Abdul
Qodir atau lebih mesra dengan sapaan Dul berumur 13 tahun
dilaporkan Mstar memandu
kenderaan jenis Lancer Mitsubishi bersama seorang temannya untuk
pulang ke Jakarta, hilang kawalan dan telah merempuh sebuah kenderaan
pelbagai guna (MPV) dan sebuah bas mini.
Akibat
rempuhan itu lima orang daripada mangsa telah meninggal dunia dan 11
lain cedera.
Kereta
yang dipandu Dul itu adalah hadiah daripada ayahnya Ahmad Dhani
bersempena dengan sambutan hari jadinya pada 23 Ogos lalu.
Dul
yang tidak mempunyai lesen memandu mengalami patah tulang kaki, patah
panggul, pendarahan di otak dan usus.
Ahmad
Dhani dilaporkan Mstar berkata,
dia bersyukur kerana keadaan anaknya beransur pulih dan berasa
bersalah kerana menghadiahkan kereta tersebut kepada Dul bersempena
dengan sambutan hari jadinya itu.
Selain
komposer dan penyanyi terkenal Indonesia, Ahmad Dhani adalah duta
LibForAll Foundation.
LibForAll
bermaksud Liberty for All (Kebebasan Untuk Semua) merupakan sebuah
yayasan kristian yang berpengkalan di Amerika Syarikat untuk operasi
mempromosi kebebasan beragama di Indonesia.
Untuk
melaksanakan operasi itu, Abdurrahman Wahid (Gus Dur) telah dilantik
sebagai penaung LibForAll dan Ahmad Dani dari Kumpulan Muzik Dewa
sebagai duta untuk menyampaikan mesej melalui lagu-lagu.
Promosi
kebebasan beragama yang menggunakan slogan ‘Rahmatan lil ‘Alamin’
mensasarkan dialog antara agama, Islam, Kristian, Hindu dan Yahudi.
Atas
sumbangan itu, Holland Taylor CEO LibForAll Foundation pernah
mengatur anugerah kepada Gus Dur sebagai penerima Medal of Valor”
iaitu “Medal Keberanian Yahudi” pada 6 Mei 2008, di Beverly
Wilshire Hotel, 9500 Wilshire Blvd., Beverly Hills, Los Angeles.
Holland
Taylor, CEO LibForAll (kiri), bersama Once vokalis Dewa (tengah) dan
Ahmad Dhani (kanan), sedang menyusun lirik ke dalam bahasa Inggeris
untuk lagu Laskar Cinta (“Warriors of Love”). Once adalah seorang
Kristen manakala Ahmad Dhani adalah Muslim pro-Israel. Menurut Holand
Taylor, lagu Laskar Cinta membawa mesej penting untuk menuetralkan
kumpulan teroris Islam Indonesia. Kajian yang dibuat sebelum ini
mendapati di Indonesia, kaedah yang paling berkesan untuk
mempengaruhi rakyat Muslim adalah muzik, tetapi kaedah itu tidak
sesuai di Malaysia. Kaedah yang paling berkesan di Malaysia adalah
melalui pendekatan ilmu dengan menggunakan tokoh-tokoh orientalis
an membunuh 17 anggota polis.
Manakala
Ahmad Dhani lapor libforall.org diberi
anugerah LibForAll Award.
No comments :
Post a Comment