Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, August 9, 2015

HARI TERAKHIR NAJIB SEBAGAI PM SEPATUTNYA 29 JULAI

muhyiddin-najib


PRU14

Pada hari tersebut, Muhyiddin akan memberitahu Najib bahawa beliau perlu meletakkan jawatan dengan serta-merta (desas-desus Najib akan meletakkan jawatan pada masa tersebut viral). Peguam Negara akan menunggu di luar bersama dengan wakil-wakil media dan Najib akan diberitahu bahawa jika beliau enggan meletakkan jawatan maka AG akan mengadakan sidang media dan membacakan pertuduhan terhadap beliau.

Malaysia sentiasa melihat perebutan kuasa, perpecahan dan penyingkiran pemimpin sejak dahulu lagu sebelum Merdeka. Sebagai contoh, pada tahun 1951, enam tahun sebelum Merdeka, Umno berpecah apabila sayap Islam parti berhaluan kiri membentuk sebuah parti baru, Pan-Malayan Parti Islam, kini dikenali sebagai PAS.

Pada tahun yang sama, Onn Jaafar, pengasas Umno, meninggalkan parti itu disebabkan isu sama ada Umno perlu membuka pintu kepada bukan Melayu. Dalam perhimpunan berkenaan tidak lama selepas itu, tiga calon telah bertanding jawatan presiden Umno dimana Tunku Abdul Rahman menang.

Tunku bertahan hampir 20 tahun sebagai pemimpin Umno, tidak lama kemudian selepas rusuhan kaum tahun 1969 beliau telah disingkir keluar oleh “Young Turks” yang menganggap Tunku terlalu berkompromi terhadap Cina.

PAS juga, yang lahir dari Umno, menyaksikan perebutan kuasa selama ini. Dua pihak baru telah dilahirkan – Berjasa dan Hamim – ekoran dari konflik ini namun kedua-duanya tidak membuat banyak penampilan dalam politik Malaysia.

Semangat 46 dan kini PKR juga merupakan dua parti yang muncul dari konflik dalaman dalam Umno walaupun PKR telah berjaya pada tahap tertentu untuk menghilangkan imej Umno (tidak seperti Semangat 46) kerana ia membenarkan bukan Melayu untuk menyertai parti dan memegang jawatan dalam parti tersebut.

Dan kini, sekali lagi, kita lihat PAS dan Umno melalui perebutan kuasa dalaman. PAS lebih kurang berjaya menyelesaikan perebutan kuasa dalaman tersebut dengan penyingkiran mereka yang menentang presiden (kini mereka mahu membentuk, buat kali ketiga, sebuah parti Islam yang baru lagi). Perebutan kuasa dalam Umno, bagaimanapun, masih belum dapat diselesaikan dan pada masa ini tekaan anda sama seperti arah perjalanan tersebut “where the chips are going to fall”.

Sebenarnya, perancangan awal adalah untuk wujudkan undi tidak percaya yang akan diluluskan di Parlimen terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini sepatutnya telah dilaksanakan pada bulan Jun atau Julai (mereka war-warkan Najib tidak akan bertahan sehingga akhir Julai).

Mereka memerlukan sekurang-kurangnya 85 undi dari Pakatan Rakyat dan tidak kurang daripada 30, sebaik-baiknya 40, dari Barisan Nasional. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya menyampaikan 30-40 undi daripada Barisan Nasional dan jika beliau boleh berbuat demikian maka Pakatan Rakyat akan menyokong beliau dengan 85 undi atau lebih.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang tidak berminat terhadap satu lagi gerakan ‘Kajang Move’ selepas yang pertama menyaksikan penyingkiran Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim. Jadi beliau enggan menyertai komplot tersebut dan ini bermakna mereka perlu pergi ke plan B pula.

Pelan B sepatutnya telah dilaksanakan pada hari Rabu Julai 29, 2015, semasa mesyuarat Kabinet.

Pada hari tersebut, Muhyiddin akan memberitahu Najib bahawa beliau perlu meletakkan jawatan dengan serta-merta (desas-desus Najib akan meletakkan jawatan pada masa tersebut viral). Peguam Negara akan menunggu di luar bersama dengan wakil-wakil media dan Najib akan diberitahu bahawa jika beliau enggan meletakkan jawatan maka AG akan mengadakan sidang media dan membacakan pertuduhan terhadap beliau.

Najib kemudiannya akan ditangkap dan tiada jaminan akan diberikan kerana berisiko “flight risk”. Apabila Najib ditangkap, beliau akan menerima tamparan dengan lebih banyak lagi dakwaan untuk memastikan beliau sibuk di mahkamah untuk sedekad yang akan datang supaya walaupun beliau menang semua dakwaan tersebut namun beliau tidak akan mampu kembali sebagai Perdana Menteri. 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.