ADA hikmah juga kenapa isu berkaitan 1MDB ini
meletup. Sedar atau tidak sedar, ia
menyerlahkan sisi bodoh segelintir orang yang disangka bijak dan ada yang layak
digelar negarawan/manusia agung, hanya beberapa tingkat bawah dari Tuhan.
1MDB
dituduh menghilangkan wang negara sebanyak RM 42 billion. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan
dituduh bertanggungjawab dan kerana wang ini telah hilang dan tidak mungkin
boleh dikembalikan semula, Perdana Menteri perlu meletakkan jawatan.
Kempen
demi kempen dijalankan, gerakan demi gerakan digerakkan. Nama 1MDB dan Perdana Menteri dibusukkan
sehingga Tabung Haji yang sudah membeli tanah 1MDB di TRX pun terpaksa mahu
menjual tanah itu semula kerana kononnya wang penyimpan Tabung Haji boleh lesap
kerananya.
Tak
cukup dengan itu, ada ahli parlimen yang dihasut untuk mengadakan undi tidak
percaya, soal Speaker (untuk meluluskan usul) juga diuruskan, kalau tak dengar
cakap, diminta letak jawatan dan ganti dengan orang lain yang boleh meluluskan
usul tersebut.
Semua
ini berpaksi kepada tajuk yang sama – PERDANA MENTERI PERLU DITURUNKAN KERANA
1MDB KONONNYA TELAH MENGHILANGKAN WANG
RAKYAT SEBANYAK RM 42 BILLION.
Ada
segelintir rakyat pun nampaknya sudah menerima hakikat bahawa Perdana Menteri
perlu meletak jawatan sebab RM 42 billion dah hilang. Dikatakan beribu-ribu yang datang dengar road
tour (100 datang sambut balik umrah), semuanya mahu dipercayakan bahawa RM 42
billion ini sudah hilang.
Sehinggalah
road tour terakhir di Perak, dimana yang dikatakan RM 42 billion hilang itu,
sebenarnya adalah hutang – yang boleh diperolehi semula. Ironinya, yang menuduh pulak sendiri mengaku.
Tapi
yang jadi anehnya, Perdana Menteri masih diminta meletakan jawatan. Duit tak hilang pun kena letak jawatan juga,
dimana logiknya?
Kita
perlu ingat, tidak ada dalam sejarah negara ini, seorang Perdana Menteri
meletakkan jawatan kerana menghilangkan wang negara. Tun Mahathir dituduh bertanggungjawab
menghilangkan wang negara sebanyak RM 30 billion dalam perjudian matawang asing
dekad 90-an dulu, tak letak jawatan pun.
Entah
berapa billion lagi dihilangkan ketika krisis matawang 1997 untuk menstabilkan
ringgit. tak letak jawatan pun. Berpuluh bilion lagi dibelanjakan untuk
menyelamatkan syarikat-syarikat, membeli hutang tak berbayar (NPL) dan
sebagainya, tak letak jawatan pun.
Yang
Datuk Najib tak hilangkan wang seperti yang dituduh pulak kena letak jawatan,
apahal pulak? Jadi jangan terkejutlah
kalau ada orang lain lepas ini yang akan dibuang jawatan.
No comments :
Post a Comment