Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, August 13, 2015

Dengar Khabar, Dr. Mazlan, Bekas Calon Permatang Pauh Bakal Dilantik Pengerusi dan CEO SKMM Ikut Jalan Belakang!


 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) dikatakan bakal mempunyai CEO dan pengerusi baru. CEO dan Pengerusi SKMM sekarang adalah Dr. Halim Shafie yang dilantik pada 11 Januari 2015 untuk tempoh selama 2 tahun.


Halim menggantikan Mohamed Sharil Tarmizi yang tamat perkhidmatan pada Januari 2015.

Sebelum menjadi Pengerusi dan CEO SKMM, Halim adalah Pengerusi Telekom Malaysia selepas dia menamatkan perkhidmatan sebagai Pengerusi SKMM dari April 2006 sehingga Mei 2009. Sebelum menyertai SKMM buat kali kedua, Halim adalah Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi selama 6 tahun.

Halim Shafie menjadi popular dalam isu KAD PRABAYAR yang menyaksikan betapa berkuasanya TELCO berbanding Kerajaan sehingga pada masa yang sama, isu tersebut telah memalukan menteri ketika isu itu memuncak iaitu Shabery Cheek.

Difahamkan walaupun kontraknya masih panjang, khidmat Halim Shafie bakal berakhir kerana sudah ada usaha dari pihak-pihak tertentu yang menggunakan nama Perdana Menteri untuk menamakan Dr. Mazlan Ismail, bekas calon Parlimen Permatang Pauh PRU-13 dan juga bekas Pengurus Besar Telekom.

Dr. Mazlan merupakan antara calon favourite sebelum Halim dilantik. Namanya disebut-sebut sebagai Pengerusi dan CEO SKMM yang baru. Bagaimanapun, banjir besar yang melanda Pantai Timur Semenanjung telah dijadikan alasan untuk melambat-lambatkan perlantikannya. Apabila pengumuman dibuat, ternyata nama Dr. Mazlan telah tercicir sebaliknya Halim Shafie dilantik buat kali kedua.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, menteri baru juga tidak bersetuju nama Dr. Mazlan dinaikkan. Bagaimanapun pihak yang bebas menggunakan nama Perdana Menteri itu telah melakukan pemaksaan kononnya Perdana Menteri sendiri mahukan Dr. Mazlan menjawat jawatan Pengerusi dan CEO SKMM.

Apabila nama seseorang dikaitkan dengan cubaan melantik Dr. Mazlan ikut 'jalan belakang' ini, pasti akan membuatkan ramai di kalangan orang UMNO sendiri yang tidak berpuas hati. Kalau benarlah Dr. Mazlan akan dilantik sebagai Pengerusi dan CEO SKMM yang baru, bagaimana dengan orang-orang lama UMNO memandangkan Dr. Mazlan merupakan antara golongan bekas PAS dan bekas PKR yang bersepah-sepah dalam pentadbiran sekarang? Mengapa orang yang telah lama berjuang dengan UMNO dan Barisan Nasional tidak terpilih sebaliknya bekas calon yang kalah dan kemudian merajuk pula yang dipilih menggantikan Pengerusi dan CEO SKMM yang diketahui bermasalah semenjak dari mula?

Tidakkah tindakan ini akan membuatkan lebih banyak tentangan dari dalam parti sendiri kepada pucuk pimpinan sekalipun sebenarnya ini merupakan tindakan persendirian seorang pegawai berstatus Pengarah Strategik yang lencun kalah dalam PRU tahun 2013 apabila kena game dengan Ketua Bahagian dan calon Ahli Parlimen PAS?

Semenjak ramainya bekas PAS dan PKR diambil untuk berkhidmat dengan pentadbiran, pengurusan dan perkhidmatan awam, terlalu banyak kebocoran maklumat yang telah berlaku. Kita tidak mengatakan atau menuduh Dr. Mazlan akan membocorkan maklumat tetapi Mazlan sudah pasti akan membawa sama pasukannya kalau tidak pun menjadi boneka kepada pihak yang mengusung dia dan namanya kepada Menteri Penerangan yang baru untuk perlantikan itu.


Tambah-tambah pula SKMM sendiri merupakan lubuk yang sangat banyak emas dan galiannya! CR

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.