Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, March 12, 2013

BREAKING NEWS: GAMBAR KETIGA KEMESRAAN ANWAR-NUR MISAURI



Penyiaran sekeping gambar mesra antara Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari. Gambar ketiga yang didedah group Mymassa ini menampakkan kemesraan yang luar biasa, pelukan mesra, sehati dan sejiwa, "aku jatuh TPM kau pun jatuh Gabenor Mindanao". Kita sama-sama jatuh, kata hati mereka.

Anwar jatuh kerana Rasuah dan Perempuan, Nur Misuari pun jatuh kerana Rasuah dan Perempuan kata Kerajaan Filipina yang memecat Nur Misuari tempoh hari. 

Anwar nak jatuhkan Kerajaan Malaysia, Nur Misuari nak jatuhkan Kerajaan Auotonomi MILF di Selatan Filipina.

Anwar kata "semua agama sama kerana mempunyai Tuhan yang satu"...Nur Misuari pula dalam FBnya menyatakan hal yang serupa. Dua-dua Pluralist Agama Islam.

Sebelum itu, Kerajaan Filipina sangat yakin agensi perisikan mereka  berjaya mengesan penglibatan Ketua Pembangkang di Malaysia (ianya merujuk kepada Anwar) dalam kes pencerobohan di Lahad Datu.

Kemampuan pengganas membeli beberapa buah rumah di atas air di Semporna, membeli rokok dengan harga sekotak RM50.00, mengubah suai enjin bot berkapasiti rendah kepada enjin berkapasiti lori, penggunaan pakaian tentera termasuk but jenama asing di Barat, keupayaan memiliki senjata moden dan penggunaan sistem jamming di medan perang memberi gambaran ada seseorang memberi dana.

Kehadiran Nur Misuari ke kediaman Jamalul Kiram III di Tausuq City minggu lalu menunjukkan sokongan yang besar kepada pasukan penceroboh di Lahad Datu. 

Keakbaran Anwar dan Nur Misuari, khususnya menjelang PRU13 di Malaysia merupakan satu modus operandi yang sulit di antara mereka berdua. Ianya melibatkan wang yang banyak, khidmat perundingan dan win-win situation antara kedua-dua personaliti pembangkang ini.

Apa  Chegu Bard buat di Kota Kinabalu pada Hari Sabtu, 09/3/2013 baru-baru ini. Dengan ditemani 3 orang bodyguard dan membawa beg hitam besar, apakah orang Harapan Anwar ini sedang mengkoordinasikan dan menyampaikan pesanan penting kepada orang perantaraan mereka? Risikan kami masih menyiasat? Anda hendak hasilnya sekarang kah?

Sumber : Mymassa


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.