Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, September 29, 2013

Menarik Diri Disaat Terakhir Strategi DAP?- David Das


SPRM kasi tolong siasat ini dakwaan berat. Dipercayai mereka rasuah. Tolong siasat satu kali 
SHAH ALAM: Tindakan menarik diri oleh 17 calon daripada bertanding dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP hari ini dipercayai strategi dalaman parti, kata Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, A David Dass. 

Katanya, penarikan diri pada saat-saat akhir menjelang pemilihan semula itu sangat mencurigakan, dan dikhuatiri calon-calon tersebut 'diminta' untuk berbuat demikian oleh pimpinan tertinggi parti. 

Dengan mengatur rancangan sedemikian, ia akan membuka ruang yang luas kepada calon yang telah menang pada Kongres Nasional Disember tahun lalu, untuk mengekalkan kedudukan mereka. 


"Kenapa saat terakhir? Mungkin mereka mempunyai agenda tersembunyi. 

"Dia nak kekalkan, tak nak adakan perubahan daripada keputusan sebelum ini. Sebab apa, mereka akan tunjukkan alasan ini kepada RoS bahawa mereka adalah betul dan yang lainnya salah. 

"Mungkin (calon yang menarik diri) dapat ganjaran, pampasan atau projek," katanya kepada Antarapos. 

Sehingga kini, seramai 17 calon dilaporkan menarik diri. Antaranya Ganabitarau A/L Veraman yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor, Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo dan Ketua Pemuda Sosialis DAP Teo Kok Seong. 


David menambah penarikan diri calon pada saat-saat akhir adalah tidak wajar, kerana katanya calon perlu memaklumkan perkara itu kepada perwakilan melalui notis pengetahuan dengan lebih awal. 

Ia lantaran DAP meminda keputusan pemilihan yang diadakan pada Disember lalu apabila berlaku kesilapan teknikal semasa proses pengiraan undi. 

Pindaan yang direstui oleh Guan Eng itu membolehkan Zairil dilantik sebagai ahli CEC iaitu badan tertinggi DAP. 

Sebelum itu, Zairil dan semua tujuh calon Melayu lain kalah pada pemilihan itu. 

Keputusan pemilihan semula parti itu dijangka diumumkan kira-kira pukul enam petang ini. - Antara Pos




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.