Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, September 13, 2013

RENUNGAN KHAS UNTUK PRESIDEN UMNO DAN SAF KEPIMPINAN...!!


Ahli Dewan Undangan Negeri Juasseh, YB Dato Mohammad Razi Kail telah dipilih semula secara sebulat suara sebagai Ketua Cawangan KG Sg Jelutong.

Apabila ditanya kepada Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, YB Dato Hj.Ismail Lasim berkenaan dengan persidangan UMNO Cawangan Sg Jelutong, beliau menjawab melalui SMS yang berbunyi; 

"Salam, Saya benar-benar tidak tau yg sg jelutong telah mengadakan mesyuaratnya. Cuba tanya kepada pemantau. Tks"

Kemudiannya, SU Bahagian memberi respon kepada saya melalui sms yang berbunyi;

"Salam, sahabat mungkin dah dapat salinan surat jawapan dr UMNO Msia berhubong protes persidangan cwg sg jelutong yg lalu. Di mana cwg sungai jelutong di arahkan mengadakan persidangan semula sebelum 15 september 2013. Lapuran dr sahabat akan d ambil perhatian & tindakan segera. Tks."

1. YB Mohammad Razi Kail telah bertindak diluar jangkaan dengan mengadakan "mesyuarat kilat" dengan hanya memaklumkan kepada penyokongnya untuk hadir mesyuarat pada 12 Sept 2013(semalam).

2. Ramai ahli terutama yang bermastautin di kampong tertanya-tanya kerana mereka tidak dimaklumkan tentang persidangan tersebut samada melalui notis mesyuarat, sms atau pun mulut. 

3. Ahli yang tinggal di luar pula, hanya mereka yang menyokong atau mungkin boleh menyokong YB Razi sahaja yang dijemput.

4. Yang jelas, Ketua Bahagian sendiri tidak tahu-menahu wujudnya persidangan cawangan sg jelutong. Bermakna tiada notis persidangan dikeluarkan untuk memaklumkan kepada pihak bahagian mahupun kepada ahli tentang persidangan tersebut.

5. Saksi-saksi yang ada di dewan mesyuarat memaklumkan kehadiran tidak sampai pun 40 orang, apatah lagi unyuk mencapai syarat korum 56 orang. Tetapi catatan kehadiran menunjukkan kehadiran seramai 58 orang. Saksi juga memaklumkan sekurang-kurangnya 3 orang ahli hantu hadir di dalam dewan dan dikira sebagai korum, termasuk Zarina binti Kail, iaitu adik kepada YB Razi sendiri.

6. Wakil bahagian yang dikatakan hadir, bernama cikgu Sharom dan Zaid, manakala wakil pemantau pula orang yang dipanggil gelar tok batin Baha.

7. Persidangan dilangsungkan sepantas kilat, dan tidak sampai 40 minit keseluruhan masa termasuk ucapan ketua cawangan. Pukul 3 petang kesampaian YB Razi ke balairaya Sg Jelutong. Jam 4.10 minit, saksi telah melihat konvoi YB Razi dan para penyokongnya sampai ke pejabat Dun di Taman Putra Batu Kikir.

Demikianlah "al kisah" sebahagian dari senario yang berlaku hasil dari kepimpinan dan kerja-tangan seorang yang bertaraf Ahli Yang Berhormat di zaman UMNO dikatakan sedang menjalankan proses transformasi politik bagi menarik kembali minat dan sokongan kalangan generasi muda melayu yang semakin jauh dari UMNO.

1. Seorang pemimpin bertaraf YB dan bendahari UMNO bahagian yang diharapkan menyumbang kepada perpaduan ahli dan masyarakat kampong telah bertindak menjadi penyumbang terbesar kepada perpecahan yang semakin melebar.

2. Seorang pemimpin bertaraf YB yang juga pemimpin bahagian yang seharusnya menjadi pelopor kepada pengukuhan sokongan terhadap UMNO, sebaliknya telah melakukan suatu perbuatan yang boleh melemahkan UMNO dan boleh menyebabkan UMNO akan terus dibenci oleh ahli dan juga masyarakat.

3. UMNO yang sangat berjasa dan begitu besar peranannya untuk bangsa melayu, tetapi berpotensi besar untuk dijauhi dan dibenci oleh orang-orang melayu hanya disebabkan tindakan dan perlakuan kotor dan jijik seorang yang telah diberi amanah oleh pucuk pimpinan untuk berkhidmat membantu rakyat, ahli parti dan seterusnya memastikan UMNO terus disokong dan diperkuatkan demi masa depan agama, bangsa dan tanah air.

4. Seorang ahli Yang berhormat yang begitu takut kepada bayang sendiri dan begitu fobia kehilangan jawatan yang hanya bertaraf "Ketua Cawangan", tetapi demi mengekalkan jawatan, ahli Yang Berhormat ini sanggup meleraikan perpaduan, menggadai keharmonian dan menghilangkan perasaan "aman" di setiap jiwa penduduk kampong. 

5. Hari ini, hasil dari tindakan primitif seorang ahli Yang Berhormat, semua nikmat ini segalanya sudah lenyap dari kehidupan masyarakat di Kg Sg Jelutong.




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.