Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, May 15, 2015

BERANIKAH LIM GUAN ENG DAP JAWAB ISU BILLION RINGGIT WANG RAKYAT INI?


Sungguh memalukan dan sudah pasti mencemar kredibiliti Lim Guan Eng DAP. Anda baca:




Seorang wakil rakyat DAP terpaksa membuat desakan secara terbuka di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) mengenai projek pembinaan terowong dasar laut selepas kecewa dan tidak berpuas hati apabila isu yang dibangkitkan tidak dijawab kerajaan negeri.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Yap Soo Huey berkata, beliau terpaksa melakukan tindakan itu selepas usaha mendapatkan penjelasan dalam dua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini tidak mendapat jawapan sewajarnya.

Menurutnya, beliau mahukan penjelasan mengapa projek terowong berkenaan diberi keutamaan walaupun tidak menjadi fokus utama dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang.

“Saya tidak faham kenapa projek terowong ini terlalu diminati kerajaan negeri sedangkan sepatutnya keutamaan projek harus mengikut pelan induk terbabit.


“Apa tujuan melantik syarikat perunding untuk membuat pelan induk itu tetapi kerajaan negeri sendiri tidak mahu mengikutinya,” katanya kepada pemberita di lobi DUN Pulau Pinang.


Dalam perkembangan berkaitan, Soo Huey meminta kerajaan DAP Pulau Pinang mengkaji semula cadangan menebus guna tanah di kawasan Pulau Gazumbo berhampiran Jambatan Pulau Pinang.

Menurut beliau, kawasan itu yang turut dikenali sebagai Middle Bank merupakan habitat utama hidupan marin terutama rumpai laut di negara ini sekali gus tidak wajar dikorbankan atas nama pembangunan.

“Jika Persiaran Gurney sudah ditebus guna untuk projek pengangkutan, saya rasa tidak perlu lagi untuk menebus guna tanah di Middle Bank,” katanya.

Turut mempertahankan Pulau Gazumbo daripada diceroboh itu ialah seorang lagi wakil rakyat DAP, Teh Yee Chue yang menggesa kerajaan negeri ikhlas memelihara kawasan laut dan sumber maritim negara.

“Kerajaan negeri harus mewartakan kawasan Middle Bank sebagai lokasi marin bagi menjamin ekosistem negeri ini," katanya yang juga ADUN Tanjung Bungah - sumber 
Apakah Lim Guan Eng DAP berani untuk menjawab isu projek mega billion ringgit wang rakyat yang dibangkitkan sendiri oleh ADUN DAP tapi tiada jawapannya walau pun telah dibangkitkan dalam 2 sidang DUN sebelum ini?

Atau beliau akan menghantar pihak lain untuk menjawab isu ini?

Atau kroni tegar Lim Kit Siang DAP ini buat bodoh dan enggan menjawab? 
 Mim


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.