Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, May 15, 2015

BUKTI WUJUDNYA MUSANG BERBULU AYAM DAN GUNTING DALAM LIPATAN DI PEJABAT PERDANA MENTERI SENDIRI

Seringkali kali ramai yang menyatakan kehairanan bagaimana pihak Pakatan boleh tahu terlalu banyak perkara rahsia membabitkan dasar-dasar kerajaan yang kemudiannya dipolitikkan oleh Pakatan terutama sekali oleh Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli.

Isu kebankrapan ADUN Lenggeng tidaklah begitu menggemparkan kerana sejurus selepas memenangi kerusi DUN Lenggeng pada PRU-13 lalu, pihak lawan telah pun menemui kaedah untuk merampas kerusi tersebut menerusi ketidakabsahan kedudukannya selaku ADUN.

Yang menimbulkan kehairanan ialah bagaimana surat dari Pejabat Perdana Menteri yang ditandatangani oleh Dato' Shahlan Ismail yang merupakan Pengarah Bahagian Perancangan Strategik boleh terdedah?

Kalau surat daripada Pengarah Bahagian Perancangan Strategik pun tidak lagi strategik dan rahsia, bermakna surat-surat lain mahupun dokumen-dokumen lain dari Pejabat Perdana Menteri, tidaklah sukar diperolehi kerana terdapat ramai pengkhianat yang tidak sabar-sabar mahu membocorkan segala rahsia kepada awam.


Pastinya, penyiaran gambar surat daripada Sahlan Ismail yang diperolehi dari WhatsApp dan Facebook itu bakal digunakan untuk memutarbelitkan dan melakukan pembohongan seperti mana yang dibuat sebelum ini. Malah tidak mustahil juga sekiranya Pakatan Rakyat cuba menggambarkan Pejabat Perdana Menteri sedang cuba merasuah pihak yang memufliskan ADUN Lenggeng menerusi 'penyelesaian luar mahkamah', sekaligus memastikan kerusi DUN Lenggeng kekal di tangan UMNOya-BN. 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.