1.
Kecoh jugak sekarang pasal pemotongan kat Segenting Kra untuk membina laluan
air seperti Terusan Panama dan Terusan Suez.. Ada yang kata ‘matilah ekonomi
kita…”. Tapi sebenarnya banyak juga faedah kepada kita kalau kita bersedia.
2.
Seingat saya perkara cadangan yang bersungguh-sungguh ni dah timbul di zaman
pemerintahan Tun Mahathir Mohamad (Tun M) pada
pertengahan 80an lagi, time tu saya masih belajar di sebuah universiti
di Kuala Lumpur.
3.
Saya pernah berkesempatan membaca sinopsis projek ini yang diberi oleh teman
saya, seorang pegawai kanan di Jabatan Perdana Menteri yang terlibat dalam
merangka benda ni dan kalau tak salahnya time tu, kos dalam lingkungan USD 30
bilion dengan jangkamasa projek lebih
sepuluh tahun.
4.
Serentak dengan itu, PM masa tu (Tun M) mula membuat persiapan dan mengarahkan
satu projek menaik-taraf jalan keretapi dari Johor Bahru ke Padang Besar juga
mesti dibuat.
5.
Korek-korek jumpa baliklah sedikit dokumen yang identikal tapi dah masuk dalam
perbahasan kat forum – yang mana saya percaya ia adalah dokumen telah saya
tengok (linknya kat sini : https://forum.lowyat.net/topic/1279444/all).
6.
Tu lah.. Bila saya ceritakan tentang hal-hal macam ni dulu, banyak yang
melenting kata berangan-angan besar sangat, mimpi basahlah dan macam-macam
lagi. Bila sentuh bab ghaib, kurapat lah.. Syirik lah.. Maaf cakap, kalau
sayalah ilmu saya belum sampai ke situ, lebih baik saya diam, takut nanti saya
jadi ‘bodo’ sendiri..
7.
Sebenarnya jalan keretapi berkembar tu adalah satu projek mega merentasi Asia
Tenggara ke China dan dari China disambungkan ke Eropah melalui Russia.
Sekarang ini, China dan Russia sudah pun memulakan projek ni yang khabarnya
bernilai lebih USD 240 bilion. Dua puluh tahun lagi kita boleh menjelajah
Eropah dari Setesen KL Sentral..Tu kalau sempat dipanjangkan usialah.. So..Yang
ni mimpi lagi ke..?
8.
Landasan KTM berkembar tu adalah untuk pengangkutan kontena dan barangan dari
selatan Semenanjung ke Padang Besar lalu dipunggah-naik ke kapal di pelabuhan
di pintu Terusan Siam sama ada pintu barat atau timur, tertakluk kepada
destinasinya dengan masa perjalanan separuh hari sahaja dari Johor Bahru.
9.
Malangnya, pentadbiran selepas Tun M
banyak kerenah. Pak Lah dan tak ketinggalan PM sekarang ini (Najib) bukanlah
seorang visionaris, mereka tidak nampak kepentingan perkara-perkara ini. Mereka
cuma nampak, keretapi kelajuan tinggi macam TGV atau Shinkansen – tetapi
keuntungan daripada pengenalan teknologi ini dalam sudut yang lebih jauh,
mereka tidak lihat.
10.
Cuba bayangkan kargo perishable yang memerlukan masa perkapalan yang singkat
sudah tentu boleh diangkut dengan mudah, cepat dan pada kos yang lebih murah ke
destinasinya sama ada Timur Tengah / Eropah atau Timur Jauh.
11.Bagi
kapal-kapal minyak mentah dari Timur Tengah ke Timur Jauh (China,Jepun, Korea
Selatan) pulak terutama ULCC dan VLCC, mereka dengan mudah boleh memuat-turun
muatannya di pelabuhan di pintu barat Terusan Siam dan disalurkan melalui paip
ke tangki / bunker transit di pintu timur Terusan Siam untuk dimuat-naik ke
kapal satu lagi.
12.Penjimatannya
amat signifikan sebab tak perlu nak pusing sampai belakang Sumatera. VLCC ni
adalah ‘Very Large Crude Carrier’ dan ULCC ni pula ringkasan kepada ‘Ultra
Large Crude Carrier’.
13.Nak
tau pasal saiz-saiz kapal, bacalah kat sini, bak kata arwah pakcik astro dulu –
macam-macam ada… Al Fatihah untuk beliau yang sering minum cendol tapai kat Kg
Baru dengan saya – sebab rumahnya dekat rumah sewa saya dulu… Ni linknya:
http://maritime-connector.com/wiki/vlcc/
14.Kita
tahu Selat Melaka hanya membenarkan kapal bersaiz sederhana kerana kedalaman
minimun perairan adalah 25 meter dan dikenali sebagai ‘Malaccamax’ dan had
kedalaman operasi ditetapkan pada 18 meter sahaja. Jadi, ULCC dan VLCC memang
tak boleh lalu kat sini. Sape cakap boleh..? Boleh kerat jari la brader…(Nota
Tambahan – ULCC dan VLCC sekarang ini mengikut laluan di luar Selat Melaka,
iaitu melalui Selat Sunda)
SEBAB-SEBAB
TAMBAK JOHOR PERLU DIGANTI
15.Dengan
perancangan terperinci tu, makanya Tambak Johor juga perlulah diganti kepada
satu jambatan yang boleh menyediakan sambungan air terus antara Pelabuhan Pasir
Gudang di timur ke Pelabuhan Tanjungg Pelepas di barat.
16.Bab
Singapura tu toksah pikir. Tu negara orang, kita pikir negara kita tapi
malangnya ada Perdana Menteri yang lebih dengar rintihan negara orang, jadilah
kita macam ni..
17.Berbalik
kepada bab haulage. Sebarang kargo yang dipindah-naik dari kapal kontena mega
yang menurunkan barang di Tg Pelepas terus boleh dimuat-naik ke kapal kecil
yang boleh juga berlabuh di Pasir Gudang melalui Selat Tebrau tanpa perlu tawaf
tiga-suku pusingan pulau Singapura – perairan orang.
PEMBUKAAN
SELAT TEBRAU AKAN MENGHALANG KERJA TAMBAKAN SINGAPURA
18.Bila
dah ada laluan kapal di Selat Tebrau, makanya penambakan laut oleh jiran kita
di selatan menuju ke arah Johor akan berkurangan kerana pasir-pasir tambakan
tadi akan terkobar diputar oleh kipas-kipas kapal yang lalu-lalang. Jadi,
kurang produktiflah kerja penambakan mereka.
19.Okey..
Secara umumnya, sempadan perairan di antara dua buah negara diambil di titik
terdalam (jika di air) atau titik tertinggi (jika di pergunungan). Ini kerana
adanya perbatasan semulajadi yang nyata dan berbentuk fisikal.
20.Tak
percaya, lihatlah Cameron Highland, Genting Highland dan Bukit Fraser. Semuanya
berada di Pahang kerana cerun yang menghadap ke barat (Cameron Highland –
Perak, Genting Highland dan Bukit Fraser – Selangor) curam tetapi cerun yang
menghadap ke timur (arah Pahang) agak melandai dan boleh buat penempatan.
21.Makanya
atas dasar inilah juga Pahang bertuah mendapat kasino tunggal di Malaysia yang
mana salah satu pemegang saham utamanya adalah milik yayasan atok seorang
pemimpin negara kita..! Yayasan ni jugalah yang berkongsi syer syarikat bas
yang terjun gaung pada bulan Ogos 2013 dulu. Bertuah kita.. Tuah untuk mudah
kita mendapat bala.
22.Berbalik
kepada Selat Tebrau. Bila dah tak ada laluan kapal, maka arus air kat dasar
akan lebih tenang dan pasir-pasir penambakan mudah mendap dan senanglah kerja
penambakan di buat.
23.Bila
ditambak dan ditambak, pasir-pasir ni akan bergerak ke arah titik terdalam dan
lama-kelamaan titik terdalam ni akan cetek dan akan terganjak ke arah sebelah
yang tak di tambak – dalam kes ni ke arah Johorlah.
24.Tunggu
sajalah beberapa dekad akan datang, time anak cucu kita pasti akan berlaku
pengukuran semula titik sempadan di dasar laut kawasan ini untuk mengemas-kini
pancang sempadan (maya, di atas peta), mesti banyak terganjak.
25.Cuba
bayangkan kalau keseluruhan 50km pesisir terganjak 0.5km, senang-senang jiran
kita dapat 2,500 hektar @ 25 km persegi kawasan baru (bersamaan separuh
keluasan Putrajaya @ keluasan Putrajaya 49 km persegi).
26.Kita
sebenarnya tak cukup cerdik dan malas belajar dari sejarah. Cuba tengok balik
macamana kerajaan Thai dapat kawasan penerokaan minyak di JDA
(Joint-Development Area) di Teluk Siam.
27.Bagi
yang tak biasa dengan persempadanan perairan antara dua negara yang dipisahkan
oleh sungai (Sungai Golok). Sempadan kat tengah laut didefinasikan secara garis
lurus tepat kepada garis-lurus dua titik tebing kuala (tebing kuala Sungai
Golok sebelah Thai dan Tumpat) di titik sempadan terdalam muara. Macam tangen
la..
28.Awal-awal
kita merdeka, kita seronok sangat berpolitik hingga lupa bahawa jiran kita kat
sebelah Takbai (Thailand) telah menambak dan menonjolkan tebingnya ke arah laut
atas alasan nak buat padang.
29.Dengan
anjakan ni, bila dibuat persempadanan semula laut (pasal jumpa telaga minyak
kat luar pantai), titik tebingnya dah teralih.
30.Masalahnya
masa dia orang buat, kita tak bantah, macamana nak bantah sebab kita tengah
hangat berpolitik macam cerita pak kaduk bergumbira sampai lupa telaga minyak
kita tergadai.
31.Jadinya
bila dibuat ukuran sempadan… Nah..! Tu dia.. Telaga minyak tu dah terbelah
dua.. Serong setakat dua-tiga minit, bukan darjah pun di pangkal (muara)
mungkin kita kata kecik, tapi kat tengah laut dah berpuluh-puluh km makan ke
dalam kawasan kita.. Last-last kita beralah.. Kongsilah…
32.Sebab
tu juga sahabat kita kat Kelantan tak dapat royalti. Alasannya tu kawasan JDA,
bukan Petronas sepenuhnya. Tapi ada alasan lain, kalau Petronas bagi kat
Kelantan, saudara kita kat negeri Yala-Pattani-Nara akan mintak juga dgn alasan
Kelantan dapat… At the end – perang… Ni bila potong kat Segenting Kra, tak
taulah macamanan sebab Selatan Thai dan terpisah dari Utara.. Mau perang besar
lagi kot..
33.So,
kesudahan dua-dua (Patani dan Kelantan) pihak gigit jari.. Dan di Kelantan
pulak,bermulalah gerakan menuntut hak negeri yang dirompak “R” – royalti… Tapi
sebenarnya terlupa nak mengaku dah silap dari awal lagi – alpa dengan
membiarkan persempadanan ni berganjak.. Rezeki terpihak untuk orang Thai kot…
34.Namun
kita belajarlah jugak.. Akhirnya JPS buatlah satu rumah hantu (galeri) kat
pantai kuala Sungai Golok kat sebelah kita tu semata-mata nak bagi tau
kehadiran kita.. Nasi dah hangit… Kalau setakat jadi bubur masih boleh
dimakan.. Jelasnya, banyak yang tersirat berbanding tersurat.. Dan terbaik buat
masa ni, redha lah saja, tak perlu diungkit-ungkit cerita lama.
35.Tak
percaya, gogellah lokasi rumah JPS ni.. Saya tak payah gogel, dah naik pun
rumah tu dengan linangan air-mata.. Ingatkan sedara Kelantan ni cerdik sangat,
ada tuan guru politik ternama tapi tak kasyaf bab-bab kepentingan rakyat.
36.Maaf
bercerita diluar konteks biasa… Wallahualam..
No comments :
Post a Comment