Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, April 6, 2013

TUDUHAN ANAK TUN MAHATHIR TAUKE KILANG ARAK




Saya teringat kata-kata Tun Mahathir dulu, “Kadang-kadang anak-anak saya ni marah juga, ya lah, saya tak bagi mereka terlibat dalam politik walaupun mereka berminat sangat, tapi kalau dalam perniagaan takapa lah, asalkan tak ada kena mengena dengan kerajaan”Itulah jawapan bagi pertanyaan dari penyokong kerajaan mahupun pihak pembangkang mengenai isu anak Tun Dr Mahathir, Mirzan Mahathir dengan sebuah syarikat arak bernama SAN MIGUEL dan syarikat minyak PETRON.


Mirzan terlibat dalam perniagaan sejak 1992. Dalam usianya 37 tahun, beliau telah berjaya “menawan” dan “menyelamatkan” beberapa syarikat yang bermasalah dalam negara dan seterusnya memajukan syarikat berkenaan termasuk syarikat perkapalan dan sebagainya. Pada 1992 hingga 2007, beliau terlibat dalam Konsortium Logistik disamping perlantikan beliau  sebagai  Pengarah di beberapa buah syarikat ternama dunia termasuk IBM Corporation, Solomon Brothers dan dipilih sebagai Presiden Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI), sebuah pertubuhan ternama bagi mengendalikan dan membuat kajian mengenai perniagaan .



Image result for tuduhan anak mahathir tauke kilang arak

Pada 2009 juga , San Miguel, sebuah syarikat minuman keras yang berpengkalan di Filiphina mempunyai masalah perniagaan dimana mereka TIDAK LAGI mampu untuk menggunakan MINUMAN KERAS sebagai perniagaan teras mereka atas saingan yang sangat kuat daripada beberapa syarikat minuman keras yang lain.

Justeru atas persetujuan Ahli Lembaga Pengarah San Miguel Corp Baca di sini; Maka;

Mirzan yang sangat dikenali di dunia korporat berdasarkan sumbangannya dalam syarikat-syarikat sebelum ini dan dalam ASLI, (Baca Sini)  dipilih untuk menjadi Pengarah Eksekutif bagi membantu syarikat berkenaan dalam urusniaga korporat, dari sebuah syarikat yang berasaskan minuman keras KEPADA sebuah syarikat yang berasaskan pelaburan ( Infrastruktur, Utiliti Awam da Tenaga ).

Perlantikan Mirzan Mahathir sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah San Miguel Corporation adalah sebagai mewakili kepentingan kumpulan pelaburan Q-Tech Alliance Holdings, yang telah melabur dalam San Miguel Corporation. Pelaburan oleh Q-Tech Alliance Holdings dibuat BUKANLAH UNTUK MELABUR di dalam perusahaan MINUMAN KERAS, SEBALIKNYA UNTUK MELABUR dalam bidang INFRASTRUKTUR, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA di Filipina malah dilaporkan juga San Miguel Corporation telah dikatakan berminat untuk memasuki industri telekomunikasi dan gas.

Melalui syarikat San Miguel juga, sebuah syarikat (PETRON) telah berjaya memiliki saham majoriti dalam Esso Malaysia Berhad (ESSO EXXON MOBIL)Baca Sini. Justeru kebanyakan stesyen-stesyen patrol milik Esso Malaysia di Malaysia kini telah ditukar kepada PETRON. Malah kontrak ESSO membekalkan minyak kapal terbang bermutu kepada MAS sebelum ini juga telah diperbaharui dengan perjanjian yang baru dengan PETRON. Bagaimanapun, setelah syarikat tersebut dapat berjalan dengan sempurna, Mirzan Mahathir MENAMATKAN PERKHIDMATANNYA, dan telah pun keluar dari syarikat  itu selepas berjaya menjalankan misinya pada 2010.


Dalam masa setahun sahaja, atas kepimpinan Mirzan Mahathir dalam syarikat berkenaan,, San Miguel telah mampu untuk mempunyai rangkaian perniagaan lain yang BUKAN berasaskan ARAK iaitu minyak dan gas, infrastruktur, tenaga dan kuasa elektrik, perlombongan, telemunikasi dan perbankan.Baca Sini

PERSOALAN :

"Adakah menjadi satu kesalahan dan DOSA kepada MIRZAN untuk menukar sebuah syarikat ARAK kepada syarikat BUKAN arak?” Itu merupakan soalan yang pernah dinyatakan Mirzan Mahathir ke dalam sebuah portal pembangkang dan akhirnya dengan penjelasan tersebut menyebabkan portal berkenaan menarik balik kenyataannya sebelum ini.

Namun begitu PEMBANGKANG di Malaysia tidak "gentleman" dimana masih menggunakan modal yang sama untuk memperbodohkan RAKYAT khasnya masyarakat kampung mengenai “ANAK MAHATHIR TAUKE KILANG ARAK” yang terang-terangan tidak benar sama sekali.


Mungkin ada juga mengaitkan dengan kronisme, tetapi macam kata Tun Dr. Mahathir “Kalau dia ada rekod yang baik dan mampu untuk memajukan sesuatu apa salahnya? Jika itu anda katakan sebagai kroni, saya tak boleh kata apa lah”.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepada-Nya. (Oleh itu, patuhilah larangan itu) dan bertakwalah kamu kepada Allah Sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Hujurat, ayat 12


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.