Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, August 7, 2015

MAHATHIR PUN PERNAH DIFITNAH PENGARAH BPR (SEKARANG SPRM)



video


Tuduhan yang dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamed Zin, kononnya ada pihak ‘atasan’ yang meminta PDRM menganggu urusan siasatan SPRM bukanlah satu tuduhan baru. Mantan Perdana Menteri, Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir sendiri pun pernah dituduh dengan tuduhan yang serupa. Perkara berkenaan diceritakan sendiri oleh Tun Dr. Mahathir dalam buku memoirnya ‘Doktor Umum’. Dalam Bab 53, yang bertajuk ‘Cabaran Anwar’, Tun menulis;

“Salah seorang yang memusuhi saya adalah bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah. Sekarang dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Datuk Shafee Yahya. Sebelum itu, beliau menuduh saya campur tangan dalam penyiasatan BPR terhadap Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi ketika itu, Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman. Pada 1998, saya menerima aduan yang pegawai BPR bersikap biadap. Mengetahui bagaimana kakitangan awam kadang kala bersikap keterlaluan ketika menjalankan tugas maka saya meminta Shafee memberikan penjelasan. Pertemuan kami tidak berjalan dengan baik. Shafee naik berang dan menuduh saya campur tangan dalam tugas beliau. Sebenarnya, peristiwa itu tidak ada kena mengena dengan kes Anwar, tetapi Shafee nampaknya seronok dapat memburuk-burukkan saya di mahkamah.”

Itulah yang ditulis oleh Tun M. Jadi, kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Bahri bukanlah sesuatu yang baru. Biasalah, sesiapa pun akan sedikit tertekan jika ditahan polis. Usahkan kes siasatan sekompleks ini, kita kena tahan sebab dengan polis trafik pun boleh tertekan.

Jadi tak payah nak emosi sangat. Datuk Bahri seharusnya proffesional dalam berhadapan dengan situasi sebegini. Jika dia rasa dirinya dan anggotanya tidak bersalah, tak ada apa yang harus ditakutkan. Lagipun PDRM hanya menyiasat kes kebocoran dokumen siasatan, bukannya menggangu siasatan SPRM berkenaan isu dana RM 2.0 bilion tu.

Masing-masing tahu tugas masing-masing. Jadi seharusnya tak timbul masalah seperti ini.

Komen tambahan : Hari tu kebakaran berlaku di HQ PDRM di Bukit Aman. Tetapi PDRM rileks jer serahkan Bomba untuk melakukan siasatan punca kebakaran. Kalau PDRM boleh membiarkan kes kebakaran diserahkan pada bomba untuk siasatan (walhal PDRM pun ada unit forensiknya sendiri), kenapa SPRM tak boleh bertindak sedemikian? 

Cr : Pena Minang

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.