN KETUA MENTERI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB




Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menyalahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan United Engineering Malaysia (UEM) atas kesesakan luar biasa di Kawasan Perdagangan Bebas Bayan Lepas-Batu Maung, Isnin lalu merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bersifat menyelamatkan diri dari menyelesaikan masalah.

Lim Guan Eng dilaporkan berkata kesesakan yang menyebabkan kenderaan tersangkut selama tiga jam ialah satu krisis yang gagal ditangani oleh JKR/UEM.

Jalan tersebut ditutup Sabtu lalu untuk membolehkan kerja-kerja pembinaan “flyover” melintasi Sungai Keluang bagi kemudahan Lebuh Raya Bayan Lepas Expressway (BLE) namun menyebabkan kesesakan teruk pada hari Isnin lalu yang merupakan hari kerja pertama sejak penutupan.

“Kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan cara JKR mengendalikan penutupan jalan ini yang menyaksikan kesesakan jalan raya paling teruk di kawasan ini dalam sejarah Pulau Pinang,” kata Lim Guan Eng dalam satu sidang akhbar bersama JKR.

Perangai Lim Guan Eng yang suka menyalahkan pihak lain atas sebarang kelemahan dalam pentadbiran Pulau Pinang sangat memalukan.

Sebagai Ketua Menteri, Lim sepatutnya mengambil tanggungjawab dan memperbetulkannya.

Mengadakan sidang akhbar bersama JKR dan UEM tapi kemudiannya menyalahkan JKR dan UEM atas kesesakan ini adalah merupakan perbuatan biadap dan tidak bermoral.

Ini kerana keputusan penutupan jalan ini sepenuhnya dibuat oleh oleh Kerajaan Negeri.

Apa perasaan para pegawai JKR dan UEM dalam sidang akhbar tersebut sedangkan ia keputusan kerajaan Negeri?

Tiada jalan di Pulau Pinang boleh ditutup tanpa kebenaran atau arahan kerajaan negeri.

Lim tidak boleh menafikan bahawa beliau bersetuju dengan penutupan keseluruhan jalan tersebut walaupun JKR dan UEM mengemukakan dua pilihan kepada beliau, iaitu (i) penutupan sebahagian jalan atau (ii) tutup sepenuhnya.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuat keputusan menutup sepenuhnya dan ia mengakibatkan kesesakan luar biasa ini.

Lebih mengecewakan Lim langsung tidak memberi peluang kaedah ini berjalan beberapa hari sebelum melihat apakah ia boleh diuruskan atau tidak.

Lim sebagai Ketua Menteri sepatutnya menjadi pengimbang antara agensi pelaksana dengan rakyat.

Sebaliknya beliau pada hari pertama lagi sudah menjadi batu api kepada rakyat dengan menyalahkan JKR dan UEM sepenuhnya.

Adalah lumrah berlaku kesesakan akibat pembangunan. Jika sesiapa tinggal di Kuala Lumpur berhampiran laluan pembinaan MRT dan LRT pasti tahu seksanya.

Kadangkala terperangkap sehinga dua – tiga jam dalam kesesakan jalan raya waktu pagi. Ini pengorbanan yang perlu dilakukan.

Sudah tentu kita tidak mahu rakyat terperangkap berjam-jam lamanya. Namun ia hari pertama penutupan jalan dan kaedah penyuraian trafik yang baharu.

Lim sepatutnya mendapat laporan terlebih dahulu dan mendengar cadangan pihak pelaksana sebelum membuat sebarang keputusan.

LGE-Jam


Namun sama seperti mengarahkan penutupan sepenuhnya biar pun ada cadangan alternatif, beliau sudah membuat keputusan penutupan tersebut gagal dan mengarahkan pembukaan semula jalan tersebut.

Lim harus sedar bahawa beliau kini adalah Ketua Menteri Pulau Pinang bukannya pemimpin pembangkang “ala koboi” yang tidak punya apa-apa tanggungjawab pentadbiran.

Membakar sentimen pengguna jalan raya dengan mengeluarkan kenyataan menyalahkan JKR dan UEM serta mengarahkan jalan dibuka esok melalui akaun Twitter bukan gaya Ketua Menteri yang bertanggungjawab.

Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri harus belajar bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat, bukannya menyalahkan pihak lain.

Memalukan!


–MYKMU.NET

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.