Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, September 23, 2013

Ketua Pemuda UMNO : Pertandingan lima penjuru


Proses pencalonan yang berakhir menyaksikan Khairy, yang juga ahli Parlimen Rembau dicabar empat lagi calon iaitu Ketua Pemuda Umno Cawangan Bukit Setiawangsa, Irwan Ambak dan Ketua Cawangan Umno Bendang Baru, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi.
Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail dan bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Abdul Karim Ali juga turut sah akan bertanding menentang Khairy.
Pencabar Khairy, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, 37, hari ini melabel pemimpin yang tidak pernah "bersekolah" di Malaysia, tetapi ingin memperjuangkan komunit Melayu adalah ibarat Bangla.
Beliau yang mengakui mempunyai kelebihan bersekolah di dalam negara menegaskan, hanya mereka yang membesar di dalam negara memahami perjuangan mempertahankan Melayu.
"Di kalangan pemimpin yang ada, mereka tidak bersekolah di Malaysia pun, dia ibarat macam bangla datang, umur
20 tahun datang Malaysia, nak cerita perjuangan Melayu, dia berjuang apa? Dia tak pernah bersekolah di Malaysia pun.


Umum mengetahui bahawa kedudukan orang orang Melayu di persada politik tanahair semakin lama semakin lemah.

Sejak Tun Dr.Mahathir menyerah kuasa, kedaulatan orang orang Melayu selaku bangsa induk di Semenanjung Tanah Melayu ini semakin rapuh angkara pemimpin yang mengganti beliau ternyata amat lemah.

Lemah membuka ruang dan peluang kepada jendalu dan kaduk menyusup masuk mereputkan kuasa dan kedudukan Melayu diperingkat pentadbiran negara.

Segala hak hak Melayu mula dipersoal dan diungkit oleh mereka yang merasa diri turut empunya suara mempertikai hak kedaulatan Islam dan Kesultanan Melayu di bumi bertuah ini!

Pergerakan Pemuda UMNO yang merupakan nadi kewujudan bangsa dan kaum Melayu sejak Malaya mula merdeka ternyata hilang punca angkara kepimpinan mereka yang mula lemah sejak dua peralihan kuasa yang sudah!

Secara jujur, cuba kita pertimbangkan kedudukan suara Pergerakan Pemuda UMNO sejak di pimpin oleh Hishamuddin Tun Hussein Onn dan kemudiannya di ambil alih oleh menantu Tun Abdullah Badawi, mantan PM ke 5, Khairy Jamaludin.
Apakah Pergerakan Pemuda UMNO sebagai tunjang kekuatan parti UMNO dengan pelapis kepimpinan parti UMNO di peringkat nasional masih dihormati oleh parti parti komponen BN seperti MCA, MIC dan lain lainnya
Apakah Pakatan Pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS gerun terhadap Pergerakan Pemuda UMNO sejak dipimpin oleh dua pemimpin Pemuda yang mempunyai pertalian darah dan kekeluargaan dengan mantan2 Perdana Menteri Malaysia terdahulu seperti Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Badawi?

Penzina tegar seperti Presiden MCA Chua Soi Lek pun tak hairan dengan KJ dan selamba sahaja menghina kedudukan Agama Islam yang menjadi teras kehidupan kita semua didalam Malaysia ini!

Adakah KJ berani menegur Chua Soi Lek supaya jangan kurang ajar serta biadap terhadap kedaulatan Islam di bumi tanahair kita?

Jawapan nya tuan puan sendiri tahu bahawa KJ belum terakam didalam lipatan sejarah sebagai seorang Ketua Pemuda UMNO menyuarakan sebarang bantahan atau memberi amaran terhadap Chua Soi Lek berhubung kenyataan celupar Presiden Parti MCA tersebut!

Begitu juga dengan segala macam penghinaan terhadap Agama Islam, Bangsa Melayu dan Raja serta Sultan2 Melayu yang menjadi teras jatidiri kita di bumi Semenanjung Tanah Melayu ini oleh pemimpin2 parti pembangkang seperti DAP, PKR dan juga PAS yang bersekongkol dengan penghina2 Islam dari DAP!

Maruah Pergerakan Pemuda UMNO seringkali di calar balarkan oleh pemimpin2 DAP seperti Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo serta oleh Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng!

Apakah saudara saudari, tuan dan puan mempunyai bukti KJ selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO telah mencabar malaon2 terbabit dan mempertahankan maruah Agama Islam kita? Bangsa Melayu? Raja dan Sultan2 Melayu?

Tak ada!!!

Dah la pemimpin atasan UMNO seringkali sujud kepada desakan desakan yang berterusan dari masyarakat Cina dan menganaktirikan kaum Melayu sendiri dengan terus tunduk kepada permintaan2 tak munasabah dari Persatuan Dong Zhong Sekolah2 Cina dan begitu begini!

Fikir-fikirkanlah dan selamat membuat keputusan.

MPA > Pemuda sejak 1980 sekarang dah veteran.



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.