Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, May 7, 2015

PKR HIDU KEKALAHAN: GADUH & PENGUNDI HANTU MULA DIMAINKAN

IMG_0594

Senario dijangkakan berubah di Parlimen P44 Permatang Pauh apabila PKR mula memainkan isu pengundi hantu dan juga memulakan pergaduhan di tempat pembuangan undi.

Strategi pengundi hantu telah digunakn oleh pakatan pembangkang semasa PU 13 apabila Ketua Umum PKR telah mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat 40,000 individu daripada Bangladesh telah dibawa masuk sebagai pengundi hantu.

Walaubagaimana pun, tuduhan Anwar Ibrahim ini gagal dibuktikan malah apabila didesak oleh rakyat untuk mengemukakan bukti, beliau telah menyatakan bahawa beliau sama sekali tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

Isu pengundi hantu ini telah dimainkan semenjak awal pagi tadi oleh beberapa pemimpin PKR terutamanya Rafizi Ramli.

Strategi kedua mereka pula adalah untuk mencetuskan pergaduhan di beberapa lokasi panas bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi yang masih belum menunaikan kewajipan. Situasi yang berlaku di satu dua lokasi dibesar-besarkan oleh media sehinggakan orang ramai membuat kesimpulan bahawa seluruh Parlimen P044 Permatang Pauh ini sedang bergolak.

Beberapa insiden kecil yang lain turut berlaku adalah tuduhan kononnya terdapat pegawai risik tentera memuat turun senarai pengundi PKR yang sebenarnya boleh dibeli dari SPR dengan mudah. Ini juga satu provokasi emosi kepada pengundi bagi tujuan untuk meraih simpati terhadap PKR.

Jangkaan menjelang jam 5.00 petang nanti, berkemungkinan juga PKR akan mengeluarkan pula kenyataan bahawa terdapat peti u,GADUHndi yang kononnya ditambah oleh petugas SPR. Penyokong PKR pula akan menjadi ganas dan menangkap mana-mana petugas PKR dan meminta supaya kertas undi dibacakan di hadapan orang ramai.


Dan seperti biasa, sekiranya benar PKR kalah, satu himpunan besar-besaran akan dilakukan kononnya demi keadilan bagi Wan Azizah dan juga Anwar Ibrahim.  





No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.