Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, May 31, 2015

Kemelut 1MDB- Siapa Bakal Terperangkap?




1. Mengapa rakyat begitu terpengaruh berkaitan 1MDB? Mengapa tiba-tiba ramai sangat rakyat mahu tahu berkaitan syarikat itu? Mengapa ramai sangat pemimpin terutama pembangkang gemar sangat bercakap soal syarikat tersebut? Sehingga mereka itu semua menjadikan syarikat tersebut sebagai asas mendesak Dato Seri Najib Razak untuk meletakkan jawatan?.

2. Dakwaan utama pembangkang termasuk Tun Dr Mahathir, kononnya sebahagian pinjaman RM42 bilion itu telah lesap. Pertanyaan berkaitan pinjaman terus bertubi-tubi, walaupun diberikan jawapan, namun, jawapan yang diberikan tidak diyakni, sebab mereka yang bertanya mahu melihat wang RM42 bilion mesti ditumpuk di atas meja.

3. Pihak yang bertanggungjawab berkaitan syarikat itu, kini terdesak memberikan jawapan, walaupun mereka tahu, bahawa jawapan-jawapan itu tidak akan memuaskan yang bertanya, sebabnya, bukan itu tujuan mereka, tujuan mereka, adalah Najib mesti letak jawatan.

4. Persepsi dibina agar 1MDB adalah penyebab Malaysia akan hancur, 1MDB penyebab wang rakyat akan hilang, sedangkan pada hakekatnya, tiada wang rakyat terlibat, keculai pinjaman syarikat itu berjumlah RM970 juta dan modal permulaan RM1juta.

5. Mereka yang tidak suka kepada syarikat tersebut, mempersoalkan, mengapa kerajaan menjual prime land seperti TRX dan tanah bekas Lapangan Terbang Sungai Besi kepada 1MDB pada harga antara RM64-RM90 satu kaki persegi?

6. Atas sebab pertanyaan yang bertali arus, manakala jawapan-jawapan yang diberi tidak juga diterima, pemimpin yang punya idea tersebut tidak lain Perdana Menteri sendiri, pada 4 Mac telah mengarahkan Ketua Audit Negara agar mengaudit syarikat tersebut, kemudian laporan itu diserahkan kepada Public Account Committee (PAC) Dewan rakyat. Juga pada masa yang sama, PAC juga mengumumkan akan mengaudit sendiri syarikat tersebut.

7. Dalam perkembangan yang sama, atas sebab Laporan Audit lambat disiapkan, PAC bermula pada 19 Mei memulakan sendiri pengauditan mereka. Tindakan PAC itu, dikatakan berimpak positif kepada DS Najib, kerana temuan ahli jawatan kuasa itu, bakal menyatakan fakta benar, atas sebab 7 daripada 12 anggota adalah penentang Perdana Menteri, manakala yang 5 lagi dikatakan berkecuali.

8. Walaupun PAC telah bertindak awal, manakala Ketua Audit Negara sedang menyiapkan laporan, namun mereka yang mempunyai motif negatif terhadap syarikat tersebut, saban hari mengeluarkan berbagai kenyataan, inipatinya, mahu melihat di mana wang RM42 bilion yang dipinjam syarikat tersebut. Mereka tidak berminat dengan laporan syarikat tersebut, di mana asset terkumpul setakat 31 Mac 2014 berjumlah RM51.4 bilion, daripada jumlah asset tersebut RM 19.5 bilion asset mudah cair dan RM31.9 bilion asset bukan tunai.

9. Pertanyaan mereka berlegar-legar, bahawa hanya kurang daripada RM20bilion digunakan untuk membeli asset, kemana pula RM22 bilion?? Angka sebesar itulah sehingga kini menjadi persoalan besar yang mengelilingi syarikat tersebut. AYT sendiri, sejak sekian lama mengikuti kemelut 1MDB, tidak dapat gambaran sebenar, kemana wang RM22 bilion? Apa kah selama hampir 6 tahun, perbelanjaan mengurus syarikat tersebut memerlukan sejumlah itu? Pokoknya, wang tersebut tidak lagi berada dalam akaun syarikat tersebut, sebabnya sejak suku akhir tahun 2014, syarikat itu kekeringan aliran tunai. Sebagai bukti, bahawa syarikat tersebut kekeringan wang tunai, apabila terpaksa meminjam RM2bilion daripada Ananda Krishnan, mendapat suntikan RM970 juta daripada kerajaan, terpaksa menjual 1.6 ekar tanah TRX kepada TH Property kemudian mendapat suntikan model daripada IPIC sebanyak USD1bilion untuk membayar hutang kepada kosortium perbankan antarabangsa bernilai USD975 pada Ogos ini.

10. Apapun angka jumlah pinjaman yang dikatakan sukar untuk dijelaskan, pihak Ketua Audit negara dan PAC akan merungkai kemana wang tersebut? kerana wang yang dipinjam tersebut tidak boleh dicerminkan melalui asset syarikat tersebut, kerana asset tersebut diasaskan kepada penilaian terkini bukannya berasaskan kepada Par Value.

11.Berasaskan kepada keadaan itulah, ada pemimpin Umno memberi kenyataan, bahawa kemelut 1MDB telah menjadi toksik kepada Umno, malah apabila ada yang menyarankan bahawa Kabinet DS Najib perlu bertanggungjawab sama, namun ada yang menyanggah saranan itu, kerana menurut mereka, mereka tidak tahu menahu berkaitan operasi syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut. Ekoran daripada sanggahan tersebut, maka timbullah percanggahan antara anggota kabinet, kerana ada yang mengatakan bahawa kabinet sebenarnya telah diberikan “fact sheet” berkaitan syarikat tersebut. Fact Sheet, pada kebiasaannya mengandungi perician berkaitan jumlah asset, liabiliti serta aliran tunai.

12. Apa yang menarik dengan timbulnya kemelut 1MDB, DS Najib mengetahui, siapa-siapa dalam kabinet beliau yang menyokong beliau, dan siapa yang bukan.

13. Oleh kerana liputan yang begitu negatif terhadap 1MDB, semalam Menteri Kewangan ke-2 Dato Ahmad Husni Hanadzlah telah mengemukkan rasionalisasi syarikat bermasalah tersebut, termasuk pembubarannya pada awal Tahun 2016. Syarikat tersebut akan dipecahkan kepada tiga entiti yang berasingan-iaitu TRX, Bandar Malaysia dan Syarikat berasaskan pengeluar tenaga-Edra.

14. Masalah utama yang didepani syarikat itu kearah pembubaran adalah berkaitan dengan hutang. Namun, langkah-langkah sedang diambil untuk mengurangkan hutang syarikat tersebut.

15. Dalam rangka mengurangkankan hutang, syarikat tersebut telah mengikat perjanjian dengan IPIC serta anak syarikatnya Aabar di mana syarikat daripada Timur Tengah tersebut akan mengambil alih asset 1MDB yang tersimpan di BSI Singapura dan asset-aset lain, yang berjumlah RM16 bilion. Dengan adanya ikatan tersebut, sekurang-kurangnya telah merungkai kemelut yang menyelubungi aset yang berbentuk “unit” yang disimpan di BSI Singapura di mana sebelum ini telah diambil daripada Pulau Cayman yang mempunyai nilai USD1.103 bilion.

16. Kemelut 1MDB, jikapun dapat diselesaikan, namun yang pasti ada yang terperangkap. Siapa kah yang bakal terperangkap? Apa kah sipendakwa? atau yang terdakwa? kerana setakat ini, fakta berkaitan syarikat itu masih bersimpang siur, seolah-olah satu permainan. 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.