Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, May 5, 2015

2013 - Pengundi Hantu Bangla, 2014 - Myanmar, 2015 - Pengundi Hantu India Pulak? PR Rasis!#PRKPermatang Pauh

May 4, 2015

Setiap kali tiba Pilihan Raya Umum (PRU) mahupun Piliha Raya Kecil (PRK), pembangkang seolah-olah telah kehabisan modal apabila sering membangkitkan isu pengundi hantu. Jika pada tahun 2013, Ketua Umum (KETUM) PKR, Anwar Ibrahim cuba membakar sentimen kemarahan rakyat dengan membangkitkan isu 40,000 pengundi hantu.

2014, anak saudaranya, Badrul Hisham Shaharin turut dilihat cuba menggunakan isu yang sama. Badrul Hisham atau Chegubard mengubah genetik kaum daripada Bangladesh kepada Myanmar. CheguBard mendakwa ribuan warga asing dari Myanmar dikesan berada di Kajang, sewaktu PRK Kajang berlangsung.

Kini 2015, DAP mengubah polarisi kaum yang menjadi pengundi hantu. Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuri Patoo mendakwa MIC akan membawa masuk 3,000 pengundi hantu berbangsa India. Sungguh rasis dakwaan pemimpin DAP.

Adakah pembangkang merasakan Rakyat mudah tertipu dengan pembohongan mereka? Berapa ramai daripada 40,000 warga Bangladesh dan Myanmar yang dianggap pengundi hantu berjaya pembangkang tangkap setakat ini? 40,000 pengundi hantu berkeliaran di pusat mengundi dan pembangkang tidak dapat menangkap satu?

Sekarang pembangkang cuba menipu Rakyat sekali lagi dengan dakwaan tidak berasas dan dan bersifat perkauman dengan mengatakan mendapat 3,000 pengundi hantu India di Permatang Pauh? Mengapa tidak lagi 40,000 atau 5,000? Kenapa hanya tinggal 3,000 bilangannya? Bajet berkurangan sebab GST kah?

Cr :  CTS

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.