SIAPA
MEREKA SEBENARNYA... PEJUANG BANGSA.. PEJUANG TANAH AIR... ATAU
MEREKA HANYA LAH pemimpin KERBAU yang dicucuk hidung untuk menyeksa
rakyat Tanah Melayu demi capai kepentingan ideologi Komunis...
Takkan
indek jenayah yang dilakukan oleh Komunis ni kita nak BANGGAkan...
dan
lupakan sahaja kekejaman yang mereka dah lakukan.
Bau
hanyir darah, sungai jernih bertukar merah, mayat
bergelimpangan
DITANGKAP
dan disembelih hidup-hidup, darah menyembur keluar dari leher yang
hampir putus, tubuh terangkat ke atas dan menggelepar menahan seksa
sakratulmaut. Bunyi geruh menarik nafas akhir amat gerun dan
memilukan.
Tidak cukup dengan itu, walaupun batang tubuh sudah tidak bergerak dan basah bermandi darah, dagingnya ditakik pula sebelum dibakar dan dihumban ke dalam lubang sedalam paras paha.
Perbuatan kejam dan di luar peri kemanusiaan itu adalah gambaran kekejaman komunis yang bermaharajalela ketika era darurat dari 1948 sehingga 1960.
Tidak cukup dengan itu, walaupun batang tubuh sudah tidak bergerak dan basah bermandi darah, dagingnya ditakik pula sebelum dibakar dan dihumban ke dalam lubang sedalam paras paha.
Perbuatan kejam dan di luar peri kemanusiaan itu adalah gambaran kekejaman komunis yang bermaharajalela ketika era darurat dari 1948 sehingga 1960.
Bagi
Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri menyifatkannya
sebagai tindakan membalas dendam Parti Komunis Malaya (PKM) yang juga
dikenali Bintang Tiga terhadap individu yang disyaki menjadi tali
barut tentera Jepun.
Selepas
Jepun menyerah kalah apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom pada 6 Ogos
1945. Sebaik mendapat khabar, komunis keluar daripada tempat
persembunyian di hutan dan menunjukkan kekuatan dengan membunuh
sesiapa saja yang dipercayai bersekongkol dengan Jepun,” katanya.
Keadaan
huru-hara di Malaya ketika itu menyebabkan hubungan antara kaum
tegang biarpun keanggotaan PKM bukan di kalangan kaum Cina saja.
“Hubungan
antara kaum ibarat paku berselirat. Mereka terlalu berhati-hati baik
dalam pergaulan mahupun percakapan kerana takutkan musuh dalam
selimut.
“Si
penjual sayur yang berjaja setiap pagi menjadi pembelot pada malam
hari apabila membawa PKM mengepung kediaman penduduk yang lancang
mengkritik komunis,” katanya.
Disebabkan
tidak mahu ditimpa kesusahan, masyarakat ketika itu rela bergelap dan
berkurung di rumah biarpun Maghrib belum menjelang.
Ancaman
PKM tidak dihadapi orang Melayu saja, bahkan ada kaum Cina terutama
suku Tionghua selalu menerima ugutan, diganggu malah harta mereka
dirampas menyebabkan mereka memilih mendiami kawasan pinggir
hutan.
Perang
Vietnam memburukkan keadaan kerana memberi ilham untuk menghasilkan
jerangkap samar atau bobby trap kepada pengganas komunis.
Pemberontakan komunis ketika ini di seluruh dunia melalui fasa kedua
dengan melakukan serangan lebih agresif dan membunuh.
“Permatang
(laluan) tentera dan polis dipasang jerangkap samar menyebabkan ramai
anggota keselamatan terkorban, kudung kaki dan tangan. Pemilik ladang
dan lombong dikelar, tanaman getah ditetak, manakala kereta api yang
membawa hasil komoditi itu diserang, diterbalikkan dan dibakar.
Hakikatnya, ini cara komunis melumpuhkan ekonomi negara,”
katanya.
Namun,
kata Shafie, kekejaman komunis meragut kesabaran rakyat, terutama
orang Melayu apabila balai polis diserang, dibakar dan menagih korban
bukan saja di kalangan anggota bertugas, bahkan anak isteri dibunuh
tanpa belas kasihan. Balai Polis Bukit Kepong, Kuala Krai, Simpang
Pertang dan Pekeliling musnah dihujani peluru dan bom tangan
membangkitkan kemarahan masyarakat,” katanya ketika mengenang
semula keganasan dicetuskan anak buah Chin Peng itu.
PKM
di bawah pimpinan Chin Peng membiak ke angka 10,000 anggota pada
akhir 60an berbanding 400 anggota asal. Matlamat awal untuk memerangi
kuasa Jepun sebaliknya melahirkan gerombolan gerila yang berniat
jahat menimbulkan huru-hara.
“Generasi
kini patut mengenang semula pahit getir perjuangan dan kesediaan
anggota keselamatan berkorban nyawa demi negara. Azab dua tiga bulan
berkampung di hutan tidak terungkap dengan kata-kata, namun itu sudah
menjadi tugas kami untuk melindungi keselamatan rakyat,” katanya.
Kependudukan
Jepun yang bertunjangkan slogan ‘Asia untuk Asia’ berjaya merubah
senario politik Tanah Melayu apabila British tidak lagi dianggap
kuasa imperialisme kebal. Bertujuan mengembalikan maruah peribadi,
namun diuar-uarkan atas nama membebaskan Tanah Melayu daripada
cengkaman Jepun, British menjalinkan kerjasama dengan Parti Komunis
Malaya (PKM) pada 8 Disember 1940.
Namun,
British silap perhitungan apabila PKM yang sepatutnya menyebelahi
mereka, sebaliknya bermaharajalela mengisi kekosongan ditinggalkan
Jepun yang kalut dengan kemelut pengeboman Hiroshima dan Nagasaki
pada Ogos 1946.
Pengaruh
fahaman komunis semakin meluas menjelang 1948. Malah, untuk
merealisasikan wawasan penubuhan Republik Komunis Malaya, PKM
menukarkan namanya kepada Malayan People Anti-British Army (MPABA)
sekali gus menjadi platform melancarkan serangan lebih agresif untuk
melumpuhkan British.
Tiga
peringkat strategi dirangka komunis untuk mengambil alih Tanah Melayu
bermula dengan menghasut kesatuan sekerja mengadakan mogok.
Usaha
ini gagal apabila British meluluskan Trespass Law (undang-undang
pencerobohan) yang menyekat kesatuan memasuki ladang bagi tujuan
berceramah dan menstruktur organisasi pekerja.
Ordinan
persatuan yang mewakili pekerja juga dipinda dan dikemaskini pada 12
Jun 1948 iaitu mewajibkan semua kesatuan sekerja mendaftar dengan
pihak berkuasa.
Strategi
kedua PKM ialah menguasai bandar kecil, seterusnya mendirikan markas
PKM yang diisytiharkan British sebagai kawasan putih. Bagi memastikan
dasar dan rancangan mereka berjalan lancar, Gerakan Rakyat (Min Yuen)
berciri serampang dua mata ditubuhkan. Gerakan Rakyat ini
bertanggungjawab membekalkan makanan kepada ahli PKM yang melarikan
diri ke dalam hutan selepas pengharaman parti itu, selain mengumpul
maklumat berkaitan strategi kerajaan menghapuskan
mereka.
Pemberontakan
bersenjata terkandung dalam strategi terakhir. Melaluinya, anggota
dilatih menguasai taktik perang gerila, selain menubuhkan unit kecil
berfungsi menakutkan penduduk Tanah Melayu membabitkan pertumpahan
darah warga British dan sekutunya.
Kekejaman
demi kekejaman yang dilakukan memaksa British mengambil pendekatan
drastik mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun
1948.
Meskipun
darurat menyusahkan rakyat kerana mengekang pergerakan, mengorbankan
banyak nyawa serta menyebabkan kerosakan harta benda, dari perspektif
lain, insiden darurat sebenarnya mempercepatkan lagi proses
memerdekakan Tanah Melayu apabila British bersetuju ia ditadbir anak
tempatan.
No comments :
Post a Comment