Dikatakan,
PAS akan memboikot PRK Permatang Pauh....
Realitinya,
PAS U-Turn pada saat-saat akhir dan Wan Azizah serta PKR tetap
menang dengan majoriti selesa, sama seperti BN menang di Rompin
dengan majoriti selesa biarpun ramai pengundi tidak keluar
mengundi.
Dikatakan,
Pakatan Rakyat berantakan di Permatang Pauh...
Realitinya,
secara luaran mereka berantakan tetapi dalaman tetap bersatu
hati dna bersatu padu biarpun mimpi lain-lain.
Dikatakan,
Wan Azizah dan keluarganya tidak lagi mendapat
tempat di Permatang Pauh....
Realitinya,
sesiapa pun dari kalangan keluarga Anwar Ibrahim diletakkan
di Permatang Pauh, tanpa perlu berkempen pun, mereka
akan menang dengan majoriti besar kerana imej
Anwar Ibrahim sekeluarga telah dipublisitikan sebagai Islamik, bersih
dan jujur semenjak dari awal lagi.
Dikatakan,
ada angin perubahan di Permatang Pauh...
Realitinya,
Saluran 3, 4 dan 5 langsung tidak memihak kepada UMNO-BN
walaupun di beberapa peti undi majoriti Cina, Barisan
Nasional berjaya menukar kekalahan sebelum ini kepada kemenangan.
Dikatakan,
gelombang anak muda semakin meninggalkan PKR dan Wan Azizah...
Realitinya,
walau sebaik mana pun calon yang ditampilkan oleh BN di Permatang
Pauh, anak muda tetap akan menolaknya dan lebih
memilih yang bukan UMNO-BN.
Realiti
dan hakikatnya, UMNO hanya ada tiga tahun untuk bekerja
keras. Dua PRK iaitu Rompin dan Permatang Pauh adalah
bukti, terlalu banyak kelemahan yang tidak diambil peduli
dan diberatkan.
Walau
sesiapa pun yang dipersalahkan dalam post-mortem nanti, yang
pasti, kelemahan-kelemahan ini yang akan terus menghantui
sekiranya tidak diatasi sebaik-baik mungkin!!
Tahniah
kepada PKR dan Wan Azizah... tahniah juga kepada para
pengundi Permatang Pauh yang telah membuat pilihan dari awal
lagi....
#
Kena terima hakikat, walau apa pun terjadi dengan idola pakatan
rakyat, pengundi tegar tetap memilih mereka sebagai wakil rakyat.
Tapi
bila dikata taksub, tak mengaku lah pula.
Seterusnya
1 comment :
Salam,
Tahniah pd pengundi Permatang Pauh.. atas kesetiaan anda pada PGayR.. no problem.. semua problem hanya pada BN.. UMNO..
Juga ucapan TAHNIAH kepada Ayahnda Tun Mahathir Mohamed kerana turut sama berkempen untuk memenangkan PKR-Wan Azizah dan menjatuhkan undi PRK Rompin..
TAHNIAH Tun.. jasamu amat2 dikenang..
Best Trojan Horse EVERR... by BN..
Post a Comment