Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, May 8, 2015

Tanpa Presiden PAS, Wan Azizah Mampu Kekalkan Kemenangan Di Permatang Pauh


AIDCNews – 7/5/15 – Facebooker pro PAS, Kameel Abuya secara sinis menyindir tanpa bantuan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mammpu menang di Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh.



PERMATANG PASIR kawasan paling ramai pengundi dari kalangan Ahli PAS dalam Parlimen Permatang telah memberikan majoriti yg cukup besar pada Kak Wan Azizah dalam PRK kali ini…Alhamdulillah..

Ini adalah isyarat jelas bagi pucuk pimpinan PAS bahawa Ahli PAS tetap menyokong Perjuangan yg dibawa oleh Datok Seri Anwar Ibrahim bagi memartabatkan rakyat.

Nampaknya selepas ini pimpinan atasan PAS wajar memikirkan kembali niat mereka mahu berbaik2 dgn UMNO…
Keputusan PRK Permatang Pauh kali ini menjadi penanda aras buat Parti PAS dalam menilai semula perjuangan mereka DAN keputusan PRU ini pasti akan menghangatkan lagi suasana Muktamar PAS pada bulan June yang akan datang.

Terima Kasih buat Abg Mat Sabu di atas kerja keras beliau bagi membantu kempen PRK Permatang Pauh.,”katanya dengan menyelitkan satu foto wanita yang turut menyindir penyokong Hadi, Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah.



Menurut laporan Malaysiakini, wan Azizah berjaya mengekalkan kemenangannya di Permatang Pauh dengan majoriti 8,841.
Wan Azizah mendapat 30,316 undi, manakala calon BN, Suhaimi Sabudin mendapat 21,475 undi.
Pada Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu, Anwar Ibrahim mengalahkan calon BN dengan majoriti 11,721 undi.
Anwar mendapat 37,090 undi, manakala calon BN, Dr. Mazlan Ismail mendapat 25,369 undi. 


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.