Senjata
dan peluru tidak mengenal siapa, malah pemiliknya sendiri pasti akan
menerima nasibnya jika tersalah guna. Senjatapi adalah sesuatu alat
yang amat digeruni masakini oleh semua orang. Yang pasti jika
terkena tembakan akan cedera atau menemui ajal.
Kita
semua sedia maklum yang senjatapi berserta peluru mudah didapati di
negara jiran. Yang pasti tentu ada sindiket membawa masuk ke negara
ini secara mencerai-ceraikan badannya untuk memudahkan ianya dibawa
masuk tanpa dapat dikesan. Lantaran itu itu penjenayah mudah
memilikinya yang kebelakangan ini membunuh sesiapa saja yang mereka
ingini. Adakah penjenayah di Malaysia semakin bebas? Mereka boleh
buat apa saja yang mereka mahu?
JAWAPANNYA...TIDAAAK!!!
Malaysia mempunyai undang-undang yang penjenayah tidak boleh berbuat
sesuka hati.
Ucapan
setinggi tahniah kepada PDRM kerana terkini mempunyai senjata yang
cukup sofistikated. PDRM juga mempunyai peluru yang teramat canggih
yang terbaru dalam pasaran.
Justeru
kita amat yakin bahawa seluruh pegawai dan anggota yang terlibat
dalam memerangi jenayah akan lebih bersemangat tinggi apabila
gandingan senjata dan peluru yang hebat ini mampu menggerakkan
seluruh KEKUATAN PDRM,
serta seluruh agensi di bawah KDN. Dengan senjata dan peluru
tercanggih ini mereka akan dapat menunaikan tanggungjawab dan amanah
yang diberikan dengan lebih baik.
Pengarah Siasatan Jenayah (CID), Datuk Hadi Ho Abdullah hari ini menggelar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai SENJATA KHAS Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani jenayah sambil melabelkan menteri itu tegas dan adil.
Hadi berkata, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri adalah satu-satunya menteri yang sanggup memikul tanggungjawab dan bekerjasama bersama PDRM dalam menangani jenayah. "Ahmad Zahid adalah seorang menteri yang tegas, adil dan berani memikul tanggungjawab berhadapan situasi jenayah negara."Beliau selalu mengingatkan PDRM supaya selalu bersikap rabun warna dalam menyiasat sesuatu kes jenayah.
"Pendekatan yang diambilnya mampu mengukuhkan PDRM selain dibekalkan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dinamik," katanya ketika membentangkan kertas kerja pencegahan jenayah di Putrajaya hari ini.
Inilah
senjata dan peluru baru yang dimaksudkan. Gandingan yang cukup hebat
dan mantap. Hasilnya sudah kita ketahui dan perolehi. Rakyat Malaysia
mengucapkan ribuan terima kasih pada Menteri KDN dan PDRM kerana
tindakan tegas yang diambil dan sekarang keselamatan rakyat lebih
terjamin.
Tahniah
diucapkan pada KDN, PDRM dan seluruh agensi di bawah KDN. Semoga
terus berjaya.
Baca juga
seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment