Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, May 31, 2015

1MDB Akhirnya Akan Dibubar


1. Syarikat gergasi milik Kementerian Kewangan 1MDB yang ditubuhkan pada Februari 2009, akhirnya akan dibubarkan menjelang awal tahun depan.

2. Syarikat itu, sejak penubuhannya mengundang berbagai kritikan dan dakwaan, dan memuncak sejak akhir-akhir ini.

3. Dakwaan terhadap syarikat itu termasuk kononnya sebahagian pinjaman yang berjumlah RM42 bilion telah lesap.

4. Dewan Rakyat pada khamis diberitahu bahawa sehingga 31 Mac 2014, 1MDB mempunyai nilai aset bernilai RM51.4 bilion yang terdiri daripada RM19.5 bilion aset mudah cair dan RM31.9 bilion bukan tunai.

5. Dewan Rakyat juga diberi tahu, bahawa antara aset bukan tunai syarikat tersebut adalah tanah TRX dan Tanah Bandar Malaysia.

6. Aset lain syarikat tersebut antara lain 94.69 hektar (234 ekar) tanah di Pulau Pinang, 13 buah IPP dan satu kemudahan penyulingan yang tersebar di 5 negara.

7. Dalam proses membubar syarikat itu, satu tindakan mengurangkan beban hutang sedang dijalankan.

8. Pada hari ini, Menteri Kewangan Ke-2 telah mengumumkan rancangan rasionalisasi syarikat tersebut, antara lain melalui perjanjian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya Aabar, di mana IPIC akan menyalurkan USD1 bilion untuk digunakan membayar hutang syarikat daripada konsertium perbankan antarabangsa yang berjumlah USD975juta.

10. Juga melalui rasionalisasi 1MDB akan ditubuhkan tiga syarikat yang berdiri sendiri, TRX, Bandar Malaysia dan Syarikat Tenaga- Edra.

11. Melalui cadangan rasionalisasi tersebut, dijangka hutang 1MDB akan berkurangan sehingga RM16bilion.

12. Masalah utama syarikat tersebut adalah aliran tunai, sehingga sukar membayar obligasi pinjaman jangka pendek.

13. Akhir tahun lalu, syarikat tersebut terpaksa meminjam RM2bilion untuk membayar hutang, selain saluaran kewangan daripada kerajaan yang berjumlah RM970juta.

14. Pada April, syarikat tersebut terpaksa menjual 1.6 ekar tanah miliknya kepada TH Property sebanyak RM188juta untuk membayar obligasi pada 9 Mei.

15. 1MDB menjadi duri dalam daging pentadbiran Perdana Menteri, sehingga menyebabkan beberapa pemimpin utama Umno mengeluarkan kenyataan tidak menyebelahi syarikat gergasi itu.

16. Entah apa yang difikirkan oleh lembaga pengarah dan pengurusan syarikat tersebut sehingga meminjam sehingga RM42bilion sedangkan modal berbayar hanya RM1juta.

17. Terlalu agresifnya pengurusan dan lembaga pengarah, sehingga rancangan bisnes tidak diimbangi dengan aliran tunai.

18. Akhirnya satu syarikat yang pada awalnya difikirkan berdaya maju, akhirnya akan dibubarkan.

19. Pentadbiran Najib dikejar masa untuk menyelesaikan kemelut syarikat tersebut, kerana ianya satu alat yang digunakan oleh mantan Perdana menteri- Tun Dr Mahathir mendesak beliau meletakkan jawatan.

20. Hanya kerana kemelut IMDB, para pemimpin Umno bercakaran.


21. Apapun, kita berharap, kalaupun marahkan nyamuk, janganlah bakar kelambu. 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.