Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, April 6, 2013

Kenapa Anwar membangkitkan Isu APCO

Anwar membangkitkan isu hubungan APCO dengan Kerajaan Malaysia kerana telah diarahkan oleh bekas Naib Presiden Amerika Syarikat.  Arahan ini dilakukan kerana APCO dikatakan terlibat  dalam usaha menghalang kerajaan Kanada daripada menandatangani Protokol Kyoto  bersama syarikat Exon Mobil dan Talisman Energy.

Al Gore dikenali sebagai bekas pemimpin yang memperkenalkan kempen pemanasan Global dan Protokol Kyoto merupakan antara usaha besar kempen yang dijalankannya.

Amerika Syarikat menandatangani Protokol Kyoto  pada tahun 1998 sewaktu Al Gore menjadi naib Presiden, dan melalui protocol tersebut ia telah menetapkan had dan batasan tentang peluasan penggunaan bahan bakar fosil/minyak .

Kebanyakkan negara membangun menggangap Protokol Kyoto adalah berat sebelah kerana protocol itu akan membantut pertumbuhan ekonomi negara membangun, sedangkan pemanasan global lebih banyak disumbangkan oleh negara maju.

Presiden Clinton dan Al Gore pada akhir penggal pemerintahan tidak berjaya dalam mendapatkan sokongan sepenuhanya negara diseluruh dunia menandatangani protocol tersebut.

Sehingga kini Al- Gore masih mengerakkan jentera mendesak negara-negara diseluruh dunia menandatangani perjanjian tersebut, selain itu beliau sendiri telah melancarkan projek hijaunya diseluruh dunia.

APCO pula merupakan Syarikat Perhubungan Awam yang menjalankan perniagaan berteraskan komunikasi  dan mempunyai pejabat pewakilan diseluruh dunia termasuk Indonesia, Turki, dan United Arab Emitares.

Apakah kaitan Anwar dengan Al-Gore

Al Gore mengarahkan Anwar untuk memburukkan APCO. Arahan itu dilakukan kerana APCO dikatakan terlibat dalam usaha menghalang kerajaan Kanada daripada menandatangani Protokol Kyoto bersama syarikat Exon Mobil dan Talisman Energy. 

Ahmad Lutfi Othman, sekarang ini, Ketua Pengarang Harakah


Perkara ini ada asasnya apabila APCO antara syarikat yang mengetahui usaha jahat Al Gore dan Amerika yang ingin menindas negara membangun dengan mencanangkan kempen pemanasan global yang akhirnya memberi kelebihan kepada negara maju untuk membuat lebih pencemaran. Nama APCO juga dicemar di peringkat antarabangsa sebagai mereka yang ingin menggagalkan usaha ‘murni’ Al Gore yang kononnya memperjuangkan alam sekitar. Klik sini dan sini.


Bagaimana Amerika dan Al Gore Tindas Negara Membangun

Al Gore sejak bergelar naib presiden Amerika lagi giat melaksanakan kempen pemanasan global yang kononnya memperjuangkan alam sekitar. Tetapi usahanya ini ternyata mempunyai muslihat yang mendalam apabila beliau ingin mengusahakan perdagangan karbon yang memberi keuntungan dari segi wang ringgit kepada negara maju dan mereka boleh terus melakukan pencemaran.

Perdagangan karbon bermaksud negara maju boleh membeli had pelepasan karbon dari negara membangun. Contohnya negara maju A mempunyai 10 had dan negara membangun B mempunyai 10 had.

Apabila negara maju A telah mengeluarkan 10 had karbon mereka tidak lagi boleh mengeluarkan karbon dan perlu membeli had daripada negara membangun. Natijahnya had yang dibeli akan menyebabkan negara maju A akan terus melakukan pencemaran manakala negara membangun B terpaksa mengawal pelepasan karbon dan menyebabkan usaha pembangunan terbantut.

Usaha ini semata-mata ingin menyelamatkan negara maju daripada dipersalahkan berhubung pencemaran dan menghentikan pembangunan negara membangun. Perlaksanaan perkara ini banyak ditentang oleh aktivis-aktivis dan saintis -saintis alam sekitar seluruh dunia.

Bagaimana Al Gore dan Anwar Terlibat

Seperti yang disiarkan dalam 2 artikel terdahulu, Kumbang pernah menceritakan kaitan Al Gore dan Anwar dalam satu organisasi bernama Generation Investment Management Group mana Al Gore sebagai pengerusi dan Anwar sebagai ahli lembaga penasihat organisasi yahudi yang menaja syarikat Israel sebanyak 10 juta US Dollar itu.

Isunya di sini ialah apabila penubuhan Generation Investment Management Group sebenarnya adalah ditubuhkan untuk melaksanakan projek alam sekitar yang dicanangkan Al Gore dan memberi keuntungan kepada organisasi itu. Perkara ini ada ada dilaporkan oleh hubpages.com dan prisonplanet.com laman web Amerika yang menyatakan Al Gore menubuhkan organisasi itu semata-mata untuk memperoleh kekayaan dan berselindung di sebalik perjuangan alam sekitar. Klik sini dan sini.

Antara projek yang memberi keuntungan kepada organisasi itu ialah perdagangan karbon di antara negara maju dan negara membangun.

Apa yang menariknya tatkala Malaysia masih di peringkat rundingan mengenai perdagangan Karbon.Anwar Ibrahim pada tahun 2008 telah mencadangkan cukai perdagangan karbon ini di dalam perkara 41 bajet mat jenin beliau pada tahun itu.
Ini bermakna Anwar benar-benar komited dalam memajukan apa yang ingin diusahakan oleh Al Gore untuk mengayakan diri beliau dan Anwar tak akan hanya buat semua kerja ini secara percuma. Pasti ada imbuhan lumayan yang akan diperoleh. 

Cadangan beliau itu menunjukkan Al Gore seorang yahudi sudah mula mengatur dan mencorak perjalanan kerajaan yang ingin ditubuhkan Anwar dengan memastikan projek beliau ada di dalam bajet Mat Jenin Anwar tersebut. Anwar sendiri mula melaksanakan tugasan rahsia sebagai ahli lembaga penasihat Generation Investment Management Group Apa nak dikatakan lagi? Anwar memang ternyata agen yahudi..

Benarkah Anwar tidak terlibat?

Anwar mempertahankan diri kononnya beliau tiada kaitan langsung dengan Yahudi dan Israel.

Sedangkan satu dunia tahu Anwar telah menandatangani Perjanjian Annapolis Summit pada tahun 2007 yang cukup jelas perjanjian itu mengiktiraf pembentukkan negara haram Israel. Klik sini. Situasi ini jelas menunjukkan Anwar mempunyai kaitan rapat dengan Yahudi dan Israel.

Bukan sekadar itu pihak Yahudi dengan Al-Gore sebagai penggeraknya telah merancang kebangkitan Anwar Ibrahim selepas bebas dari penjara dengan melibatkan mantan timbalan perdana menteri itu di dalam pelbagaiorganisasi pimpinan beliau.

Organisasi yang paling kontroversi yang dianggotai Anwar ialah Generation Investment Management Groupsebuah badan pemikir milik Parti Demokrat yang beroperasi di London.

Al-Gore telah melantik Anwar sebagai ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa organisasi itu dengan gaji lumayan pada tahun 2005 dan Anwar perlu menghadiri mesyuarat 2 kali setahun serta menjalankan tugas-tugas khas yang dirahsiakan oleh organisasi itu dari dunia luar. Ada pihak yang berpendapat tujuan Anwarmenyertai organisasi ini adalah tujuan untuk mengumpulkan dana politik beliau.

Turut menyertai Generation Investment Management Group sebagai ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa ialah Simon Zadek dan Mary Robinson. Anwar kali terakhir menghadiri mesyuarat organisasi itu ialah pada 18 Mac lalu di London dan Anwar terang-terangan memberitahu telah menghadiri mesyuarat organisasi itu diTwitter,Facebook dan blog kepunyaan beliau.


Generation Investment Management Group Taja Israel

Apa yang menjadi kontroversi ialah apabila Generation Investment Management Group telah menaja syarikatGreenroad dari Israel sebanyak 10 juta Dollar Amerika pada 22 februari lalu. Perkara ini telah menimbulkan ramai tanggapan daripada masyarakat antarabangsa yang Al-Gore melalui organisasinya itu terang-terangan ingin membantu Israel dari sudut bantuan dana yang akhirnya memberi sumbangan kepada pertumpahan darah umat Islam di Palestin.

Ada di kalangan media antarabangsa turut menggelarkan Al-Gore dan sebagai Usahawan Israel dengan bantuan berkenaan dan Al-Gore turut memberitahu yang bantuan beliau itu hanya bersifat permulaan serta banyak lagi bantuan yang akan menyusul.

Hubungan Al-Gore dengan Israel daripada segi bantuan dana telah bermula sejak beliau menjadi Naib Presiden Amerika lagi dan hal ini dapat dilihat nama Al-Gore telah tersenarai di dalam laman web Jewish National Fund. Penyumbang dana Israel juga pernah menghadiahkan 1 Million Dollar kepada Al-Gore dan beliau membalas balik tahun ini dengan 10 Million Dollar kepada syarikat Israel.

Hubungan Al-Gore yang terlalu baik dengan Israel ini menimbulkan tanda-tanya apa peranan Anwar Ibrahim di dalam hubungan itu. Apatah lagi Anwar bergelar ahli lembaga penasihat antarabangsa dan hadir dalam mesyuarat organisasi yang memberi bantuan secara langsung kepada syarikat Israel.

Tatkala Anwar sibuk untuk bercerita mengenai Israel di Parlimen. Apa kata Anwar menerangkan semua kaitan beliau ini kepada umum.

Rakyat semua mahu tahu adakah Anwar benar-benar tidak terlibat langsung dengan yahudi dan Israel atau hanya cakap tak serupa bikin serta ingin menipu rakyat ?

Kempen Bebaskan Anwar oleh Hak Asasi Manusia – PBB

Meskipun Amerika dan syarikat media kepunyaan Yahudi berusaha menjulang nama Anwar Ibrahim sebagai bakal PM Malaysia, dengan pelbagai anugerah; Presiden UNESCO (1991)Finance Minister of the Year - Euromoney magazine (1996), awarded the Presidential Medal by Georgetown University dan honorary doctorate by the Ateneo de Manila University, Philippines (1996), Chairman of the Development Committee of the IMF-World Bank (1997), Asian of the Year-Newsweek International (1998), namun cita-cita Anwar dan Amerika menguasai Malaysia terpadam apabila, beliau dipecat daripada keahlian UMNO pada 2 September 1998, sekaligus terlucutlah jawatannya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Selepas itu, Anwar telah dipenjarakan kerana didapati bersalah menggunakan kuasanya sebagai TPM merasuah pegawai polis untuk menutup skandalnya bersama Shamsidar Tahrin, isteri Azmin Ali. Akibat kesalahan itu Anwar telah dijatuhkan hukuman bersalah oleh pihak mahkamah dan terpaksa merengkok di dalam penjara.

Mary Robinson yang ketika itu menjadi Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia, PBB telah menjalankan kempen-kempen untuk membebaskan sahabatnya (Anwar) supaya dibebaskan dari penjara.

Oleh kerana proses lobi tidak berjaya membebaskan Anwar, Mary Robinson dan Amerika (melalui NED -National Endowment for Democracy dan NDI National Democracy Institute) telah memberi bantuan kewangan kepada beberapa NGO berkaitan dengan hak asasi dan kebebasan media supaya menjalankan operasi dari dalam negara.

Antara NGO yang ditaja adalah Amnesty International Malaysia (AIM), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Hak Asasi Manusia (HAKAM), Forum-Asia, Caram-Asia, Centre for Independent Journalism (CIJ), Southeast Asian Press Alliance (SEAPA) Transperancy International Malaysia (TIM) dan lain-lain.

Nama-nama aktivis NGO-NGO itu adalah Elizaberth Wong, Tian Chua, Cythia Gabriel, Chang Lih Kang, Amiruddin Saari dan lain-lain yang kesemuanya adalah aktivis PKR.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.