Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, September 29, 2013

Anwar Kini Di New York Mengadu Kepada Al Gore & CFR


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di New York berjumpa dengan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Al Gore dan berforum di badan pemikir AS, Council Foreign Relation (CFR).



Twitter Anwar 10 jam lalu menyebut, Anwar bermesyuarat dengan Al Gore dan Mary Robinson di pejabat CFR berjumpa dengan Richard Haas dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Kewangan AS).

Al Gore merupakan Pengerusi Generation Investment Management (GIM) merupakan individu yang lantang menyokong perkahwinan sejenis.


Richard Haas pula merupakan pengerusi CFR, badan pemikir yang turut melantik Anwar sebagai diplomat jemputan untuk organisasi mereka.


Wartawan Malaysiakini, Kuek Ser Kuang Keng dari New York melaporkan Anwar telah memberi amaran kepada kerajaan Malaysia dan Suruhajaya Pilihanraya (SPR) agar tidak melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya.

Jika mereka meneruskan (dengan persempadanan itu), akan ada masalah. Saya boleh berjanji kepada anda, di Parlimen dan di luar Parlimen , kami akan menjadikan ia satu isu utama, kita tidak akan mengalah ,” katanya.

Mengikut Perlembagaan, SPR perlu membentangkan satu persempadanan pilihan raya baru ke dalam Dewan Rakyat untuk dibahaskan, setiap lapan hingga 10 tahun sekali.

Kali terakhir ia dibuat pada tahun 2003 iaitu menjelang pilihan raya umum 2004.

Kini, masanya sudah melebihi 10 tahun. Oleh itu, SPR mahu tidak mahu terpaksa membuat persempadanan tersebut.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.