Sebagai
sebuah parti yang menggunakan slogan kerajaan kebajikan, PAS tidak
mendokong program yang meminggirkan kaum minoriti di negara
ini.
"Kita
sedar kaum bukan Bumiputera turut berdepan dengan masalah kemiskinan
oleh kerana itu PAS menjunjung prinsip keadilan dan kesaksamaan bagi
menghapus kemiskinan. Kerajaan melakukan perkara yang salah kerana
atas nama Bumiputera, agenda bukan Bumiputera telah
diabaikan.
"Perlembagaan
jelas memelihara kepentingan kaum lain seperti penduduk yang tinggal
di perumahan yang perlu diberi tanah kerana itu adalah hak rakyat dan
hak asasi manusia yang dijunjung di serata dunia," kata
Presidennya,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
semasa
menghadiri sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut
sejarah, masyarakat Cina sudah berada di Tanah Melayu
sekurang-kurangnya sebelum abad ke 19 lagi. Mereka ditempatkan di
kawasan lombong dan kemudiannya ada di antara mereka berpeluang
menjadi pengusaha lombong dan terlibat dalam aktiviti ekonomi
berkaitan bijih timah. Pendapatan yang agak baik daripada penghasilan
bijih timah mendorong kegiatan aktif ekonomi masyarakat setempat
(kaum Cina). Dengan itu mereka mampu untuk berbelanja seterusnya
menggalakkan aktiviti ekonomi seperti peruncitan barangan keperluan,
pakaian, dan sebagainya.
Pihak
penjajah Inggeris yang mentadbir ekonomi Tanah Melayu turut
menyediakan kemudahan awam dan prasarana yang lebih baik di kawasan
perlombongan itu dan akhirnya membantu kawasan tersebut menjadi
bandar kecil. Dengan itu muncul satu lagi golongan daripada kalangan
mereka iaitu golongan peniaga. Para peniaga ini berjaya dalam
perniagaan mereka kerana terdapat prasarana yang baik disediakan oleh
Inggeris dan penduduk setempat mempunyai kuasa beli yang
menggalakkan. Persekitaran ekonomi yang aktif dan produktif ini
dinikmati oleh masyarakat bandar sejak awal pembukaan
lombong sehinggalah kini.
Jika
kita ambil tarikh 1900 sebagai permulaan orang Cina di kawasan
lombong , bermakna orang Cina sudah bergerak selama 57 tahun pada
tahun 1957 sedangkan orang Melayu bermula dengan 000000 pada
1 September 1957.
Adakah
ini adil bagi orang Melayu? Bacalah sejarah dan fahamilah ia. Fahami
juga yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Lihat
juga bilakah sekolah Melayu pertama dibina dan bilakah sekolah Cina
pertama dibina di Tanah Melayu?
Adilkah
perlumbaan ini?
Mengambil
kira tahun 1900 tadi, masyarakat Cina diberi peluang oleh Inggeris
selama tidak kurang 57 tahun (sebelum merdeka) dan peluang tersebut
tidak pernah dihentikan atau dirampas sehingga kini.
Orang
Melayu cuba diberi pelauang melalui DEB sejak 1970 hingga kini, belum
sampai 50 tahun, dah nak ditarik balik? Orang Cina bermula ketika
orang Melayu dalam keadaan daif dan miskin. Orang Melayu diberi
peluang ketika orang Cina sedang kuat dan berada di puncak. Masih
lagi iri hati dengan DEB? Adakah program Memperkasakan
Ekonomi Bumiputera juga RASIS???
Inilah
kebodohan Hadi Bawang goreng kunyit.. Nak jaga undi punya pasal
sanggup tolak program untuk majukan bangsa sendiri.. Hadi Bawang
harus ingat, BN menang majoriti undi dari MELAYU dan BUMIPUTERA
dengan bantuan dari Undi kaum India tau.. Cina tak bagi langsung Undi
kat BN.. Hanya beberapa % saja..
Maksud
memperkasakan ekonomi bumiputera tu bukan bermaksud kerajaan
pinggirkan kaum kaum lain, tidak !!! kaum kaum lain juga dijaga oleh
kerajaan.. Kerajaan juga bersikap adil kepada semua kaum..
Majoritinya disini adalah Melayu dan bumiputera.. Berapa kerat
sangatlah aset ekuiti kaum Melayu bumiputera dalam syarikat syarikat
besar ??
No comments :
Post a Comment