Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, March 5, 2013

Kenapa Anwar Gelabah Laporan Sin Chew (27 Februari 2013)

asli-1

asli-2
Gelagat Anwar – Budak-budak pemantau media HQ PKR hari ini kena kerja lebih masa. Tak pasal-pasal. Satu mesyuarat khas akan dipengerusikan Dr Chua Jui Meng dalam masa terdekat, untuk menidakkan laporan Sin Chew yang Anwar sifatkan sangat ‘damaging’ dan merosakkan markah politik PKR pada waktu ini.
Antara yang dikemukakan oleh Sin Chew – berdasarkan kajian politik yang dilakukan oleh ASLI:-
  • BN akan menang dengan jumlah kerusi 123.
  • DAP akan tampil sebagai parti paling dominan di dalam PR (menang 35-40 kerusi);
  • Melayu luar bandar akan kembali memberikan sokongan kuat kepada UMNO;
  • India akan kembali bersama BN;
  • MCA akan kehilang banyak kerusi (Gelang Patah, Kulai, Tanjong Piai dan Lumut);
  • PKR tidak akan mampu mencapai kejayaan 2008;
  • Peluang Anwar untuk menjadi PM dengan sendirinya kabur;
Laporan khas Sin Chew ini mendapat perhatian luar biasa Anwar. Sudah mula melompat dan mahukan kajian ‘damage control’ segera dilakukan oleh Merdeka Centre atau Institut Rakyat dalam masa yang terdekat ini.
Jika benar situasi ini terjadi, kedudukan PKR di Selangor juga akan banyak bergantung kepada performance DAP. Ini perkara yang paling Anwar cuba elakkan. Dengan kelemahan Khalid Ibrahim, laporan ASLI ini, pada hemat Anwar – mempunyai kredibiliti.
40 Parlimen milik DAP akan dengan sendirinya meletakkan Anwar sebagai ‘second-in-command’ kepada Pakatan Rakyat. Situasi yang amat mengerikan kepada jentera PKR. Jauh benar beza kerusi DAP dan PKR. PAS – juga jauh ketinggalan.
Amacam Pak Sheikh?

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.