Dalam
bahagian ketiga ini, saya akan menghuraikan Perancangan Ekonomi Rafizi Ramli
yang dipungut terus dari minda Anwar Ibrahim. Memang benar, Rafizi hanya
"pembesar suara" Anwar Ibrahim yang terpengaruh dengan teori-teori
"cepat-kaya" seperti meminjam IMF, melelong aset-aset hartanah PKNS,
menubuhkan syarikat-syarikat "mee segera" seperti Kumpulan Darul
Ehsan yang di dalamnya adalah "buaya-buaya" kelaparan.
Anwar bukan
membaca sangat teori-teori ekonomi Islam seperti halalan tayyibah, barkah,
sadakatun jariah, dan sebagainya. Anwar berkawan dengan pensyarah-pensyarah
Yahudi seperti Allan Bloom, membaca ekonomi Adam Smith, Milton Friedman
Greyscale, Alan Greenspan, George Soros, Steven Cohen, Micheal Dell dan Mark
Zuckerberg.
Anwar
menjadi pensyarah pelawat di University Washington dan Anwar membawa elemen
ekonomi Yahudi dalam Malaysia. Sebab itulah tidak menghairankan Nurul Izzah
yang sambung belajar di situ turut menyokong Pluralisma agama.
Berbalik
kepada Rafizi, jika Pakatan pembangkang berjaya dalam PRU13 nanti, Rafizi sudah
menyiapkan paperwork dia untuk merangka sebuah kompleks re-cycle besi buruk dan kereta-kereta lama
untuk direkabentuk pula menjadi komponen-komponen kereta baru yang murah tetapi
berkualiti rendah.
ORANG INDIA
& ORANG CINA
Semua kilang-kilang
kecil "besi buruk" milik orang-orang India akan mati dan lenyap
sendiri kerana Rafizi turut merangka "lesen perniagaan besi buruk"
yang memerlukan didaftarkan di bawah Akta Kenderaan Lusuh (Bawah 10 tahun) 2013
di bawah Kementerian Kewangan yang sudah disiapkannya untuk dibentangkan
sebagai Rang Undang-Undang Baru di Parlimen kelak.
Maknanya,
jika anda mempunyai kenderaan di bawah 10 tahun, ianya hendaklah diluputkan
secara automatik dan tidak dibenarkan digunakan di atas jalan lagi. Ianya
digazetkan sebagai kereta buangan untuk di re-cycle di Kompleks Besi Buruk
Rafizi yang bakal didirikan.
Implikasinya
bukan setakat kepada orang-orang India yang majoriti mengusahakan bisnes besi
buruk, tetapi agent-agent dan agensi Insuran turut mengalami penyusutan
pendapatan akibat dasar baru ekonomi Rafizi ini.
Untuk
menutup skala kerugian ini, Rafizi turut mencadangkan Pelan Eksklusif dengan
perbankan tempatan khususnya dengan bank-bank tempatan seperti Public Bank,
Hong Leong Bank dan Al-Rajhi Bank untuk mengenakan pelan kecemasan kepada
agensi insuran.
Teori
Rafizi, ialah jika pembeli rumah insuran akan dinaikkan dalam pelan MRTA dan
memberi pilihan wajib kepada rakyat dengan memberikan pula pelan MLA. Kedua-dua
pelan nampak mulus, tetapi jumlah yang dikenakan bayar kepada rakyat sangat
tidak munasabah.
Sebagai
pakar ekonomi yang sudah hamnpir 20 tahun dalam dunia perbankan dalam negeri
dan luar negeri, saya menyeru rakyat Malaysia menolak Rafizi, Anwar dan Pakatan
pembangkang.
Saya boleh
beri jaminan kepada anda, bahawa mereka menghisap darah anda
"slow-slow" bila mereka memerintah. Sebab itu saya menulis hal ini.
Terima kasih.
***Artikel
sumbangan pakar ekonomi swasta.
***Mymassa
tidak bertanggungjawab kepada penama-penama yang disebutkan. Ianya adalah
artikel sumbangan untuk mengelak rakyat Malaysia diperbodohkan oleh Rafizi dan
Anwar.
Penjelasan
Penulis asal artikel ini :
Maksud bawah
10 tahun yang dirangka Rafizi ialah apabila kereta tersebut mencecah tahun ke
10 ia dikira sebagai barang hapus kira. Rangka kertas Rafizi yang saya tidak
huraikan ialah Rafizi mencadangkan 3 langkah utama,
Kereta
berumur 3 tahun : Berpendapatan RM10,000 ke atas
Kereta
berumur 5 tahun : Berpendapatan RM5,000 ke atas
Kereta
berumur 10 tahun : Berpendapatan RM 3,000 ke atas
Kereta
berumur 10 tahun ke atas : Hapus Kira
Rafizi Ramli
menggunakan modus ekonomi konservatif Japan, di mana jika kamu membeli sebuah
kenderaan, hendaklah membeli secara pakej dan inti pakej-pakej itu dibayar
secara tunai. Pakej-pakej yang tidak dimasukkan dalam harga murah kereta Rafizi
ialah Pakej Aksesori seperti radio, aircond, security sistem - alarm, dan
sebagainya.
Di mana
pakej ini indirect akan menekan anda untuk bersetuju memilih jumlah tahun mampu
pinjam anda dan jumlah tahun kereta itu akan berjalan di atas jalan raya. Pakej
ini turut memberi kesan kepada nilai tinggi insuran termasuk kos-kos
tersembunyi seperti kenaikan nilai insuran per-tahun dan penyusutan nilai
kenderaan per-tahun!
Rafizi juga
menggunakan pakai model penjualan kereta di Australia, di mana sebarang
penambahan pakej dan aksesori kenderaan adalah tanggungjawab sendiri pembeli,
melainkan satu perjanjian jual-beli berlainan dibuat antara agen dan pembeli.
Saya tidak
boleh menghuraikan paper Rafizi secara detail dalam blog ini, tetapi memadailah
saya menghuraikan perkara-perkara yang penting. Jika saya menterjemahkannya
dalam bahasa ekonomi, saya bimbang pembaca biasa tidak faham. Sudah tentu saya
faham apa yang Rafizi buat sebab saya pernah bekerja di bawahnya.
Tujuan saya
satu sahaja, supaya rakyat Malaysia sedar bahawa mereka sedang diumpan dan
diperbodohkan oleh Rafizi.
Terimakasih.
Sumber : MyMassa
No comments :
Post a Comment