FAHAMI "KRISIS 1MDB" DENGAN AQAL YANG SIHAT, BUKAN EMOSI LIAR
Berbuih mulut saya nak jelaskan kepada orang ramai. Ada orang boleh diajar tapi banyak orang sudah terlampau beremosi dan susah untuk kita bagi kefahaman yang sebenar tentang 1MDB.
Saya baru ulas dalam Bahasa Inggeris sebentar tadi, dah ramai pula kawan-kawan Melayu tak berapa fasih nak faham selok belok hujah teknikal:https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10205077761716462&set=a.1702558836572.93792.1015989308&type=1&theater
Ramai orang tak faham "what is at stake" dalam krisis 1MDB ini. Ramai orang tak faham MALAYSIA sedang dikelilingi musuh-musuh yang menunggu masa untuk kita masuk perangkap.
Mereka tak faham dengan hujah saya bahawa nak selamatkan ASET 1MDB iaitu tanah dan janakuasa tidak boleh tidak KENA SELAMATKAN 1MDB dahulu kerana ISU KONTRAKTUAL yang 1MDB meterai dengan Pemberi Hutang iaitu BANK.
Ramai orang awam tak faham yang kalau 1MDB GAGAL BAYAR HUTANG seperti yang dijadualkan maka secara automatik ASET 1MDB itu boleh TERGADAI dengan sekelip mata sebab sebagai pajakan ianya boleh diambil oleh pemberi hutang.
Ini yang kita tak nak. Kita boleh maki Najib, Rosmah, sampai kiamat tapi itu tidak MEMBANTU MENYELEMATKAN ASET NEGARA DARIPADA JATUH KE TANGAN ASING.
Ramai juga keyboard warrior yang tak faham yang kita minta kerajaan bailout melalui Institusi Dana Awam, guna dana awam bukan seperti pam duit masuk Black Hole terus tak dapat sampai kiamat akan tetapi sebagai PELABURAN yang akan datangkan PULANGAN ASAL BERSERTA KEUNTUNGAN.
Dengan selamatkan Aset 1MDB maka ianya akan di "realized the full potential" yang mana aliran tunai yang sihat akan selesaikan hutang 1MDB sebelum kita kafan dan talqinkan 1MDB BUAT SELAMA-LAMANYA.
Boleh ke dibuat? Boleh. Serahkan pada ahlinya AKAN TETAPI DS Najib sudah tentu akan telan dan terima tamparan yang amat memalukan ini: the end of his political career.
Pengurusan 1MDB harus dibicara dengan adil dan dikenakan hukuman yang setimpal.
Tapi nak buat macam mana saya tulis berjela dengan penuh detail dan keluar ke ruangan awam jelaskan secara lisan pun mereka lebih suka mencemuh dan menyalah tafsirkan ulasan saya sebab dalam kepala otak mereka ini sudah ada "confirmation bias" bahawa selamatkan 1MDB = selamatkan UMNO = halalkan korupsi sedangkan itu adalah sama sekali TIDAK BENAR dan SALAH.
Kebodohan ini saya tak boleh tolong sebab ianya bukan tertelak pada aqal tapi nafsu.
Sekian.
Tulisan: Wan Ahmad Fayhsal
No comments :
Post a Comment