Kota
Iram yang
dirakam setelit NASA
Satu
ketika dahulu, ramai yang ragu-ragu tentang kewujudan kaum
A’ad seperti
yang termaktub dalam al-Quran. Ketika ayat mengenai kehancuran kaum
A’ad diturunkan, ramai terkejut dengan kedashyatan azab Allah
terhadap kaum nabi Hud as tersebut. Namun, rata-rata umat Islam
ketika itu langsung tidak tahu-menahu mengenai kaum yang disebut
Allah swt sebagai kaum A’ad tersebut.
Begitu
juga apa yang dialami oleh kaum Yahudi yang menetap bersama-sama umat
Islam di Madinah. Mereka mendengar desas-desus turunnya ayat tentang
kaum A’ad tersebut. Dalam kitab suci mereka iaitu Taurat tidak
langsung menceritakan kemusnahan kaum A’ad sedangkan kaum-kaum lain
seperti kaum Lut as, kaum Nuh as dan sebagainya diceritakan dengan
terperinci dalam kitab mereka. Berikutan itu, kaum Yahudi terus
menyebarkan fitnah bahawa kaum A’ad sebenarnya tidak pernah wujud
dan apa yang diberitakan dalam al-Quranul karim hanyalah omongan
kosong yang langsung tidak berfakta.
Ternyata
Orang Yahudi Silap
Tahun
berganti tahun, abad berganti abad. Ramai orientalis mula datang ke
tanah arab untuk mengkaji dan menyelidik kitab suci al-Quran,
syair-syair dan cerita penglipur lara popular di tanah arab. Antara
orientalis paling popular yang pernah datang ke tanah arab adalah T.
E. Lawrence atau
lebih dikenali dengan Lawrence of Arabia.
Lawrence
of Arabia
Lawrence
of Arabia
Kepada
yang belum mengenali siapakah Lawrence of Arabia, beliau adalah
orientalis yang bertanggungjawab menghasut pemimpin tanah arab untuk
memberontak kepada kerajaan
Turki Othmaniyyah sekitar
tahun 1916-1918. Disebabkan hasutan dan dokongan daripada Lawrence of
Arabia tersebut, tanah arab akhirnya bebas daripada menjadi jajahan
Turki Othmaniyyah danKing
Saud diangkat
menjadi pemimpin besar tanah arab. Kerajaan baru yang ditubuhkan
dikenali sebagai Arab Saudi. Dan kerajaan Arab Saudi kekal memerintah
tanah arab sehingga ke hari ini. Lawrence of Arabia yang juga seorang
Leftenan Kolonel tentera Diraja Britain meninggal dunia pada 19 Mei
1935 akibat kemalangan jalan raya. Ketika itu beliau berumur 45
tahun.
‘Jasa’
Lawrence Of Arabia
Miskipun
Lawrence of Arabia boleh dikatakan musuh di dalam selimut kepada umat
Islam, namun jasanya kepada penemuan kota Iram yang dikatakan sebagai
kota kaum A’ad tidak boleh disangkal. Beliau adalah insan pertama
daripada Eropah yang sangat berminat dengan ‘Lost City’ Iram.
Beliau yang hidup dengan cara orang Badwi dan kemampuannya
berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan fasih membuatkan cerita
mengenai kemusnahan tamadun kaum A’ad mudah sampai ke
telinganya.
Kerana
sangat berminat dengan kisah kaum A’ad dan kotanya yang memiliki
tiang-tiang yang besar, Lawrence of Arabia telah mengelarnya dengan
gelaran ‘Atlantis
of the Sands’.
Seperti kota Atlantis, kota Iram juga kelihatan mustahil untuk
ditemui. Lawrence of Arabia juga tidak yakin apakah kota tersebut
benar-benar wujud. Baginya, ia sekadar cerita dogeng yang terkandung
di dalam al-Quran.
Atlantis
of the Sands
Lokasi
Kota Iram
Sebenarnya,
apa yang ditulis oleh Lawrence of Arabia mengenai kota Iram yang
digelar beliau sebagai ‘the Atlantis of the Sands’ telah menarik
minat beberapa ahli arkeologi daripada Eropah kemudian harinya.
Mereka adalah Nicholas
Clapp, George
Hedges, Dr.
Juris Zarins dan Ranulph
Fiennes.
Pada
akhir tahun 80-an dan awal 90-an, keempat-empat individu ini telah
berusaha untuk mencari satu tamadun yang musnah sepertimana yang
disifatkan dalam al-Quran. Rujukan utama keempat-empat mereka adalah
berdasarkan al-Quranul karim dan cerita-cerita lisan daripada
masyarakat Badwi.
Dr.
Zarins mengetuai pencarian Kota Iram
Dr.
Zarins yang bertindak sebagai ketua arkeologi dalam pencarian
tersebut telah bersama-sama Nicholas Clapp dan George Hedges meminta
NASA merakamkan gambar sekitar tempat yang dimaksudkan mempunyai
potensi untuk dikaitkan dengan kota purba Iram yang telah musnah.
Gambar tersebut telah dirakamkan menggunakan satelit NASA, SPOT
(Satellite Pour I’Observation de la Terre).
Rakaman tersebut mengejutkan mereka apabila ia jelas memaparkan
laluan unta dan sebuah runtuhan kota purba yang kelihatan
mengelilingi sebuah ‘runtuhan’ oasis.
Lakaran
Kota Iram oleh pelukis
Namun
laluan perdagangan dan runtuhan kota purba tersebut tidak mampu
dilihat jelas pada mata kasar. Imej tersebut telah dirakamkan
di Rub’al
Khali, Oman yang
terletak di selatan Semenanjung Arab.
Pada
1992, eskavasi telah dimulakan. Daripada hasil penemuan arkeologi,
mereka bersepakat bahawa ia adalah kota Iram yang musnah seperti yang
dimaksudkan dalam al-Quran berdasarkan pentarikhan karbon menyatakan
ia dibina sekitar 6,000 tahun sebelum masihi. Menurut mereka lagi,
kota yang ditemui itu adalah salah satu kota yang dimiliki oleh kaum
A’ad dan banyak lagi yang tenggelam dalam ‘lautan’
pasir.
Keajaiban
Al-Quran
Peninggalan
binaan di Kota Iram
Terdapat
beberapa persamaan hasil penemuan arkeologi dengan ayat-ayat Allah
swt yang menceritakan kisah kaum A’ad dan nabi Hud as. Antaranya
adalah berkenaan dengan pembinaan tiang-tiang yang sangat tinggi yang
mana tidak pernah dibina oleh sesiapa pun sebelumnya.
1.
Tiang-Tiang Tinggi
Dalam
al-Quran ada menyebut tentang kota Iram yang disifatkan mempunyai
tiang-tiang yang tinggi.
Apakah
kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum
’Aad?. (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang
tinggi. Yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di
negeri-negeri lain.
(Surah
al-Fajr ayat 6-8)
Firman
Allah swt telah dapat dibuktikan melalui hasil penemuan arkeologi
pada 1992. Clapp yakin bahawa yang kota purba yang ditemui adalah
Iram berdasarkan kepada tapak-tapak tiang yang berbentuk segiempat
sama. Dipercayai bahawa tiang-tiang yang dibina adalah 7 batang
kesemuanya.
2.
Membina Benteng-Benteng
Kaum
A’ad juga diriwayatkan membina benteng-benteng. Ia diceritakan
Allah dalam surah as-Syu’araa’ ayat 128 sehingga 130.
Apakah
kamu mendirikan pada tiap-tiap tanah tinggi bangunan untuk
bermain-main. Dan kamu membuat benteng-benteng dengan maksud supaya
kamu kekal (di dunia)?. Dan apabila kamu menyeksa, maka kamu menyeksa
sebagai orang- orang kejam dan bengis.
(Surah
as-Syu’araa’ ayat 128-130)
Sepertimana
perihal tiang-tiang yang tinggi yang dibina oleh kaum A’ad, mereka
juga turut membina benteng yang dianggarkan mempunyai tinggi lebih
daripada 2 meter. Jika mengikut rekod arkeologi, tiada tamadun
sekitar 6,000BC telah membina tembok atau benteng seperti yang dibina
oleh kaum A’ad. Ia bertepatan dengan apa yang Allah swt bicarakan
dalam Surah al-Fajr ayat 8.
3.
Terdapat Kebun-Kebun Dan Mata Air
Dia
telah menganugerahkan kepadamu binatang-binatang ternak, dan
anak-anak. Dan kebun-kebun dan mata air.
(Surah
as-Syu’araa’ ayat 133-134)
Sebuah
runtuhan oasis
Mengenai
perihal kebun-kebun dan mata air, ia dapat dibukti melalui penemuan
oasis di tengah-tengah kota Iram. Penemuan oasis merupakan titik
pertama sebelum penemuan Kota purba Iram. Mata air merupakan sumber
utama kepada kemajuan kota Iram satu ketika dahulu. Kaum A’ad
dikatakan mencari nafkah dengan mengembala binatang ternak dan juga
berdagang. Oasis milik kaum A’ad masih lagi boleh dilihat sehingga
ke hari ini.
4.
Dimusnahkan Oleh Angin Kencang
Dan
juga pada (kisah) Aad ketika Kami kirimkan kepada mereka angin yang
membinasakan. Angin itu tidak membiarkan satupun yang dilaluinya,
melainkan dijadikannya seperti serbuk.
(Surah
adz-Dzaariyaat ayat 41-42)
Dalam
ayat Allah dalam surah adz-Dzaariyaat ini, angin kencang telah
membinasa kaum A’ad yang sombong. Angin tersebut telah membinasakan
seluruh masyarakat A’ad yang kufur terhadap Allah swt. Hasil
arkeologi membuktikan bahawa runtuhan kota Iram bagaikan serbuk dan
ia bertepatan benar dengan apa yang dimaksudkan Allah swt dalam ayat
42 surah adz-Dzaariyaat.
Penutup
Bagi
ahli arkeologi, miskipun runtuhan tersebut sangat dashyat sehingga
sukar untuk dilihat dengan mata kasar, ia bagaimanapun masih lagi
mempunyai nilai yang sangat bermakna kerana dalam sudut yang lebih
besar ia membukti al-Quran merupakan kalam Allah yang penuh
mukjizat.
Kota
yang dikatakan mustahil untuk ditemui ini akhir telah ditemui oleh
seorang ahli arkeologi bukan muslim dan sepertimana yang diberitahu
sebelum ini, rujukan utama mereka adalah al-Quran. Pembaca semua,
ingatlah ayat Allah azza wa jalla ini. Lihat dokumentari penemuan dan
gambaran Kota Iram.
Sesungguhnya
pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang
mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan
tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan
segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang
beriman.
(Surah
Yusuf ayat 111)
Di
bawah adalah gambar-gambar yang diambil di Kota Iram (Ubar)
Pekan
Iram yang dibina selepas Kota Iram dijumpai pada 1992
No comments :
Post a Comment