Beliau menyelar kerajaan kerana kononnya
membiarkan isu itu berlarutan begitu lama sebelum tindakan ketenteraan diambil.
Responnya untuk menyemarakkan api kebencian yang
ditanam pembangkang terhadap Barisan Nasional (BN) memang sudah dijangka.
Beliau Ketua Pembangkang dan cukup benci kepada BN.
Dalam sekelip mata, Anwar membelakangkan segala
realiti tanggungjawab yang terpaksa digalas oleh kerajaan dan pasukan
keselamatan sejak hari pertama segerombolan bersenjata menceroboh masuk perkampungan
pantai di Lahad Datu.
Sebagai mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar
seharusnya arif tentang susur galur dan adab sopan menyelesaikan konflik
bersenjata menerusi usaha diplomatik sebelum tindakan ketenteraan diambil.
Penceroboh Keturunan Sulu
Rundingan dengan penceroboh berketurunan Sulu
diusahakan oleh kerajaan Malaysia dan Filipina menerusi saluran-saluran
diplomatik.
Tujuan utamanya sudah tentu adalah untuk
memastikan tidak ada pertumpahan darah berlaku.
Putrajaya mengambil pendirian awal untuk tidak
terlalu bingkas menggelar penceroboh berkenaan sebagai pengganas, tetapi
sebagai satu kumpulan bersenjata yang menyimpan rasa tidak puas hati kerana
didakwa dipinggirkan oleh Manila.
Malah PAS sendiri mengaku mereka ini bukan
pengganas al-Qaeda atau Jemaah Islamiyah.
Naib Presidennya Husam Musa dipetik dalam Harakah
sebagai berkata kumpulan ini keturunan Sulu ada susur galurnya daripada
keturunan Nabi Muhammad saw. Mereka terkenal dengan amalan Islam, kata beliau.
Jadi kenapa Anwar menganjurkan supaya kerajaan
Malaysia cepat-cepat mengambil tindakan ketenteraan terhadap “golongan beriman”
ini?
Sayang, Husam tidak mengupas persoalan itu dalam
ceramahnya di Ketereh tiga hari lalu.
Anwar
gelojoh mahu salahkan kerajaan, ATM
Realitinya ialah, Putrajaya mengambil kira segala
pertimbangan, risiko di dalam dan di luar acuan diplomatik. Rundingan
dijalankan tanpa putus-putus supaya kumpulan berkenaan menyerah diri dan
kembali ke Filipina.
Ketika rundingan sedang berjalan, respon Anwar
adalah untuk menengking kerajaan kerana kononnya tidak mempertahankan
kedaulatan negara.
Tentera Malaysia Di Lahat Datu
Anwar melakukan provokasi, mencabar kerajaan
mengambil tindakan ketenteraan tanpa menerokai segala ruang diplomasi.
Semalam Anwar membariskan seorang bekas jeneral
Tentera Darat (kini pengikut PKR) untuk membayangkan seolah-olah tentera darat
yang ada sekarang tidak bermaya.
Tan Sri Mat Hashim Hussein dengan angkuh
menyimpulkan bahawa pencerobohan di Lahad Datu tidak patut dipanjangkan kerana
insiden di Kampung Sauk, Perak beberapa tahun lalu dapat diatasi dalam empat
hari.
Semua kenyataan Anwar dan sipolan-sipolannya
seperti Hashim bertujuan memburukkan Barisan Nasional dan mencabar integriti
ATM sendiri.
Kerana apa...kerana pilihan raya umum makin dekat
dan kenyataan-kenyataan sedemikian boleh mendapatkan undi untuk PKR. Itu
perkiraan Anwar.
Ini belum lagi diambil kira kenyataan Naib
Presiden PKR Tian Chua yang berkata pencerobohan itu adalah “drama” yang didalangi
oleh BN.
Tuduhan itu membawa maksud parajurit dan anggota
polis sanggup menjadi sebahagian daripada drama yang akhirnya menyaksikan lapan
anggota polis terbunuh.
Tidak ada sesiapa yang menafikan bahawa usaha
diplomatik untuk menyelesaikan pencerobohan di Lahad Datu gagal.
Pembangkang
ghairah mahu raih sokongan
Namun kegagalan itu sendiri tidak bermaksud
kerajaan melakukan kesilapan kerana bertekad dahulu untuk menyelesaikan konflik
itu secara aman.
Tidak dinafikan pencerobohan itu membabitkan isu-isu
kedaulatan negara.
Penceroboh Sulu
Tetapi ia juga melibatkan keamanan jangka panjang
di rantau ini yang secara langsung membabitkan nasib pelbagai suku kaum dan
puak bertelagah di selatan
Filipina yang dahagakan keamanan.
Jika dalil Anwar adalah bahawa dalam isu
kedaulatan, tindakan tentera mesti diambil secepat mungkin, maka haruskah
Putrajaya memberi arahan untuk menembak jatuh pesawat-pesawat pejuang Singapura
yang saban kali bolos ke ruang udara Johor?
Tentunya Anwar akan kata tidak. Jadi kenapa beliau
dan pimpinan PKR begitu ghairah mengecam Putrajaya kerana kononnya lambat
mengambil tindakan ketenteraan terhadap kumpulan bersenjata dari Sulu ini?
Bukankah beliau juga pada satu masa dulu mendokong
prinsip mengutamakan penyelesaian damai dalam mana-mana konflik dan sebarang
tindakan kekerasan menjadi opsyen terakhir?
Tentera Malaysia
Anwar sering dituduh sebagai mengkarung (chamelon)
yang berubah-ubah warna untuk disesuaikan dengan keadaan.
Penulis mengandaikan jika tindakan ketenteraan
telah diambil lebih awal di Lahad Datu, Anwar yang pertama akan tampil dan
menuduh kerajaan bertindak tergesa-gesa.
Ini belang seorang Ketua Pembangkang yang menilai
sesuatu mengikut untung rugi politik kepada agenda peribadinya untuk menjadi
Perdana Menteri.
Baginya, tidak mengapa jika beliau dan
pengikut-pengikutnya termasuk bekas-bekas tentera dan Tian Chua meremehkan
pasukan polis dan tentera, asalkan tindakan itu menguntungkan PKR pada PRU 13.
No comments :
Post a Comment