Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, August 28, 2015

Adakah Negara Akan Jatuh Bakrap?



Perkara pertama yang akan berlaku jika negara menghadapi bankrap, ramai akan hilang kerja. Untuk pengetahuan anda, ENAM tahun sebelum Spain jatuh ke dalam kancah krisis, mereka sedang menghadapi masalah peluang pekerjaan.

Mereka berjaya mencatatkan masalah pengangguran yang paling sedikit pada Julai/2007, iaitu 7.95%. Itupun berdasarkan catatan mereka, merupakan rekod yang buruk untuk sebuah negara seperti Spain. SETAHUN selepasnya, mereka mencatatkan 10.44%, dan pada hari ini, 27.2%. Ini bermakna, hampir-hampir 13 juta daripada 47 juta rakyat mereka merupakan penganggur.

Tetapi kalau kita tengok dari sudut kadar pengangguran negara kita pula, dalam ENAM tahun, tidak mungkin kita akan mencatatkan kenaikan kerana pelaburan-pelaburan semakin bertambah dan banyak peluang pekerjaan telahpun dijanjikan BN.

Ya pada awalnya, memang kita mencatatkan rekod yang buruk (4.5%), tetapi rekod tersebut adalah rekod terbaik untuk negara yang baru terselamat daripada kancah krisis kewangan, terima kasih kepada Tun Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin.

Negara kita berjaya catatkan rekod yang hebat (2.7%) pada September/2012. Dan sebelum catatan Mac/2013 dibuat, negara kita mempunyai 3.3% kadar pengangguran. Data terbaru (Mac/2013) telah mencatatkan 3.0% kadar pengangguran.

Tolong beritahu saya, bagaimana sebuah negara yang bakal bankrap dalam masa ENAM tahun lagi, mampu mengekalkan kestabilan peluang pekerjaan? Sebelum itu, jangan beri saya alasan rakyat kita lebih sedikit berbanding rakyat Spain. Saya memberi KADAR PERATUS penganggur, yang sepatutnya sama jika negara kita mengalami krisis. BUKANNYA angka penganggur.

Seterusnya, rizab negara yang disimpan sebenarnya boleh dijadikan modal utama untuk melawan isu hutang yang dibangkitkan oleh mereka. Rizab negara kita mencecah 427 Billion, dan antara yang tertinggi di dunia. Dan di bawah DS Najib juga, kita melihat bagaimana cekapnya ekonomi yang diuruskan oleh pasukan beliau apabila rizab kita mencapai yang tertinggi dalam sejarah! Rizab negara ini sudah cukup untuk menampung hutang negara kita sebenarnya.

Kesimpulannya di sini, kita haruslah membuka mata, dan sebelum bermain dengan isu ekonomi, harus melakukan penyelidikan. Bacalah data-data daripada Bank Negara Malaysia, baca jurnal ekonomi yang berlambak di internet ini daripada universiti terkemuka, baca sumber yang lain bukan daripada harakah atau yang seumpama dengannya.

Pendek, dengar sini, saya ada soalan untuk anda. Saya harap pendek dapat menjawabnya.

1.) Kenapa PR tak pernah membankitkan hutang KDNK negara seperti Jepun setakat ini merupakan 192.60% daripada KDNK? Ikut lojik hujah pemimpin PRsetiap rakyat Jepun harus menangung $87,854 setiap orang.

2.) Kenapa hutang negara kesayangan PR iaitu Singapore boleh mencecah 113.46% di mana setiap rakyat Singapore menangung hutang $58,178?


3.) Kenapa negara tersebut tidak bankrap? Bukankah negara ini lebih maju daripada Malaysia? Bagaiaman hutang mereka boleh tinggi? Kenapa PR tidak mengketengahkan fakta ini kepada umum?

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.