Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, September 29, 2013

TAKTIK MALAYSIA TANGANI SULU DITIRU NEGARA JIRAN#TERBAIK!!!


1. Kejayaan strategi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam krisis Lahad Datu awal tahun ini dalam menentang pengganas Sulu rupa-rupanya dijadikan pelajaran oleh negara lain walaupun rakyat atau “armchair general” dari negara jiran yang tidak pernah berhadapan dengan pencerobohan pada zaman moden ini mentertawakan kita.

2. Negara yang telah mendapat pelajaran penting ini adalah Filiphina yang menggunakan strategi “Overwhelming Force” ke atas 400 pemberontak Moro National Liberation Force (MNLF) yang menimbulkan kekacauan di Zamboanga City termasuk menahan tebusan.

3. Ini merupakan kali pertama tentera Filiphina menggunakan kekuatan secara besar-besaran ke atas pengganas MNLF selepas melihat kejayaan tentera Malaysia menghancurkan askar Sulu yang sebenarnya disokong oleh MNLF.

4. Bukan itu sahaja, sebanyak tujuh buah kapal tentera laut Filiphina juga membuat kepungan laut atau “Naval Blockade” ke atas bandar itu, sama seperti yang dilakukan oleh Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM).

5. Kekuatan tentera Filiphina pada ketika ini berjumlah lebih kurang 2,000 orang termasuk polis dan 300 anggota marin.

6. Saya kira jika Filiphina mempunyai jet-jet pejuang yang moden (malangnya tidak ada) seperti Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), sudah tentu kedudukan pemberontak ini habis dimusnahkan dengan bom panduan laser yang kita gunakan melalui pesawat F-18D Hornet kita.

7. Sebagai ganti, Filiphina terpaksa menggunakan helikopter bersenjata (kira oklah).

8. Sama seperti corak serangan Malaysia ke atas pengganas Sulu, tentera Filiphina memulakan serangan pada 16 Sept ke atas kedudukan musuh di Barangay Sta dengan tembakan mortar, serangan udara dengan memakai MG-520 helikopter serta roket dari pesawat penyerang SF-260.

OPS DAULAT-LAHAD DATU, SABAH

9. Semasa krisis serangan pengganas di Lahad Datu, Malaysia mengerakkan lebih kurang 5,000 tentera termasuk polis untuk menangani sejumlah 400 pengganas dan penceroboh Sulu.

10.Serangan Malaysia dimulakan dengan pesawat F-18 Hornet dan Hawk serta hentaman mortar ke atas kedudukan musuh.

11.Serangan “Overwhelming Force” yang dibuat oleh Malaysia ini dikritik hebat bukan sahaja oleh rakyat Malaysia sendiri tetapi paling ramai dari kalangan rakyat Indonesia dan Filiphina yang tidak faham tentang Standard Operational Procedure (SOP) sesebuah angkatan tentera menangani krisis bersenjata.

12.Akhirnya, terbukti, ATM yang profesional berjaya menjadi contoh terbaik dan hari ini taktik serangan yang sangat klasik yang dibuat semasa Lahad Datu ditiru oleh tentera Filiphina.

13.Syabas ATM kerana menjadi contoh kepada dunia 



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.