Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, September 14, 2013

Utusan lawan The J-Star

Petang semalam Perdana Menteri telah merasmikan ibu pejabat baru Utusan yang setinggi tujuh tingkat serta serba canggih.

Seni binanya menarik selain menggamit mata memandang — begitulah bentuk bunyi pujian Najib Razak terhadap mercu tanda Utusan itu (gambar bawah).


DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

Utusan berpindah bangunan pada bulan Jun ini setelah bertapak di Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin selama 55 tahun.

Utusan Melayu telah ditubuhkan di Singapura pada bulan Jun 1938 di Queen Street, Singapura dan kemudiannya dalam November 1945 ia berpindah ke Cecil Street, Singapura.
Pengasas Utusan Melayu ialah Yusof Ishak, Wajahnya adalah wajah yang tertera di atas wang kertas Singapura. Beliau yang merupakan presiden pertama republik Singapura sebelum itu menyandang jawatan ketua pengarang Utusan dari 1939 ke 1959.

singapore_dollar

Suratkhabar Melayu yang dicerca macai-macai pakatan haram sebagai Utusan meloya berusia 75 tahun itu telah melahirkan ramai tokoh wartawan, sasterawan dan negarawan yang ulung ibarat the Who’s Who dalam alam Melayu.

Di antara mereka ialah:

UtusanIshak Muhammad yang lebih dikenali sabagai Pak Sako, Abdul Rahim Kajai (pengarang: 1939-1942), Aziz Ishak, Ghafar Baba (pengerusi: 1967-68), A. Samad Ismail (anak perempuannya Nuraina ialah seorang wartawan dan blogger popular), Ahmad Boestamam, Said Zahari, Usman Awang, dan ramai lagi.
Tahniah diucapkan kepada mantan ketua pengarang Utusan Zainuddin Maidin (1982-1992) yang bukunya Di Depan Api Di Belakang Duri dilancarkan oleh Perdana Menteri juga hari ini.

Tunku Abdul Rahman kelihatan dalam gambar bawah bersama-sama menyempurakan majlis perasmian bangunan Utusan di Kuala Lumpur dalam Februari 1958.

Pada 9 Februari 1965, Tunku merasmikan bangunan tambahan Utusan manakala pada 22 Jun 1972, Tun Razak merasmikan satu lagi bangunan tambahan Utusan.

Bagi Perdana Menteri kita yang pertama, “Utusan Melayu tidak akan dapat dipisahkan daripada perjuangan bangsa Melayu” sementara Perdana Menteri kita yang kedua menganggap suratkhabar itu sebagai “pengukir sejarah”.


TunkuUtusan


Dalam Mei 1977, Tun Hussein Onn merasmikan loji percetakan Utusan. Pada pandangan Perdana Menteri kita yang ketiga:
Pada masa lalu, Utusan berjaya menyatupadukan orang-orang Melayu serta meningkatkan semangat kebangsaan sehingga tercapainya kemerdekaan, sudah tentu pada masa ini boleh memainkan peranan bagi menyampaikan perutusan tertentu sehingga tercapinya matlamat Dasar Ekonomi Baru.”
Kilang cetak Utusan di Bandar Baru Bangi, Selangor pula dilancarkan oleh Dr Mahathir Mohamad dalam Julai 1998. Najib melancarkan akhbar digital (e-paper)Utusan dalam November 2012.


Lawatan Dr M
Lawatan Dr M bersempena ulangtahun ke-50 Utusan (1989)


Garis masa di atas menunjukkan keakraban tali hubungan suratkhabar Melayu tersebut dengan pucuk pimpinan negara.

Pertalian ini sudah wujud sejak zaman Datuk Onn Jaafar lagi (gambar bawah).Beberapa orang wartawan Utusan turut terlibat dalam gerakan menuntut kemerdekaan.

Di dalam rencananya di Agenda Daily minggu lepas, Zainuddin kata Utusan ialah sebuah akhbar perjuangan. Benda ini bukannya sesuatu yang mampu dihayati biarpun difahami oleh Dapster.

Bekas Menteri Penerangan itu pernah bercakap tentang bagaimana “penyuburan patriotisme adalah lebih besar dari nilai wang”. (Meskipun si Dapster selalu menguar-uarkan diri mereka sebagai Malaysian First, namun mereka bukan sebenarnya boleh mengerti akan pendekatan ini.)


UtusanOnnJaafar
Salah seorang menteri pertama Kabinet Aziz Ishak ialah wartawan Utusan;
digambarkan bersama Datuk Onn

Sambung Tan Sri Zam,Fahaman metrialisme The Star dalam hal ini tidak seharusnya
dijadikan ukuran dengan matlamat Tanda PuteraThe Star tidak akan membuat cerita tentang kurang sambutan terhadap filem ini atau cuba memperkecilkan filem ini jika ia tidak menjiwai semangat dan fahaman DAP”.

Memang betul kata Zam bahawa The Materialistic Star menjiwai semangat dan fahaman DAP.

Hakikatnya The Sneaky Star is to the DAP what Utusan is to Umno.

DividendStar

Maka Utusan hari-hari dicerca oleh para Dapster — lihat sahaja komen-komen pembaca @ http://www.malaysiakini.com/news/241066

Pengerusi eksekutif Utusan Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin memberitahu hadirin majlis bahawa ada juga “pihak-pihak tertentu yang ingin melihat UtusanMelayu terkubur” serta suka “melontar persepsi serta label negatif ke atas Utusan“.

Star Editor's Choice (TheStarEC) on Twitter 2012-12-30 21-08-17


SIKAP PREJUDICE KETUA PENGARANG AKHBAR THE STAR TERHADAP UTUSAN MALAYSIA. 2013-09-13 23-13-09


Pada masa ini, perbelanjaan iklan oleh sebahagian besar syarikat-syarikat bersangkutan kerajaan (GLCs), syarikat-syarikat korporat Melayu dan malah oleh badan-badan kerajaan sendiri adalah dibayar kepada The J-Star.

Ini membawa makna orang Melayu yang kaya dan berjaya lebih cenderong untuk memberi sokongan dan keuntungan kepada suratkhabar pro-DAP itu.

Pesanan Najib kepada GLC untuk mengiklan di Utusan sebagai pilihan utama telah dipesongkan oleh media pembangkang (lihat bawah) bagi membayangkan bahawa langkah memilih Umno “mouthpiece” tersebut umpama menghulurkan tongkat kepada sebuah syarikat Melayu yang mundur.


http://www.malaysiakini.com/news/241066


Sebagai akhbar Melayu apakah salah Utusan mempertahankan hak kepentingan bangsa Melayu, agama Islam dan kedaulatan Raja-Raja?

Jika soalan Hashim di atas ditujukan kepada penyokong pembangkang berjuta-juta orang yang merupakan pelanggan The J-Star, jawapannya pasti ‘Ya’.

Ya, mempertahankan hak kepentingan bangsa Melayu ialah gejala rasisme, kata mereka.
Ya, mempertahankan hak kepentingan agama Islam adalah reaksi puak pelampau (religious bigotry) – lihat screenshot bawah – dan bagi mereka [si Dapsters], hanya orang Melayu kampung dungu sahaja yang akan dipengaruhi oleh tulisan-tulisanUtusan.


http://www.thenutgraph.com/for-allahs-sake/


Evangelista bodoh sombong kerana mereka buta sejarah.

Mereka sudah lupa daratan.

Patutlah kandungan The Jerusubang Sombong Star digarap mengikut selera evangelista.

Kedua-dua mereka sebulu. 



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.