Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, March 3, 2013

(BONGKAR!!!) #LahadDatu Pakatan Rakyat Dedah Barisan Nasional Salur RM 1.2 Juta Kepada Media Amerika Untuk Burukkan Anwar...


Pendedahan berhubung ada dakwaan bahawa insiden Lahad Datu adalah satu konspirasi yang didalangi Anwar dan Parti Keadilan Rakyat kelihatan semakin membuatkan dirinya terasa tekanan. (KLIK SINISINIdan SINI)

Terbaru, Malaysiakini melalui artikelnya mendakwa terdapat usaha jahat yang dilakukan Barisan Nasional untuk menerbitkan propaganda berunsur anti Anwar melalui media Amerika yang jumlah perbelanjaannya dikatakan mencecah RM 1.2juta.




Admin merasakan bahawa dakwaan itu sekadar bertujuan untuk mengalihkan tumpuan rakyat sepenuhnya dari terus menanyakan kesahihan dakwaan sebelumnya berhubung dakwaan media antarabangsa dan sekaligus meletakkan kembali tekanan terhadap kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Kenapa pula Barisan Nasional perlu bertindak diluar jangka sampai sebegitu rupa sedangkan Barisan Nasional sedikitpun tidak berhadapan sebarang masalah dengan sokongan yang diperolehi Anwar.

Rakyat sudah bijak untuk menilai kebaikan yang dibawakan Perdana Menteri.

Sementelah lagi, media sudah beberapa kali mendedahkan hubungan baik di antara Anwar dan Amerika (KLIK SINISINI dan SINI). Tidakkah dengan tindakan bekerjasama untuk menjatuhkan Anwar bersama bantuan Amerika adalah satu usaha bodoh?

Jom kita tonton dan fahami setiap video yang ingin admin kongsikan dinbawah ini;






No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.