Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, May 15, 2015

Perlukah Lagi PM Kekalkan Penasihat ‘Labour Party’ di Malaysia? Masih Relevan?



David Cameron menang besar di UK. Kemenangan yang dia sendiri pun tak jangka. Malahan ramai penganalisa menganggap Parlimen UK akan tergantung lagi buat kesekian kalinya. Hung Parliament.

Semua ini tak menjadi kenyataan. Cameron dapat kemenangan yang hebat. Sampaikan Conservatives mampu untuk membentuk kerajaan sendiri, tanpa ada keperluan untuk bergabung dengan parti lain.

Ke mana ‘The Labour Party’. Bagaimana Ed Miliband boleh terjunam kalah walaupun diberikan bantuan oleh APCO dan aktivis Labour di dalam media baru. Pelik? Atau memang strategi Labour sudah tak relevan dan merosakkan Miliband.

Soalnya, apakah Najib masih percaya dengan pegawai-pegawai yang sebelum ini membantu Gordon Brown. Mamat tu pun entah ke mana. Berlalu macam tak pernah wujud. Teruk dihenyak di Westminster.

Patutkah rakyat Malaysia menanggung mediocrity puak-puak penasihat British ini? Kalau mereka bagus, mungkin OK. Tapi ini hancur.

Conservatives, yang ada masalah ekonomi yang teruk, masih boleh dapat penambahan 24 seats dalam pilihanraya. Terus ada majoriti mudah – 326/650. Labour, yang ramai penasihatnya ada berparti di Malaysia; kalah 26 kerusi.

Masih perlu Najib percaya dengan mereka ini?

Masih perlu Najib benarkan mereka berlegar di Putrajaya dan menasihati pegawai-pegawai lain?

Masih beri mereka peluang campurtangan dalam urusan pentadbiran kerajaan?

Kalaupun Najib masih mahu Penasihat British, dapatkan orang-orang yang membantu Cameron dan Conservatives. Lebih baik lagi.

Atau tak perlu pun ada orang seperti Paul Stadlen, Sam Coates dan lain-lain ini. Mereka peduli apa dengan UMNO dan BN.


UMNO dan BN tewas, mereka akan berangkat ke Afrika. Berlambak kerajaan Afrika akan percaya dengan slang dan kehebatan pembentangan Powerpoints mereka.  

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.