Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, March 4, 2013

IDENTITI KOMANDER PENCEROBOH #LahadDatu DIDEDAHKAN !!


Ketiga-tiga gambar di bawah seperti satu teka-teki atau jigsaw kontroversi.

Gambar pertama ialah gambar Nur Misuari, ketua pemimpin Moro National Liberation Front (MNLF) bersama seorang lagi pemimpin MNLF yang digelar Komander Habier Malik (dalam bulatan)

Gambar kedua iaitu perjumpaan dan diskusi Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari pada tahun lepas. Kita tidak tahu perincian perjumpaan mereka berdua tetapi MiM berharap agar Anwar Ibrahim dapat menerangkan kepada kita untuk mengelak sebarang spekulasi dan sebagainya.


Menurut blogger MPP, Nur Misuari  merupakan pemimpin MNLF yang mahu diberi lebih peranan dan menganggap MNLF lebih besar pengaruhnya dari MILF.
Nur Misuari tidak menunjukkan muka di hari perjanjian tersebut kerana bimbang ditahan oleh tentera Filipina. MNLF sebelum ini terkenal dengan tindakan sering melancarkan serangan terhadap pihak tentera negara berkenaan.
 Selain itu, Nur Misuari sendiri telah menganggap bahawa perjanjian itu tidak relevan dan menolak dari berkerjasama dengan MILF untuk masa depan BangsaMoro di Filipina. 
Ramai juga yang tak mengetahui bahawa Nur Misuari adalah penyokong kuat kepada Sultan Sulu dan sewaktu proses menandatangani perjanjian autonomi selatan Filipina, Sultan Sulu juga tidak hadir. 
Ketidakhadiran Nur Misuari dan juga Sultan Sulu dan penolakan perjanjian damai yang diusahakan oleh kerajaan Malaysia pada tarikh 15 Oktober 2012 itu dikatakan menjadi punca bermulanya krisis di Lahad Datu Sabah. 
Jadi, pertemuan Anwar serta beberapa pemimpin PKR dengan Nur Misuari di Filipina empat bulan lalu, membuktikan ada agenda sulit sedang dirancang untuk merosakkan imej Kerajaan Malaysia dan menggugat kedaulatan negara demi kepentingan politik masing-masing. BACA SINI
Gambar ketiga pula menunjukkan Komander Habier Malik, komander MNLF bersama penceroboh Filipina di Sabah.
Komander Habier Malik di Lahad Datu.
Sehingga ke saat MiM menulis artikel ini, masih ada suara-suara naif dan sumbang yang masih mempertikaikan kesahihan pertempuran yang berlaku. Mereka menyangka penceroboh hanya maharen biasa bersenjatakan senapang patah sahaja.

Padahal, Habier Malik dan pengikut-pengikut mempunyai sejarah combat dan pertempuran yang sudah lama menentang tentera Filipina.


Malah, tentera Filipina pernah menawarkan 1juta peso untuk sesiapa yang berhasil menangkap Hadier Malik.

Sila baca : KLIK SINI

Malah, Presiden Filipina juga telah memujuk dan dalam masa yang sama merujuk kemungkinan kesalahan penceroboh Filipina itu.



Di antara kenyataannya :
Aquino also said he has ordered an investigation into possible violations of laws by Kiram, his "followers and collaborators" who he said are "engaged in this foolhardy act." 
He said the 1987 Constitution's Article 2, Section 2 states the Philippines "renounces war as an instrument of national policy." 
Aquino also said Article 118 of the Revised Penal Code punishes those who “provoke or give occasion for a war…or expose Filipino citizens to reprisals on their persons or property." 
Aquino also said his duty is very clear—"to protect the interests of all of our people, and if that is not possible, then to do what will redound to the interests of the greatest majority." more
Bukan sahaja penceroboh itu dikehendaki negara Filipina, sekarang mereka menuang api mencabar kesabaran pihak keselamatan dan kita semua.

Segalanya itu angkara penglibatan pakatan pembangkang yang didakwa merupakan salah satu daripada 3 dalang pencerobohan negara berdaulat Malaysia. Baca Sini

Dan kerana itu juga, kanak-kanak kecil yang tidak bersalah kehilangan bapanya yang gugur mempertahankan kedaulatan negara Malaysia.


Sangat menyakitkan hati kita ini!

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.