Syarikat-syarikat
berkaitantan dengan kerajaan (GLCs) lebih suka mengiklan dalam media
pembangkang. Sebab itulah The
J-Star yang
saban hari sarat dengan iklan boleh begitu jadi sombong sekali.
Mereka mengaut keuntungan yang lumayan dan melambak-lambak.

Baru-baru
ini, The Sneaky Star mengundang
kontroversi apabila ia membelakangkan liputan sambutan Hari Merdeka.
Sila baca ‘Melampau! The
Star siarkan
berita DYMM Agung & sambutan Kemerdekaan di mukasurat 20!
@Najibrazak’ di blog
Dr Novandri Hasan Basri.
Sungguhpun
pengarang-pengarang Firsters suratkhabar itu kerap mendabik dada
mencanangkan diri mereka sebagai warga yang paling kuat semangat
cintakan negara, namun ianya akhbar-akhbar pesaingnya yang ikhlas
menjiwai Hari Kebangsaan dan bukan wartawan pandai
bermuka-muka J-Star itu.
Contohnya
pada 31 Ogos baru-baru ini, the New Straits Times memaparkan
tajuk utama ‘Call to stay united, Merdeka spirit: Defend country’s
sovereignty to move forward and develop nation, says PM’ pada muka
hadapan akhbar tersebut.
Pada
1 Sept pula, NST membentangkan
gambar besar bendera kebangsaan yang diangkat semasa perarakan
sambutan Merdeka, diringi dengan tajuk ‘Colourful show of
patriotism’ pada halaman depan

Selain NST,
liputan hari Merdeka juga menyerlah di dada akhbar Utusan
(imej atas).
Namun,
sepertimana yang diketahui kita semua, The J-Star hanya
memuatkan berita acara-acara Merdeka pada m/s 20.

Bukan
sahaja MAS yang didakwa kurang berminat meletakkan iklan dalam akhbar
Melayu Utusan,
Pemandu,
iaitu badan konsultan khas kepada Perdana Menteri, telah TERLALU
BANYAK mengiklan program-program ETP mereka dalam media pembangkang
seperti Malaysiakini dan The
J-Star.
Saya
rasa ada baiknya jika wakil-wakil rakyat daripada Umno mengemukakan
soalan di Dewan untuk dijawab pihak-pihak yang berwajib. Kita
mengkehendaki kerajaan mendedahkan perincian butir-butir perbelanjaan
iklan setakat ini oleh Pemandu.
No comments :
Post a Comment