1.
Mengapa 1MDB dibenci? Mengapa syarikat milik Kementerian Kewangan
tersebut, diberi berbagai jolokan yang mengerikan, seolah-olah
penyebab semua masalah, baik perekonomian, politik, malah dikatakan
penyebab UBN bakal kecundang pada PRU-14.
2.Mari
kita lihat, mengapa syarikat tersebut dibenci. Masih ingatkah
penswastaan? Penswastan pertama adalah berkaitan Independent Power
Plant (IPP), antaranya IPP yang dikendalikan Syed Mokthar Al-Bukary,
Ananda Krishnan, YTL dan Genting.
3.
Melalui pesawstaan tersebut, TNB diwajibkan membeli tenaga dengan
tarif yang tinggi, dan pada masa yang sama menerima subsidi daripada
Petronas, dan melalui proses tersebut IPP tersebut mengautkan
keuntungan RM19bilion setahun sejak tahun 1990, sebelum dihentikan
pada tahun 2012.
4.
Konsensi 25 tahun tersebut tamat pada 2015, dan tidak disambung,
namun 1MDB membelinya dengan harga RM18 bilion termasuk hutang
tertunggak dan teknologi yang ada pada IPP tersebut.
5.
Oleh kerana pembelian tersebut, maka tarif litrik yang seharusnya
naik pada tahun 2014 tidak menjadi kenyataan sebaliknya tarif litrik
diturunkan pada tahun 2015, sebagai impak kepada pembelian IPP
tersebut.
6.
Para pemilik IPP itu, sudah tentu marah, kerana sebaik sahaja semua
IPP tersebut dimilki 1MDB, maka konsensi disambung selama 25 tahun
lagi. Walaupun masih menjual tenaga kepada TNB, oleh kerana semua
IPP tersebut milik kerajaan, maka tarif yang dikenakan mempunyai
kecenderungan untuk menurunkan tarif litrik dalam negara.
7.
Juga melalui pertukaran hak milik IPP tersebut, Petronas tidak lagi
memberi subsidi yang berjumlah RM19 bilion setahun. Suatu ketika
bayaran kepada IPP sejumlah ini menjadi bahan para pemimpin
pembangkang menghentam kerajaan.
8.
Siapa yang tidak marah kehilangan pendapatan RM19 bilion? Para
pemilik IPP tersebut, mempergunakan mantan Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir , untuk menyerang DS Najib, mempersoalkan mengapa 1MDB beli
IPP tersebut pada harga mahal, sedangkan tempoh masa operasi semakin
tamat. Sebenarnya alasan yang diberikan itu bukanlah demikian,
alasan sebenar adalah, para pemilik IPP itu tersangat marah.
9.
Tun Dr Mahathir memang mahir membangkitkan persepsi, atas sebab itu
bermula dengan mempersoalkan, mengapa kerajaan tidak menunggu tamat
tempohnya konsensi baru beli, namun apa yang tidak diuraikan, bahawa
masih ada klause dalam perjanjian tersebut, bahawa kerajaan masih
terikat kepada obligasi untuk menyambung konsensi untuk tempoh masa
tertentu. Juga tidak masuk akal, semua peralatan milik IPP tersebut
dibesi burukkan, adalah satu keputusan gila, jika mempergunakan satu
infra yang masih boleh beroperasi dilupuskan begitu sahaja.
10.
Tindakan 1MDB membeli IPP tersebut dengan harga RM18 bilion, namun
selepas disambung konsensi selama 25 tahun lagi, maka nilainya bukan
lagi RM18 bilion, malah tiga kali ganda berbanding harga belian.
11.
Diketahui umum bahawa 1MDB tidak mempunyai modal untuk membeli, atas
sebab itu meminjam daripada bank. Pihak bank memberi pinjaman kerana
mengetahui potensi IPP tersebut. Bank menilai potensi kewangan yang
boleh dijana, atas sebab itu memberi pinjaman.
12.
1MDB sebagai syarikat milik kerajaan, selain mendapatkan bebeberapa
IPP juga membeli tanah-tanah milik kerajaan seperti TRX dan tanah
bekas lapangan terbang sungai besi selain tanah di Ayer Hitam Pulau
Pinang.
13.
Dalam rancangan bisnes syarikat tersebut, untuk mendapatkan wang
tunai bagi digunakan membangun hartanah yang dibeli termasuk Kuala
Langat Power Plant, maka bercadang menerbitkan IPO, yang boleh
mendapatkan RM8bilion dana awam, namun sebelumpun rancangan tersebut
menjadi, berbagai inej negatif ditimbulkan, sehingga rancangan
tersebut ditangguhkan untuk sementara waktu.
14.
Akibat tertangguhnya penerbitan IPO, maka syarikat yang berjaya
menjana pinjaman sehingga RM42 bilion tersebut, dikejar bank sesuai
dengan perjanjian. Oleh kerana hartanah yang dibeli belum menjana
pendapatan, kecuali IPP yang menjana pendapatan RM900 sejuta
setahun, namun jumlah tersebut tidak mencukupi untuk membayar
pinjaman tertangguh.
15.
Bagi mengatasi kekurangan wang tunai, maka 1MDB terpaksa menjual
sebahagian hartanah miliknya, malah terpaksa memberikan aset
bernilai yang dibeli 1MDB yang tersebar di 5 negara kepada syarikat
lain seperti IPIC dan Aabar Abu Dhabi semata-mata untuk membayar
hutang.
16.
Untuk sementara, pihak-pihak tertentu yang mencipta berbagi imej
buruk kepada 1MDB telah berjaya, kerana tidak menjadinya syarikat
tersebut menerbitkan IPO.
17.
Niat para pengeritik 1MDB agar supaya syarikat itu muflis, tidak
akan menjadi, atas sebab, kerajaan tidak akan menjual harta yang
berkaitan dengan tenaga kepada pihak swasta, sebaliknya menjualnya
kepada TNB, GLC milik kerajaan agar supaya keadaan penswastaan
tenaga yang bermula tahun 1990 tidak berulang.
18.
Perkara 17, inilah yang gagal dilihat oleh mereka yang terpengaruh
kritikan negatif kepada tindakan 1MDB, namun pihak pembangkang tahu
benar, tindakan 1MDB tersebut memberi impak positif kepada kerajaan
UBN.
19.
Juga apa yang gagal dilihat oleh mereka yang terpengaruh kritikan
negatif terhadap 1MDB, berkaitan sumbangan sosial syarikat tersebut
kepada pihak-pihak yang memerlukan. Pihak pembangkang melihat,
sumbangan sosial syarikat tersebut memberi impak positif kepada
kerajaan UBN, atas sebab itu, sebelum syarikat tersebut dapat
berkembang dan meneruskan usahanya, maka perlu ditamatkan.
20.
Para 19 tersebut dilihat oleh pembangkang, namun dipihak Tun Dr
Mahathir pula, melihat tindakan 1MDB telah merampas peluang para
pemilik IPP yang tercipta semasa pemerintahan mantan Perdana Menteri
tersebut, khususnya IPP milik Syed Mokhtar Al-Bukahry.
21.
Melihat kepada apa yang berlaku melalui tindakan 1MDB memilik
beberapa IPP dan pembangunan Bandar Malaysia dan TRX serta tanah di
Pulau Pinang, mempunyai pengaruh postif kepada UBN dan kepentingan
kaum melayu dan bumiputera, maka pihak pembangkang berusaha sedaya
upaya menggagal kemajuan syarikat milik Kementerian Kewangan
tersebut, selain menghalang "brain Child" Perdana Menteri
itu berkembang maju.
22.
Menghapuskan 1MDB sebenarnya satu tindakan politik yang dirancang
oleh pihak pembangkang, namun pengelibatan mantan Perdana menteri
Tun Dr Mahathir, hanya kerana para "kroni" beliau
kehilangan pendapatan berbilion ringgit. seterusnya
1 comment :
memang Pas tak ada maruah, patut pun mereka dihina sedemikian rupa
Post a Comment